Header Ads Widget

Responsive Advertisement

ajar kanak-kanak menghormati orang lain dengan menghormati kanak-kanak terlebih dahulu




Kanak-kanak perlu dihormati oleh golongan tua. Tidak salah setiap ibu bapa untuk ajar kanak-kanak menghormati orang lain dengan menghormati kanak-kanak terlebih dahulu. Kanak-kanak dalam proses mempelajari sesuatu yang baru dalam hidup mereka, belajar tentang dunia, termasuklah bagaimana untuk menghormati orang lain.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengajar anak bagaimana sebenarnya membentuk hubungan yang sihat dalam masyarakat sekeliling kita. Peranan kita ini akan memberi satu pendidikan secara tidak formal iaitu kecekapan dalam hubungan kemasyarakatan mereka apabila mereka besar kelak.

Cara yang paling berkesan untuk mengajar kanak-kanak adalah dengan tingkah laku kita sendiri. Setiap kali kita menghulurkan bantuan kepada anak, sebenarnya kita menunjukkan kepada anak-anak yang mereka juga perlu menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukannya bantuan. Dengan cara ini, akan memberi satu tindakan menghormati orang lain.

Amalan meminta bantuan kepada anak dalam tugasan harian dan menerima bantuan mereka akan memberi satu pengenalan yang baik kepada mereka. Pujilah anak kita, sekerap yang boleh kerana kanak-kanak akan merasa mereka dihargai apabila bantuan yang mereka berikan itu dihargai oleh ibu bapa. Bantu mereka untuk menyedari bahawa memberi bantuan kepada orang lain adalah satu tingkah laku yang sangat baik dan satu cara kita menghormati orang lain.

Dengan itu, kanak-kanak akan mempunyai daya pemikiran positif yang kuat dan mempunyai jati diri yang tinggi dalam masyarakat. Apabila kanak-kanak merasa positif terhadap diri mereka, ia mudah bagi mereka untuk membantu orang lain dalam cara yang positif.

Menanam sikap murah hati dalam berkongsi sesuatu adalah baik untuk kanak-kanak. Salah satu contoh adalah dengan mengajar mereka untuk berkongsi sesuatu benda, permainan atau makanan dengan rakan sepermainan mereka. Puji mereka apabila mereka bermurah hati untuk berkongsi sesuatu dengan seseorang sebaya mereka. Ucapkan terima kasih kepada mereka kerana menunjukkan sikap yang sopan dan menghormati orang lain; dan ini akan mengajar mereka untuk menghormati orang lain.

Kanak-kanak mengalami pengalaman mereka sendiri contohnya kata-kata panggilan atau ejekan boleh menyakitkan hati mereka atau berlaku perkara yang memalukan mereka. Ini akan memberi kesan negatif kepada mereka. Kanak-kanak mahu dilayan dengan adil, tetapi mereka tidak selalunya memahami bagaimana untuk menghormati orang lain dengan cara yang sama. Salah satu cara adalah dengan mengajar mereka bahawa mereka perlu menghormati orang lain sebelum orang lain menghormati mereka.

Dengan itu adalah menjadi kewajipan bagi setiap ibu bapa untuk ajar kanak-kanak menghormati orang lain dengan menghormati kanak-kanak terlebih dahulu. 

Catat Ulasan

0 Ulasan