Fanpage superstar

Melayu Maya - Informasi Internet

26 April 2012

motivasi pekerja dalam syarikat

     Dalam sesebuah organisasi yang besar mahupun yang sedernana tentu mempunyai pelbagai jenis jawatan yang diwujudkan dalam pelbagai kumpulan pekerja dengan tanggungjawab yang berbeza mengikut keperluan dan kehendak syarikat tersebut. Sekiranya kita adalah ketua bagaimana kita memastikan motivasi pekerja-pekerja sentiasa dipertingkatkan?

Layan pekerja kita dengan baik

     Perlu dan penting bagi seorang ketua atau pemilik syarikat untuk melayan baik dengan semua pekerja. Sentiasa menghormati mereka seperti mana kita mahu mereka menghormati kita. Sekiranya ini tidak ada kerjasama dalam syarikat tersebut tidak akan maju dengan berkembang.

Bangga dengan produk keluaran

     Salah satu punca maju dan berkembangnya satu produk yang dijual adalah kumpulan pekerja yang melakukan penjualan di bawah kita. Apabila mereka mempromosikan produk syarikat mereka perlu yakin bahawa produk tersebut adalah terbaik untuk dijual kepada pelanggan. Rangkaian antara pemilik syarikat, pekerja dan pelanggan akan meningkatkan lagi motivasi mereka untuk menjual produk tersebut. Kalau pekerja yakin akan produk tersebut adalah produk yang berkualiti mereka akan mudah untuk mendapatkan pelanggan. Dengan pelanggan tersebut syarikat akan mendapat faedah daripadanya. Untuk itu pastikan produk tersebut berkualiti kerana motivasi seseorang meningkat apabila menjual produk yang berkualiti.

Bergaul dengan pekerja.

     Sebagai ketua cuba letakkan diri kita dalam kumpulan pekerja kita. Pengalaman saya yang diselia oleh seorang ketua yang amat memahami pekerja-pekerja dibawahnya memberi kesan motivasi yang kuat. Ini kerana apabila kita mula bergaul dengan pekerja lain mudah bagi kita meminta pekerja kita untuk melakukan tugas-tugas penting yang perlu dilakukan.

Setiap pekerja 

 1) memang mahu dihargai apabila melakukan tugas dengan sempurna

2) memang mahu  dihargai dengan bukti penghargaan contoh pengikhtirafan kredit akan usaha yang dilakukan

3) memang mahu pendapat mereka didengar tidak kira diterima atau tidak.

4) memang mahu diberi ganjaran untuk kerja yang dilakukan.


     Sebagai ketua, tentulah kita inginkan sesuatu yang berkualiti dalam penyampaian pekerja kita. Tapi perlu diingat, pekerja adalah kompenen penting dalam sesebuah syarikat atau jabatan. Hargai apa yang dilakukan. Wang dan kuasa adalah simbul kejayaan syarikat, tetapi tanpa motivasi pekerja apa-apa yang dilakukan tidak akan berkembang dengan baik. Silap-silap gulung tikar.
25 April 2012

Bagaimana Mengawal Pengurusan Masa

 
pengurusan masa 05

Setiap hari kita akan menggunakan masa dengan jumlah yang sama. Ini melibatkan bagaimana kita menggunakan masa dalam kehidupan harian dan terhadap orang sekeliling kita. Mustahil bagi kita untuk mengawal semua perkara dalam satu masa tetapi kita mempunyai kuasa untuk mengawal apa yang perlu dilakukan. Kita perlu memastikan kita susun pengurusan masa yang akan memberi kesan positif terhadap fikiran kita sekiranya kita berjaya untuk mengikut apa yang kita susun pada hari itu. Artikel ringkas ini berkenaan bagaimana mengawal pengurusan masa.
07 April 2012

Masa sentiasa berubah

pengurusan masa zaman tua
Jam yang kita pakai di tangan sentiasa memainkan peranan tanpa henti dalam mengira masa yang akan berlalu. Masa sentiasa mempengaruhi kehidupan kita seharian. Pada zaman , kita tidak perlu risau akan matlamat kehidupan yang kita ingin capai. Tetapi pada zaman kanak-kanak, kita sentiasa bermain dan dari situlah kita menggunakan masa untuk mempelajari dan meneroka sesuatu yang baru. Apabila melihat akan telatah anak yang sedang bermain tanpa memikirkan sesuatu perkara yang serius menunjukkan bahawa zaman kita berubah, masa kita berubah mengikut peredaran umur kita.
05 April 2012

Tips mengatur pengurusan masa


atur pengurusan masa
Kenapa perlu adanya tindakan mengatur pengurusan masa? Dengan adanya aturan dalam pengurusan masa kita cuba untuk mengurus rutin harian kita secara teratur. Tidak dapat dinafikan tiada sesiapa pun yang berupaya untuk mengawal kehidupan, tetapi wajar bagi kita untuk mengawal apa yang akan kita lakukan.

Backlink