Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Sumber Inovasi Dalam Proton

         Inovasi yang berlaku dalam kejuruteraan proton berkaitrapat dengan sumber inovasi yang diperolehi oleh syarikat tersebut. Inovasi adalah fungsi utama dalam proses keusahawanan. Dengan adanya inovasi dalam proton, sesuatu idea menghasilkan automobil akan terhasil apabila terdapatnya individu atau kumpulan yang kreatif dalam menghasilkan produk yang lebih berkualiti. Setiap organisasi yang mengeluarkan produk mempunyai saingan dalam pemasaran. Inovasi akan berlaku sekiranya wujud persaingan dalam mengeluarkan produk terkini. Pihak Proton banyak mencari sumber inovasi yang berkualiti bagi memantapkan lagi pengeluaran automobil nasional ni bagi bersaing dengan pengeluar kereta di Malaysia terutama Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA). Terdapat empat (4) sumber inovasi yang diperolehi oleh Proton.

1. Sumber yang tidak sengaja

          Dalam mempertingkatkan lagi inovasi dalam reka bentuk dan reka cipta Proton mendapat idea dari sumber yang tidak sengaja terutama dari Pertandingan Reka Cipta Dan Inovasi Proton. Dalam mengadakan pertandingan ini tentulah proton dapat idea baru dari kalangan kakitangan yang berkebolehan dalam bidang kejuruteraan. Pada tahun 2011, proton telah menganjurkan Pertandingan Reka Cipta Dan Inovasi Proton dengan tema Compact Car. Lokasi Pertandingan ini di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang Johor sempena Karnival Komuniti Pasir Gudang 2011 pada 17 dan 18 Disember. Kepakaran 8 jurutera dari Proton sendiri memenangi kejuaraan dengan tema “Green Car”. Pasukan yang bertanding diberi masa selama 6 bulan dan diberi kos RM8,000 bagi menyiapkan idea baru bagi produk Proton. Dengan adanya pertandingan ini, Proton boleh memberi satu keunikan baru dalam setiap produk yang akan dikeluarkan pada masa hadapan. Antara kereta concept mengalami inovasi yang telah berjaya berdasarkan Pertandingan Reka Cipta Dan Inovasi Proton dikeluarkan adalah proton dalam siri “pahlawan” iaitu Proton Tuah, Proton Jebat, Proton Kasturi, Proton Lekir dan Proton Lekiu.

2. Konsep pengetahuan yang baru

          Proton juga mendapat sumber inovasi dalam konsep pengetahuan yang baru. Antara projek yang telah dijalankan adalah dalam penyelidikan dan pembanguan automobil proton bagi menjalankan fungsi sebagai organisasi dalam membentuk inovasi yang terbaru. Dikatakan bahawa projek ini mempunyai kemudahan dan insfrastuktur yang lebih baik bagi memenuhi objektif kerajaan dalam Pelan Induk Perindustrian Kedua di negara. Dengan teknologi yang tinggi, infrastuktur dilengkapkan demgan kemudahan yang tinggi disamping bagi menarik minat pengeluar kenderaan lain menggunakan kemudahan yang disediakan. Sebuah makmal telah dibina iaitu berkonsepkan “Milege Accumulation Chasis Dyamometer (MACD)” bertujuan mengkaji sistem pengukuran piawaian “suspension kinematics”, ujian ke atas enjin “dynamometer”, simulasi kajian dan kajian terhadap ketahanan kenderaan yang dihasilkan. Terdapat empat (4) objektif penyelidikan dan pembanguanan dalam Proton:-

i. Memendekkan tempoh pembangunan kenderaan baru dan penjimatan kos pembangunan
ii. Peningkatan keupayaan kejuruteraan
iii. Peningkatan kualiti produk
iv. Pemilikan “harta intelektual” rekabentuk

3. Perubahan Demografis

          Proton juga amat menitikberatkan keupayaan pengguna bersesuaian dengan perubahan demografis di negara. Antara penekanan Proton adalah memberi satu kepercayaan kepada pengguna, nilai bagi sesebuah kenderaan yang telah berlaku inovasi. Salah satu perubahan demografis yang mempengaruhi sumber inovasi proton adalah dari segi umur pengguna. Pengeluaran Proton Saga Face Lift X (FLX) inovasi bagi Proton Saga FL begitu menarik minat golongan muda kerana gaya yang lebih sporty. Dengan harga yang murah dalam lingkungan RM38,598 hingga RM44,998.00 memberi kelebihan kepada golongan muda untuk memiliki jenis kenderaan ini. Pengeluaran Proton Saga FLX ini berkaitrapat juga dengan faktor pendapatan seseorang pengguna. Proton Saga FLX memberi penjimatan sehingga 4% dalam bandar dan 10% pemanduan di lebuh raya dalam penggunaan petrol. Dengan mengambilkira faktor keselamatan, proton ini memberi satu perubahan dalam keselamatan iaitu memiliki sistem Antikunci Brek (ABS), Agihan Brek Elektronik (EDB) dan menambah fungsi beg udara keselamatan bagi penumpang hadapan selain kepada pemandu.

4. Keperluan Proses

          Dewasa ini, pencemaran alam semakin membimbangkan kita. Proton telah mengambil satu langkah yang bijak apabila Proton Holding Bhd bekerjasama dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dalam menganjurkan Cabaran Mobiliti Hijau Proton 2012 bagi memenuhi sumber keperluan proses dalam inovasi proton yang mahukan kenderaan yang dikeluarkan oleh proton adalah mesra alam. Dalam cabaran ini pihak yang terlibat adalah pihak industri, akedemik dan kerajaan dalam menjalin kerjasama kepada keperluan negara. Kerjasama ini dikenali sebagai ‘Triple Helix’. Cabaran ini telah telah dirasmikan oleh Perdana Menteri kita, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang mensasarkan inovasi ini dihasilkan oleh pelajar-pelajar universiti dengan menukar enjin konvensional kepada penggunaan elektrik sepenuhnya. Tujuan utama sumber keperluan proses ini adalah bagi kesihatan kita pada masa akan datang. Penggunaan elektrik atau kenderaan hibrid ini akan mengurangkan kesan karbon dan memelihara alam sekitar agar pencemaran udara dapat dikurangkan dengan lebih berkesan. Cabaran ini bukan sahaja akan melibatkan penggunaan kenderaan eletrik sepenuhnya tetapi juga sebagai memenuhi potensi inovasi dalam keupayaan kenderaan tersebut melalui pelbagai ujian termasuklah jarak pemanduan, tahap pecutan serta kelajuan maksimum.

          Bagi merealisasikan penggunaan Teknologi Hijau dalam pengeluaran kenderaan hybrid, kenderaan elektrik dan kenderaan mesra alam ini, ujian kenderaan Range Extender Vechicle (REEV) telah dijalankan oleh Proton dengan kerjasama kerajaan Malaysia. Pusat Inovasi berteknologi hijau ini ditubuhkan bagi memenuhi inisiatif teras hijau Malaysia. Salah satu inovasi yang memenuhi keperluan proses inovasi adalah Exora REEV yang memenangi Best E-REV category in the Brighton to London Future Car Challenge pada November 2010.


















Catat Ulasan

0 Ulasan