Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Tiga Inisiatif Polisi Utama Malaysia


Pada kali ini kita akan lihat secara ringkas tiga inisiatif polisi utama yang dilaksanakan oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam mengatasi cabaran-cabaran integrasi nasional yang dikenalpasti. 


1)     Model Ekonomi Baru


          Model Ekonomi Baru telah dibentangkan di Persidangan Invest Malaysia 2010 di Kuala Lumpur pada 30 Mac 2010. Tiga prinsip yang ditekankan ialah berpendapatan tinggi, kemapanan dan keterangkuman (inclusive). Prinsip-prinsip ini dapat memacu ekonomi Malaysia untuk menjadi negara yang membangun sepenuhnya, meletakkan kedudukan negara yang berdaya saing secara strategik di dalam ekonomi serantau dan global, persekitaran yang mapan dan kualiti hidup secara menyeluruh. Semua pihak ataupun rakyat menikmati hasi kemakmuraan negara yang semakin meningkat. Lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik:
  1. Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi
  2. Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing
  3. Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing
  4. Memperkukuhkan sektor awam
  5. Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran
  6. Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan
  7. Meningkatkan sumber pertumbuhan
  8. Memastikan pertumbuhan yang mapan
          Model Ekonomi Baru (MEB) menjadi instrumen penting untuk merobohkan tembok perkauman dan perasan prasangka di antara kaum di negara ini. Di bawah MEB, semua kaum akan mempunyai peranan dan peluang yang sama untuk menggilap potensi masing masing serta bersaing secara adil dalam sektor ekonomi. Setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama mendapat jaminan hak yang adil, perpaduan dan keharmonian kaum dapat direalisasikan.

2)     1Malaysia


         Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan Gagasan 1Malaysia iaitu prinsip “Rakyat Didahulukan,   Pencapaian   Diutamakan”. Definisi gagasan 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita. Rakyat daripada pelbagai kaum dan agama perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum. Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama. Kita perlu mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. 1Malaysia yang digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti berikut:

          Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu kalangan rakyat berbilang kaum.Teras Perpaduan ini disandarkan kepada tiga prinsip dalam memperkukuhkan perpaduan nasional.
  • Prinsip Penerimaan

          1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam satu negara
  • Prinsip Kenegaraan

         Datuk Seri Najib Tun Razak mengilhamkan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Prinsip-prinsip Kenegaraan berasaskan kepada dua perkara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Rukun Negara dibentuk pada 30 Ogos 1070 oleh Majlis Gerakan Negara (MAGENDRA) selepas berlakunya tragedy 13 Mei 1989.
  • Prinsip Keadilan Sosial

          Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambilkira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. Melalui Gagasan 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.

Ketiga-tiga Teras Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni termasuk nilai-nilai berikut:

i. Kesederhanaan
ii. Rendah Hati (Tawadhuk’)
iii. Berbudi Bahasa
iv. Hormat-Menghormati

         Nilai-nilai aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju.  Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam Gagasan 1Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. 

Lapan nilai tersebut adalah:

i. Budaya berprestasi tinggi
ii. Budaya ketepatan
iii. Budaya ilmu
iv. Integriti
v. Ketabahan
vi. Kesetiaan
vii. Kebijaksanaan
viii. Budaya inovasi

3.  Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)


          Pada Isnin (27 Julai 2009), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, dan memerangi rasuah. Bidang-bidang lain termasuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.
Bagi setiap NKRA, seorang menteri akan dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan. Menteri-menteri yang dilantik ialah:

i. Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran) bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

ii. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) bagi NKRA mengurangkan kadar jenayah, Keselamatan dan peningkatan Prestasi Agensi Penguatkuasaan.

iii. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) bagi NKRA memerangi rasuah. Mengemaskini polisi, prosedur dan penguatkuasaan. Kerajaan telah membentuk Suruhanjaya Pencegahan Malaysia dalam bidang perundangan lebih efektif

iv. Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) bagi NKRA meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah. Membenteras kemiskinan tegar.

v. Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) bagi NKRA memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman. Kerajaan giat menaiktaraf kehidupan rakyat yang berbilang bangsa.

vi. Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan) bagi NKRA menambahbaik pengangkutan awam yang lebih komprehensif memmenuhi keperluan rakyat.         

         Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ini membuktikan Kerajaan di bawah pimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak begitu telus dan komited untuk melaksanakan transformasi perkhidmatan kerajaan yang bermutu tinggi kepada rakyat. Selain daripada itu juga Kerajaan pimpinan YB PM telah memperkenalkan sistem pengukuran prestasi yang boleh membuktikan secara fakta keberkesanan setiap 6 bidang NKRA. NKRA ini juga merupakan manifestasi kerajaan dalam meletakkan amanah dan mandat rakyat di kedudukan tertinggi dan bermaruah di samping mencapai konsep 1Malaysia di mana, “ rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan.”

          Perpaduan dan Integrasi di Malaysia berkaitrapat dengan kumpulan-kumpulan etnik. Sejak zaman pemerintahan British lagi, dasar “Pecah dan Perintah menyaksikan sistem ekonomi terdahulu telah dipisahkan agar hubungan etnik di Tanah Melayu pada masa itu tidak berkembang. Malah rakyat dipisahkan kawasan tempat tinggal berdasarkan jenis pekerjaan yang dilakukan. Kita melihat sejarah apabila pada zaman pemerintahan dahulu membawa kepada kepincangan perpaduan rakyat apabila pelajar Melayu dibenarkan belajar di sekolah vernakular atau sekolah Inggeris berdasarkan taraf seseorang. Bagi orang India pula belajar di sekolah Tamil di estet. Manakal bagi orang cina terkenal dengan tradisi pendidikan diutamakan. Oleh yang demikian guru-guru datang dari negara china untuk mengajar mereka. Oleh yang demikian, Perdana Menteri telah membawa banyak perubahan bagi menyatupadukan rakyat Malaysia pada masa kini dengan menwujudkan Model Ekonomi Baru, Gagasan 1Malaysia dan NKRA. Tujuan utama pembentukan polisi tersebut adalah untuk perpaduan dan integrasi nasional dikalangan rakyat Malaysia.


Rujukan :


1) Ting Chew Peh Hubungan Ras dan Etnik: Suatu Pengenalan, Kuala Lumpur : Pustaka Dimensi. (1987)
2) Sidang Pengarang ILBS, Malaysia Kita: Panduan dan Rujukan untuk Peperiksaan Am Kerajaan
(Cetakan Kelima 1999), Kuala Lumpur





































Catat Ulasan

0 Ulasan