Fanpage superstar

Melayu Maya - Informasi Internet

13 January 2012

Kenapa orang suka blog?

credit to renjith krishnan

Blogs menjadi sangat popular pada masa ini. Sukar bagi kita untuk membayangkan jumlah blog-blog ini bertambah setiap hari. Mengapa ini berlaku? Kenapa ramai yang berminat untuk blogging? Adakah orang yang akan baca blog-blog yang dibuat setiap hari ini? Jika semua orang sibuk menulis blog, mengapa dan bagaimana mereka akan meluangkan masa untuk mencari blog-blog lain dan membaca blog lain? ? Adakah minat ini hanya satu trend, yang akan berlalu? Mari kita teliti?

Kenapa orang menggunakan blog? Kebanyakan orang menulis blog untuk mengekspresikan diri masing-masing. Para blogger pasti tahu bahawa dalam blog mereka, mereka dapat menyebarkan maklumat dan berita dengan cepat dan pantas. Ini kerana bukan senang bagi seseorang dapat menulis dalam surat khabar. Betulkan? Menulis dalam blog memberi satu kuasa untuk menulis apa-apa topik yang difikirkan oleh penulis sebagai baik untuk blog mereka. Saya menulis blog bagi menyatakan diri saya bebas untuk menulis tanpa halangan dan hasil penulisan tersebut dapat dibaca terus oleh pembaca. er.. ada yang baca ke ni??

Menulis dalam blog dan laman web adalah satu bentuk kebebasan dalam merekabentuk, susun atur dan membuat struktur penyampaian maklumat yang tidak terikat. Kebebasan ini ada pada blog. Kita bebas untuk membuat post tanpa perlu dikawal oleh mekanisma pemantau sebelum artikel tersebut boleh dibaca oleh umum. Kita boleh taip, simpan, kemaskini dan delete post yang kita buat tanpa perlu meminta kebenaran dari pihak atasan. Berbeza dengan surat khabar.. Dah publish (cetak) tidak boleh dibuang.

Adakah orang akan baca blog? Adakah cara kita untuk mempopularkan blog kita? Soalan yang sukar dijawab. Bergantung kepada masing-masing. Ini disebabkan adalah sukar untuk meluangkan masa (mengutamakan pekerjaan lain) dan submit blog tersebut. Sukar untuk kita menaikkan rangking di laman carian.Hanya enjin carian tahu rahsia itu dan yang lain hanya spekulasi. Tetapi ramai pakar-pakar yang diluar sana tahu caranya.

Kita banyak membaca artikel-artikel yang ditulis mengenai tajuk Blog. Memang banyak yang membincangkan tajuk blog ini tetapi perbezaan pendapat masing-masing akan menyebabkan kita terlebih maklumat sehingga kadang-kadang keliru dengan apa yang cuba disampaikan. Satu lagi isu sebelum anda membuat keputusan yang anda akan buat untuk mempopularkan blog anda, Kaji dan fikir semula - sama ada anda sering mengunjungi blog lain dan membaca blog tersebut? Ramai yang membuat blog tetapi malas untuk membaca blog orang lain. Nah.. ini pun adalah satu penyakit? Penyakit dimana mahu orang lain baca blog tapi malas baca blog orang lain.

Walau apa pun, dengan blog, hati kita puas dengan apa yang kita buat tanpa sekatan. Publishlah apa sahaja yang difikirkan elok untuk pembaca dan memberi maklumat dan infomasi yang sangat berguna kerana apa yang kita berikan mungkin membantu seseorang yang sedang membaca artikel anda.
05 January 2012

Sudah buka akaun SSPN untuk Anak Anda..


sspn01 Salam semua. Pada tahun lalu 1 April 2010 isteri saya telah selamat melahirkan anak lelaki sulung. Syukur sangat kerana dikurniakan cahaya mata dari Allah s.w.t. Pada 10 April 2010 saya telah pun membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk anak saya.  Kenapa perlu kita untuk membuka akaun tersebut?

Tentu ramai yang tahu bahawa syarat utama buka akaun sspn untuk melayakkan seseorang untuk membuat pinjaman pendidikan pelajaran bagi mereka yang melanjutkan pelajaran di pengajian tinggi diwajibkan mempunyai akaun SSPN. Hanya serendah RM20.00 untuk buka akaun SSPN untuk anak-anak kita.
Perkara yang saya bincangkan ini hanya pendapat saya dan hasil penelitian saya sahaja.

Ada beberapa sebab kenapa perlu buka akaun SSPN untuk anak

  1. Dari apa yang saya baca pada laman PTPTN, seseorang individu yang buka akaun sspn untuk anaknya layak untuk diberikan pelepasan cukai maksimum RM3000 tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa.
  2. Dengan hanya menyimpan sekurang-kurangnya RM1000 dalam akaun SSPN ini secara automatik diberi perlindungan takaful. Perlindungan ini tertakluk kepada Peraturan Perlindungan Takaful Berkelompok PTPTN.
  3. Bagi keluarga yang berpendapatan bawah RM2000 (gaji pokok) sebulan melayakkan untuk mendapatkan Geran Sepadan maksimum RM10000 sekiranya diterima masuk ke IPT. Anda boleh baca pekeliling bagi Geran Sepadan ini.
  4. SSPN ini adalah jaminan pihak kerajaan


Empat perkara di atas ini, sebab-sebab saya buka akaun sspn untuk anak saya.

SSPN ini boleh disimpan bank seperti
  • Bank Simpanan Nasional
  • CIMB Bank
  • Agro Bank
  • Bank Islam
  • Bank Rakyat 
  • Maybank 
Selain dari buka akaun sspn melalui bank, kita boleh membuat simpanan melalui kaedah pemotongan gaji, menggunakan mybayar melalui laman malaysia.gov.my atau hadir ke kaunter perkhidmatan PTPTN di One Stop Center, KL Sentral.


Perkara lain yang menarik bila buka akaun sspn adalah kita boleh semak penyata SSPN di e-sspn pada bila-bila masa.

Dari segi kekurangan pula hanya serendah RM500 atau 10% daripada jumlah simpanan boleh dikeluarkan sekali setahun disamping kadar dividen yang dibayar agak rendah diberikan kepada penyimpan. Bagi saya perkara ini bukanlah penghalang  untuk saya memilih SSPN bagi tujuan masa depan anak-anak.


02 January 2012

berakhirnya tahun 2011 ini maka bermulalah tahun 2012

Salam perpaduan semua. Dengan berakhirnya tahun 2011 ini maka bermulalah tahun 2012 ini dengan membawa satu perubahan yang besar kepada diri kita semua. Alhamdulliah kerana Allah s.w.t masih memanjangkan usia kita di dunia ini. Secara peribadi pada tahun 2011 sebelum ini banyak mengajar saya erti untuk berjimat cermat pada tahun 2012. Kerana pada tahun 2011 sebelum ini banyak perbelanjaan yang dibuat bagi memenuhi keperluan harian, keluarga, kenderaan dan rumah.

01 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012. Rezeki Tahun Baru

Salam semua. Selamat menyambut tahun 2012. Moga pada tahun 2012 ini akan membawa rezeki yang melimpah-limpah dari Illahi. Seketika saya terhenti untuk update blog ini disebabkan saya baru mencuba untuk menceburi sekadar tambahan hobi masa lapang.

Teutama dari segi faktor kredit bagi gambar-gambar yang diambil dan diletakkan dalam blog kita. Adakah boleh atau tidak? Ada yang kata boleh dan ada yang kata tidak. Kenapa ada yang berpendapat boleh untuk mengambil gambar dari google? Ada pendapat gambar-gambar yang diambil dari google dikreditkan atas nama google itu sendiri. Sebenarnya saya pun masih lagi belumjelas perkara ini. Jadi saya ambil amalan blogger lain iaitu meletakkan kredit di mana gambar tersebut diambil agar gambar tersebut masih lagi milik asal gambar tersebut.

Satu pendapat lain pula menyatakan gambar-gambar yang terdapat dalam google mahupun yahoo ada yang dibeli oleh pembeli yang sah, ada yang boleh diambil dan diletakkan dalam blog dan ada juga gambar yang boleh diambil dan boleh diedit. Tapi saya sebenarnya masih samar-samar tentang ini.

Walaubagaimanapun, adakah tindakan mengambil gambar-gambar dari blogger lain adalah satu tindakan yang sia-sia? Sekiranya kita renung kembali kepada apa yang cuba kita sampaikan, tidakkah tindakan mengambil gambar tersebut akan memberi kita backlink ke blog tersebut. Ini hanya pendapat saya sahaja.
Terpulang kepada masing-masing untuk membuat penilaian terhadap perkara ini.

Backlink