Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Pentingnya Komunikasi Ibu bapa Dengan kanak-kanak

Komunikasi antara anak dengan ibu bapa kadang-kadang menjadi sukar bagi kita. Kita akan merasa mereka tidak mendengar apa yang cuba kita sampaikan; dan mereka merasa seperti kita tidak dengar  apa yang mereka sampaikan. Ini memang berlaku. Kita tahu betapa pentingnya komunikasi ibu bapa dengan kanak-kanak  dengan mendengar apa yang mereka cuba sampaikan kepada kita. Pandangan dan pendapat anak kita juga mempunyai nilai positif dan ibu bapa perlu mengambil masa untuk mendengar dengan hati terbuka bagi membentuk komunikasi yang baik.

Ibu bapa akan menjatuhkan hukuman kepada kanak-kanak apabila mendapati kanak-kanak melakukan kesalahan. Kebiasaannya berdasarkan perasaan dan pengalaman masa dahulu. Ibu bapa wajar memahami perasaan dan emosi anak-anak bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan mereka. Dengan cara ini kanak-kanak dapat menyampaikan pendapat mereka secara terbuka.

Sebagai ibu bapa, kita perlu mengwujudkan satu komunikasi yang baik dengan anak kita. Mereka mungkin mempunyai sebab tertentu untuk memberi pendapat kepada kita. Dengar apa yang mereka cuba sampaikan dari awal hingga akhir masalah yang dihadapi. Tidak perlu mencela apabila mereka bercerita masalah tersebut kepada kita. Apabila kita memberi peluang kepada mereka, satu komunikasi yang baik akan terbentuk antara ibu bapa dan kanak-kanak.

Ibu bapa perlu meluangkan masa untuk berkomunikasi dengan anak-anak. Kesibukan bekerja seharian menyebabkan komunikasi kurang antara ibu bapa dengan anak-anak. Cari peluang untuk memulakan komunikasi dan dengar apa yang mereka sampaikan kepada kita. Penting dalam situasi ini untuk memberi perhatian penuh dan tidak berbelah bagi. agar kita dapat membuat komunikasi yang berkesan dengan anak-anak. Sekiranya mereka mempunyai masalah cuba bertenang dan selepas itu tawarkan penyelesaian yang positif kepada mereka.

Rasa kecewa atau marah adalah satu perasaan yang normal bagi kanak-kanak. Pada permulaan, mungkin kita akan cuba untuk menyatakan agar merek tidak rasa kecewa atau marah, tetapi bagaimana pula sekiranya kita tidak dapat mengurangkan rasa kekecewaan atau perasaan marah itu? Dengar apa yang anak cuba sampaikan, tanya soalan untuk mengetahui mengapa mereka merasa begitu, dan kemudian cuba tanya apa yang perlu dibuat untuk mengurangkan perasaan tersebut. Sekali lagi cuba tawarkan penyelesaian yang positif kepada mereka.

Sentiasa bertanya dengan anak-anak kita. Sebagai ibu bapa perlu bagi kita bertanya kepada anak-anak tentang apa yang mereka buat pada hari ini, bagaimana perasaan mereka pada waktu itu, atau bertanya apa yang berlaku di sekolah. Beri peluang kepada mereka untuk bercerita. Ingat mendengar apa yang mereka sampaikan adalah kunci komunikasi.

Guna perkataan mudah contohnya, “Oh..begitu”, “bagus” “pandai” atau setidak-tidaknya menganggukkan kepala tanda kita sedang mendengar apa yang mereka katakan dengan memberi tumpuan anak mata kepada mereka. Ini menunjukkan minat kita untuk mendengar apa yang mereka katakana.

Kanak-kanak sama seperti kita juga. Mengalami perasaan atau situasi yang sukar pada sesuatu masa. Mendengar dan mengambil kira apa yang mereka sampaikan memberi isyarat kepada mereka yang kita sedia untuk membantu dan kita mempunyai pengalaman yang sama seperti mereka.

Bagaimana untuk membentu anak pintar dan cerdas? Baca seterusnya Anak Pintar dan Cergas

Catat Ulasan

0 Ulasan