Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Tips mengatur pengurusan masa


atur pengurusan masa
Kenapa perlu adanya tindakan mengatur pengurusan masa? Dengan adanya aturan dalam pengurusan masa kita cuba untuk mengurus rutin harian kita secara teratur. Tidak dapat dinafikan tiada sesiapa pun yang berupaya untuk mengawal kehidupan, tetapi wajar bagi kita untuk mengawal apa yang akan kita lakukan.

yang berkesan sememangnya rumit. Tetapi apabila telah dapat mengatur pengurusan masa, semua yang kita lakukan akhirnya akan berhasil. Dalam menggunakan masa kita seharian, kita perlu kaji semula kemampuan diri masing-masing, supaya kita dapat melakukan pekerjaan dan gunakan kelebihan tersebut untuk menggunakan masa dengan bijak.


3 Perkara yang umum perlu diambilkira dalam mengatur masa adalah seperti:-

    1) Masa bersama
    2) Masa bersama rakan sekerja
    3) Masa untuk diri sendiri

Tidak ada penghujungnya untuk pengurusan masa. Setiap kita akan menghadapi kesukaran dalam melakukan pekerjaan. Tetapi sekiranya kita mampu untuk mengatur pengurusan masa, rutin harian kita akan lebih baik, kurang tekanan dan akan lebih bermakna.

Kita perlu mengatur masa kita dengan mengambil kira perkara lain yang sentiasa berlaku setiap masa contohnya, bekerja, makan, pakaian, berbelanja, tidur dan apa-apa yang kita lakukan. Apabila adanya pengurusan masa ini, dengan sendirinya kita akan mengatur jumlah masa yang kita gunakan untuk berhibur, masa makan mahupun berpakaian. Kita tidak mahu menghabiskan masa berjam-jam untuk menghias diri dan lewat sampai ke pejabat. Kita juga tidak mahu tidur sepanjang hari kerana ianya amat merugikan kehidupan kita.

adalah satu tempat untuk mengasah mengatur pengurusan masa. Ini kerana di pejabat kita diberikan sesuatu tugas dan tanggungjawab untuk diselesaikan pada tempoh tertentu walaupun mungkin kerja tersebut adalah rutin, memberi tekanan mahupun membosankan. Apabila kita dapat mengatur masa kita di pejabat, tentunya kerja yang kita lakukan itu akan dihargai oleh jabatan tempat kita bekerja. Mengatur pengurusan masa adalah cara untuk memastikan kerja tersebut selesai dengan jaya.

Catat Ulasan

0 Ulasan