Rahsia Penulis

Melayu Maya - Informasi Internet

28 October 2011

Tinggi Tinggi Gunung Kinabalu. Tinggi Lagi Sayang Sama Kamu






TINGGI TINGGI GUNUNG KINABALU
TINGGI LAGI SAYANG SAMA KAMU
BIRU BIRU HUJUNG KINABALU
TENGOK DARI JAUH HATI SAYA RINDU

KINABALU DEKAT DI KUNDASANG
BANYAK SAYUR BULIH PILIH PILIH
APA GUNA PERGI LUAR NEGERI
NAIK KINABALU HATI SAYA RINDU

SUMANDAK SUMANDAK PUN RAMAI MENUNGGU
MENARI NARI LENGGANG SUMAYAU
SEKALI MELIHAT MELEPAK KULITNYA
SAYANG JATUH CINTA

SAYANG SAYANG SAYA KINABALU
KAAMANTAN PESTA BULAN LIMA
SAYANG SAYANG KITA PERGI TAMU
JALAN TAMPARULI HATI SAYA RINDU

KINABALU DEKAT DI KUNDASANG
BANYAK SAYUR BULIH PILIH PILIH
APA GUNA PERGI LUAR NEGERI
NAIK KINABALU HATI SAYA RINDU

SUMANDAK SUMANDAK PUN RAMAI MENUNGGU
MENARI NARI LANGGANG SAMAYAU
SEKALI MELIHAT MELEPAK KULITNYA
SAYANG JATUH CINTA


SAYANG SAYANG SAYA KINABALU
KAAMANTAN PESTA BULAN LIMA
SAYANG SAYANG KITA PERGI TAMU
JALAN TAMPARULI HATI SAYA RINDU

SAYANG SAYANG KITA PERGI TAMU
JALAN TAMPARULI HATI SAYA RINDU




Salam Malam Jumaat semua. Gambar ini diambil oleh kawan saya, Mohd Hisham Esmail yang telah melangkah kaki beliau ke Gunung Kinabalu di Sabah. Apa yang cuba saya bawakan kepada anda adalah suatu keindahan milik Allah s.w.t di dunia ini. Perhatikan betul-betul gambar di atas, dapatkah kita menjangkau akal kita bagaimana gunung ini seakan-akan tersenyum semasa gambar diambil. Semua itu adalah dengan ketentuan Allah s.w.t.

Paparan begini membuat hati ini terusik dengan nikmat dan kekuasaan-Nya. Sedangkan sebuah gunung yang berada dipuncak sana tersenyum setelah terciptanya bentuknya dengan kehendak Allah apatah lagi kita, manusia mempunyai akal fikiran, tenaga, kuasa khalifah yang Allah berikan kepada kita di muka bumi ini.



Banyak lagi gambar-gambar yang boleh kita cari di merata dunia. Rasional kepada kita adalah wujudnya Tuhan. Walaupun kita tidak dapat melihat tetapi bukti-bukti kebesaran-Nya nyata memberi satu impak yang mendalam kepada umat Islam. Berselawatlah kepada Nabi junjungan kita.

"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia"

Amin

Gambar credit to Mohd Hisham Esmail
Salam, terima kasih kerana membaca blog ini. Anda boleh jejak blog ini melalui RSS feed twitter saya, Twitter.
Nama: Emel:

2 comments:

Post a Comment

Backlink