Rahsia Penulis

Melayu Maya - Informasi Internet

15 March 2012

kawal kemarahan kita, jangan biarkan ia mengawal kita



Marah adalah satu perasaan yang dialami oleh setiap orang. Kemarahan boleh menjadi suatu keadaan yang negatif sekiranya kita tidak dapat mengawalnya.  Kita perlu kawal kemarahan kita, jangan biarkan ia mengawal kita. Malahan kemarahan boleh menyebabkan anak kita mengalami satu pengalaman yang menakutkan dan boleh mengakibatkan mereka merasa tidak dihargai, walhal sebagai ibu bapa, kita menyayangi mereka. Penderaan fizikal dan lisan terhadap kanak-kanak boleh memberi satu implikasi yang kekal dan boleh membawa maut. Penting sebagai ibu bapa, kita dapat mengawal kemarahan kita terhadap kanak-kanak.

Sebagai ibu bapa kita sewajarnya memberi peluang setiap kesalahan yang dilakukan oleh anak kita. Dengan cara ini sebenarnya kita memberi satu isyarat atau suatu peluang berfikir kepada mereka yang setiap orang melakukan kesalahan. Dan kesalahan tersebut sebenarnya memberi satu pengajaran dan pengalaman kepada mereka untuk terus hidup dan belajar tentang kehidupan.

Mungkin pernah pada masa silam pernah terjadi sesuatu yang mengajar kita tentang kehidupan dan sebagai ibu bapa kita tidak mahu kesilapan tersebut berulang kepada anak kita dan kita dengan mudah marah terhadap mereka. Jika ini pernah berlaku, kita harus mengambil langkah yang perlu bagi memulihkan diri kita agar anak-anak kita tidak menjadi mangsa dalam ketakutan kita. Sekiranya kita gagal mengawal kemarahan ini, dikesali akan membahayakan anak kita.

Ibu bapa yang sering menunjukkan ekspresi kemarahan yang negatif adalah lebih cenderung sukar untuk mendisiplinkan anak mereka. Kenalpasti masalah dari masa silam dan lihat situasi semasa kemarahan kita. Adakah berpatutan kemarahan tersebut ditunjukkan kepada anak kita? Mungkin disebabkan kerja yang banyak di pejabat; mungkin kita mempunyai masalah hubungan dengan isteri atau suami masing-masing; atau kita mengalami isu-isu peribadi yang mengganggu kita yang memberi tekanan kepada kita. Persoalan ini wajar diambilkira kerana, sekiranya anak kita pernah melihat atau mendengar suara marah kita, besar kemungkinan mereka akan membesar pada masa akan datang seperti itu juga.

Jangan biarkan kemarahan kita mengawal diri kita. Perkara ini perlu dikawal kerana kemarahan boleh mengakibatkan perkara negatif yang berlaku. Cuba untuk letakkan diri kita dalam keadaan yang positif dengan menarik nafas, duduk dan sebagai orang Islam, Istighfar kepada Allah memohon keampunan kepada-Nya, berjalan-jalan dan lakukan juga perkara-perkara lain yang boleh melupakan situasi tersebut jika kita dalam keadaan yang marah.
Salam, terima kasih kerana membaca blog ini. Anda boleh jejak blog ini melalui RSS feed twitter saya, Twitter.
Nama: Emel:

2 comments:

Post a Comment

Backlink