Header Ads Widget

Responsive Advertisement

KONSEP ASAS PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Integrasi amat sukar untuk difahami kerana memerlukan pengorbangan dalam menjayakannya. Proses ini bukan mudah dicapai sekiranya masyarakat di Malaysia masih lagi mempunyai sikap berpuak-puak dan bersikap perkauman antara satu dan lain. Sebab itulah terdapatnya tiga konsep asas perpaduan dan integrasi nasional yang perlu kita fahami terlebih dahulu.

Asimilasi
          Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, asimilasi bermaksud pemaduan bermacam-macam atau jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu seperti pemaduan unsur-unsur daripada kebudayaan yang berlainan menjadi satu kebudayaan. Ini bermakna asimilasi merupakan satu proses dua kebudayaan dibentuk menjadi satu bentuk budaya yang baru bagi mengurangkan perbezaan etnik yang ketara. Masyarakat yang berfikiran secara berlainan akan bersatu dalam kebudayaan yang sama.. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti diwakili dengan formula A+B+C =A. Etnik minoriti iaitu B dan C akan mengamalkan bentuk kebudayaan A yang merupakan golongan dominan dalam sesebuah negara. Di Malaysia, sebagai contoh asimilasi bukanlah konsep perpaduan yang baru di Malaysia. Kita lihat sahaja, masyarakat Baba dan Nyonya menjadi rujukan terbaik hasil daripada proses asimilasi etnik Cina dengan kebudayaan Melayu. Pada zaman Kesultanan Melaka dan Kesultanan Johor-Riau asimilasi suku Orang Laut berlaku apabila dalam perkahwinan campur berlaku menyebabkan Suku Mah Meri, suku Orang Kanaq, suku Orang Kuala dan suku Orang Seletar dikategorikan oleh Malaysia sebagai orang asli Malaysia. Pada hari ini kita dapat melihat orang Cina dan India berbaju kurung dan ini tidak memberi pandangan yang sinis oleh orang Melayu. Berkat daripada sistem pendidikan kebangsaan, generasi muda bukan Melayu begitu fasih berbahasa kebangsaan.

Amalgamasi
          Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Terori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A,B, dan C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi baru atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka. Di Malaysia, proses amalgamasi yang dapat kita lihat pada masa kini adalah masyarakat Serani iaitu perkahwinan campur antara orang Portugis dan Melayu.

Pluraliti
          Pluraliti ataupun majmuk bermaksud gabungan dua atau tiga perkataan yg mem punyai satu pengertian. Masyarakat majmuk bermaksud ~ masya rakat yg terdiri daripada beberapa kaum (suku bangsa) atau bangsa.Pluralisme budaya bukan fenomena baru dalam Alam Melayu. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah (yang diwakili oleh Portugis, Sepanyol, Belanda dan British) dengan budaya Alam Melayu telah berlaku sekurang-kurangnya sejak abad ke 5 Masihi lagi. Pertembungan dan pertemuan budaya-budaya besar dunia tersebut telah melahirkan satu ciri fenomena social yang istimewa dalam Alam Melayu iaitu fenomena kepluralitian budaya.








Catat Ulasan

0 Ulasan