Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Sudah buka akaun SSPN untuk Anak Anda..


sspn01 Salam semua. Pada tahun lalu 1 April 2010 isteri saya telah selamat melahirkan anak lelaki sulung. Syukur sangat kerana dikurniakan cahaya mata dari Allah s.w.t. Pada 10 April 2010 saya telah pun membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk anak saya.  Kenapa perlu kita untuk membuka akaun tersebut?

Tentu ramai yang tahu bahawa syarat utama buka akaun sspn untuk melayakkan seseorang untuk membuat pinjaman pendidikan pelajaran bagi mereka yang melanjutkan pelajaran di pengajian tinggi diwajibkan mempunyai akaun SSPN. Hanya serendah RM20.00 untuk buka akaun SSPN untuk anak-anak kita.
Perkara yang saya bincangkan ini hanya pendapat saya dan hasil penelitian saya sahaja.

Ada beberapa sebab kenapa perlu buka akaun SSPN untuk anak

  1. Dari apa yang saya baca pada laman PTPTN, seseorang individu yang buka akaun sspn untuk anaknya layak untuk diberikan pelepasan cukai maksimum RM3000 tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa.
  2. Dengan hanya menyimpan sekurang-kurangnya RM1000 dalam akaun SSPN ini secara automatik diberi perlindungan takaful. Perlindungan ini tertakluk kepada Peraturan Perlindungan Takaful Berkelompok PTPTN.
  3. Bagi keluarga yang berpendapatan bawah RM2000 (gaji pokok) sebulan melayakkan untuk mendapatkan Geran Sepadan maksimum RM10000 sekiranya diterima masuk ke IPT. Anda boleh baca pekeliling bagi Geran Sepadan ini.
  4. SSPN ini adalah jaminan pihak kerajaan


Empat perkara di atas ini, sebab-sebab saya buka akaun sspn untuk anak saya.

SSPN ini boleh disimpan bank seperti
  • Bank Simpanan Nasional
  • CIMB Bank
  • Agro Bank
  • Bank Islam
  • Bank Rakyat 
  • Maybank 
Selain dari buka akaun sspn melalui bank, kita boleh membuat simpanan melalui kaedah pemotongan gaji, menggunakan mybayar melalui laman malaysia.gov.my atau hadir ke kaunter perkhidmatan PTPTN di One Stop Center, KL Sentral.


Perkara lain yang menarik bila buka akaun sspn adalah kita boleh semak penyata SSPN di e-sspn pada bila-bila masa.

Dari segi kekurangan pula hanya serendah RM500 atau 10% daripada jumlah simpanan boleh dikeluarkan sekali setahun disamping kadar dividen yang dibayar agak rendah diberikan kepada penyimpan. Bagi saya perkara ini bukanlah penghalang  untuk saya memilih SSPN bagi tujuan masa depan anak-anak.


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. banyak kelebihan simpan di asb tu.. ;)

    BalasPadam
  2. @FAIZ FAKHIRIN hukum melabur asb adalah harus ikut fatwa. Itu yang saya dengar

    BalasPadam