Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Inovasi Dalam Proton

          Pada peringkat penubuhan Proton, jumlah pekerja hanya seramai 4200 orang sahaja. Dalam jumlah tersebut hanya 400 sehingga 500 jurutera yang bekerja dalam industri ini. Proton Holdings Bhd. telah menandatangai memorandum persefahaman (MoU) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) bagi meningkatkan lagi inovasi dalam bidang automobil. Proton Holding Berhad (Proton) telah menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan inovasi dalam sektor automotif bagi menjana produk yang lebih inovatif bagi kegunaan rakyat Malaysia. Bagi mencapai matlamat negara perindustrian, Perusahaan Otomobil Nasional di bawah Proton Holding Berhad telah disenaraikan di Bursa Malaysia. Proton Holding Berhad telah diberi kepercayaan untuk membeli 42.74% saham daripada Khazanah Nasioanl. Bagi tujuan tersebut tentulah Proton Holding Berhad mahukan sesuatu pembaharuan dalam produk mereka.

1. Inovasi Penciptaan Dalam Proton

          Apabila mengimbas kembali kepada kemampuan negara menghasilkan automobil nasional tentu kita kenal dengan nama Tun Mahathir bin Mohammad. Pemikiran inovasi beliau yang yakin akan kemampuan negara sebagai negara perindustrian berani untuk membawa idea menghasilkan kenderaan Proton Saga pada tahun 1982. Pada masa itu model Proton Saga sebenarnya adalah asas kepada kepakaran Mitsubishi Lance Fiore yang menggunakan kuasa 1300 cc dan 1500 cc. Pemasaran produk baru ini dianggarkan mengambil 70% pasaran kereta pada masa itu kerana disebabkan automobile nasional ini lebih murah dibandingkan dengan kenderaan import dari luar.

          Dengan idea kreatif dan inovatif, Proton telah berjaya mula menjual kereta Proton Saga dengan rasminya pada tahun 1989 dengan jualan lebih kurang 100,000 unit jualan. Pada permulaan model keluaran proton ini, enjin yang dibangunkan dan dibekalkan adalah berdasarkan teknologi daripada Mitsubishi. Berkat kesungguhan bagi menghasilkan kereta nasional Proton Saga secara perlahan-lahan teknologi ini berkembang di negara kita dan kita dapat melihat beberapa inovasi berlaku dalam kereta Proton Saga sehingga kepada model terbaru Proton Saga FLX.

2. Inovasi Perluasan Dalam Proton

           Bermula dengan Proton Saga pada tahun 1985 proton telah menambahbaik kedudukannya sebagai pengeluar kereta nasional yang pertama di Malaysia. Pada tahun 1990 proton saga limosin pula dipasarkan sehingga pelancaran proton saga iswara pada tahun 1992. Inovasi reka bentuk proton ini melihat kepada kemampuan untuk bertindak dalam merekacipta penambahan-penambahan kepada produk yang sedia ada.
Inovasi perluasan bermula apabila proton telah mengalami beberapa peringkat era pembangunan produk mereka. Proton Iswara telah dilancarkan bagi pada tahun 1992. Dengan tambahan kepada wajah baru Proton Iswara telah mengalami inovasi apabila teksi di Malaysia menggunakan tangki NGV (Natural Gas for Vehicle) diperkenalkan apabila Proton Iswara diperkenalkan. Penggunaan tangki NGV ini diletakkan dalam ruang bonet bagi penggunaannya. Inovasi seperti ini membawa penjimatan petrol kepada segelintir pemandu teksi di negara.

3. Inovasi Duplikasi Dalam Proton

          Peningkatan dalam pengeluaran kenderaan nasional ini telah membawa kepada inovasi duplikasi yang menambah fungsi tambahan kepada kenderaan nasional ini. Kita lihat bagaimana Proton Saga yang pertama mengalami inovasi duplikasi apabila beberapa kali bertukar wajah dan teknologi yang digunakan. Contohnya Proton Saga kepada Proton Saga Face Lift (Saga FLX) yang merupakan penambahan kepada kepentingan Proton Saga keluaran pertama.

          Kerjasama Proton dengan Lotus telah membawa satu lagi inovasi kepada proton apabila diberi kepercayaan mengubah bentuk dan meningkatkan model Satria GTi dan Perdana V6. Pada permulaan inovasi ini, proton telah mendapat idea untuk merekacipta kenderaan buatan sendiri iaitu Proton Waja pada tahun 2000. Model ini telah diperkukuhkan lagi dengan pengeluaran model Gen2 pada tahun 2004 dan Savvy pada tahun 2005. Kerjasama kedua-dua pihak membawa kepada pembangunan enjin baru yang menggunakan perisian komputer bersama, kemudahan dan peralatan bagi meningkatkan lagi mutu dan kecekapan enjin yang digunakan. Proton walaupun pernah dikatakan meniru teknologi luar tetapi sebenarnya telah menambah sistem keselamatan aktif. Inilah dikatakan inovasi duplikasi dengan menambah ciri-ciri keselamatan kepada pengendalian yang lebih stabil, casis yang mantap bagi ruang duduk penumpang lebih selamat, mempertingkatkan sistem brek dan pengurangan berat keseluruhan kenderaan bagi meningkatkan mutu dan prestasi kenderaaan.

4. Inovasi Sentisis Dalam Proton

          Proton turut mempamerkan keupayaan dalam inovasi sintesis. Ini dapat dilihat apabila banyak aplikasi yang dimuatkan dalam kenderaan yang dikeluarkan. Kita ambil satu senario harian kita. Kita ingin menuju ke satu tempat asing bagi kita yang belum kita pernah kunjungi. Keupayaan Proton menghasilkan inovasi dalam Sistem Kedudukan Global (GPS) dalam kenderaan menunjukkan lokasi tujuan adalah satu jenis inovasi sintesis yang terbaik. Malah keluaran Proton Preve menyaksikan satu lagi inovasi sintesis apabila proton berjaya mengeluarkan Proton Preve dengan tambahan fungsi sistem audio (CD MP3/Bluetooth, USB dan iPod) yang berintergrasi dengan sistem navigasi GPS tersebut dan didatangkan dengan skrin sesentuh. Selain itu Proton Preve ini mempunyai paparan SID (Smart Info Display) yang memberi pelbagai maklumat berguna kepada pemandu. Inovasi ini berlaku seiring dengan Proton mahu menjadikan kenderaan keluaran mereka mempunyai pelbagai fungsi apabila memandu di jalan raya.


Maklumat Kenderaan Terkini boleh diperolehi di laman sesawang http://corporate.proton.com

















Catat Ulasan

0 Ulasan