Rahsia Penulis

Melayu Maya - Informasi Internet

31 December 2013

Perhubungan Pekerjaan

   Perhubungan pekerjaan melibatkan satu peraturan hubungan yang akan wujud antara majikan dengan pekerja. Perhubungan ini mengandungi hak dan tanggungjawab secara berterusan sehinggalah salah seorangnya menamatkannya berdasarkan terma kontrak yang telah dipersetujui kedua boleh pihak. Undang-undang adalah perkara penting dalam mewujudkan satu kontrak perkhidmatan.
Kontrak Perkhidmatan dapat didefinisikan sebagai satu perjanjian di mana seseorang bersetuju untuk mengambil kerja seseorang pekerja dan pekerja itu bersetuju berkhidmat dengan majikannya sebagai seorang pekerja. Kontrak tersebut boleh dibuat sama ada secara lisan atau bertulis. Bagi kontrak perkhidmatan yang khusus bagi suatu tempoh masa tertentu dan melebihi sebulan, ianya hendaklah dibuat secara bertulis. Terma atau syarat-syarat perkhidmatan mestilah bertulis dan diberi kepada semua pekerja pada atau sebelum pekerja tersebut mula bertugas. Terma-terma ini tidak boleh kurang daripada terma-terma yang ditetapkan oleh Akta Kerja 1955.
      “Kontrak pekerjaan” wujud apabila majikan mengambil seseorang individu bekerja dengannya dan membayar upah tertentu, serta mengandungi terma dan syarat yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Kita ambil satu contoh perhubungan kontrak pekerjaan antara majikan dan pekerja. Kita anggap majikan adalah kerajaan dan penjawat awam lantikan kontrak sebagai pekerja. Sebagai majikan, kerajaan akan menyediakan jumlah masa bekerja  sehari, skop dan jenis kerja yang dilakukan, gaji bulanan, cuti dan faedah dan beberapa perkara perlu untuk dipatuhi oleh penjawat awam tersebut. Ini bermakna kerajaan dan pekerja mempunyai satu hak dan tanggungjawab yang melibatkan satu undang-undang kontrak yang perlu dipatuhi.
Kontrak perkhidmatan ini penting dalam menentukan seseorang individu tersebut merupakan pekerja atau pun tidak. Terdapat empat jenis ujian yang biasa dan diterima pakai oleh mahkamah iaitu ujian Kawalan, Ujian Organisasi, Ujian Pelbagai dan Ujian Komposit.

Hubungan Majikan-Pekerja

Majikan

Akta Kerja 1955 mendefinisikan Majikan sebagai Mana-mana orang yang mempersetujui suatu kontrak perkhidmatan untuk menggaji mana-mana orang lain sebagai pekerja, dan ini termasuklah ejen, pengurus atau wakilnya.

Akta Perhubungan Perusahaan 1967 pula mendefinisikan Majikan sebagai Mana-mana orang atau syarikat, sama ada diperbadankan atau tidak, yang mengambil pekerja di bawah kontrak pekerjaan, dan ini termasuklah badan kerajaan dan badan berkanun, kecuali dinyatakan sebaliknya di Akta ini.

            Oleh yang demikian, melalui definisi-definisi ini, majikan adalah orang yang bertanggungjawab dalam memberi kontrak perkhidmatan kepada seseorang individu yang akan digajinya yang seterusnya digelar pekerja. Majikan ini termasuklah pengurus, ejen atau individu yang bertanggungjawab dalam memberi pembayaran gaji dan upah kepada pekerja, termasuk mana-mana pihak kerajaan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan dan badan-badan lain.

Pekerja
Akta Kerja 1955 mendefinisikan pekerja sebagai mana-mana orang atau kelas orang yang: termasuk dalam mana-mana kategori yang dinyatakan dalam Jadual Pertama (iaitu mereka yang menerima gaji bulanan tidak lebih RM1500); atau Menteri Sumber Manusia boleh membuat perintah di bawah Seksyen 2(3) atau Seksyen 2A.

Jadual Pertama Akta Kerja 1955: mengkelaskan pekerja kepada dua kategori.

Kategori pertama
pekerja dikelaskan mengikut jumlah gaji yang diterima, iaitu tidak melebihi RM1500 sebulan.

Kategori kedua
pekerja dikelaskan mengikut jenis kerja yang dilakukan, walaupun gaji bulanan yang mereka terima melebihi RM1500. Kategori kedua ini terdiri daripada mereka yang bekerja sebagai:

i)  buruh kasar, termasuklah mereka yang mempunyai kemahiran(skill), contohnya ahli tukang atau perantis;
ii) pekerja yang terlibat dalam operasi atau pengendalian kenderaan bergerak, sama ada untuk  tujuan pengangkutan penumpang, barangan atau perdagangan(commercial)
iii) pekerja yang terlibat dalam penyeliaan buruh-buruh kasar;
iv) pekerja yang terlibat dalam sebarang tugas yang berkaitan dengan perkapalan, kecuali pegawai, pemegang sijil tempatan dan yang mempersetujui apa-apa perjanjian dari Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan
 v) pembantu rumah

Menurut Akta Perhubungan Perusahaan 1967 pekerja didefinisikan sebagai Mana-mana orang, termasuklah perantisan yang diambil bekerja oleh majikan di bawah kontrak pekerjaan, untuk bekerja bagi mendapatkan upah atau ganjaran, dan bagi tujuan apa-apa tindakaan undang-undang (proceeding) berhubung dengan pertikaian perindustrian, termasuklah mana-mana orang yang dipecat(dismissed), dilepaskan(discharged) atau diberhentikan(retrenched) berhubung dengan pertikaian perindustrian, atau mana-mana orang yang akibat daripada pemecatan, pelepasan atau pemberhentian itu telah menimbulkan suatu pertikaian perindustrian.

           Oleh yang demikian pekerja adalah individu yang diambil bekerja oleh majikan dan menerima gaji dan upah atas sebab sesuatu pekerjaan yang dilaksanakan. Penawaran gaji ini sebenarnya masih dikawal oleh Menteri Sumber Manusia agar tidak berlaku penindasan pemberian gaji kepada pekerja yang tidak setimpal dengan pekerjaan yang telah dipersetujui. Pekerja dapat dikategorikan kepada dua kategori iaitu gaji yang tidak melebihi RM1500 sebulan dan pekerja yang menerima gaji melebihi RM1500. Pekerja juga termasuklah pekerja yang telah dipecat atau dilepaskan atau telah diberhentikan bagi menyelesaikan suatu pertikaian perindustrian antara majikan dan pekerja.

Rujukan
1)    Akta Kerja 1955 (Akta 265) & peraturan-peraturan dan perintah: hingga 5hb April 2001. (2001). Kuala Lumpur: International Law Book Services :.
2)    Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177): hingga 15th November 2008. (2008). Kuala Lumpur: International Law Book Services.
3)    Hapriza Ashari. (2004). Undang-undang Pekerjaan: Huraian Dan Panduan Terhadap Akta Kerja 1955. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.
4)    Harlida Abdul Wahab, Roosniza Sharif, Mumtaj Hassan. (2011). BDUE3103 Introductory Employment Law. Selangor: Open University Malaysia
5)   Min Aun Wu. (1985). Undang-undang perhubungan perusahaan di Malaysia. Kuala Lumpur: Heinemann (Malaysia).
6)   Mohmad bin Yazam Sharif. (2001).  Asas Pengurusan Sumber Manusia: Pendekatan Proses. Kuala Lumpur: Utusan Publications
7)   Kamal Halili Hassan, Ahmad Kamal (Nik.), Mumtaj Hassan. (2007). Siri perkembangan undang-undang di Malaysia: Undang-undang pekerjaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

03 April 2013

2 jenis undang-undang awam

Undang-undang Perlembagaan
 
    Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam Sistem Pemerintahan Kerajaan Malaysia iaitu Badan Perundangan (Legislative), Badan Pemerintah (Executive) dan Badan Kehakiman (Judicial).

     Perkara 4 (1) menyatakan Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-udang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu. Perlembagaan Persekutuan mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual. Bagi setiap perkara terdapat beberapa Fasal yang dijelaskan dengan terperinci sebagai garis panduan perundangan dan kepentingan rakyat.

Susunan Perkara-perkara Dalam Perlembagaan Persekutuan

Bahagian 1 Perkara 1 hingga 4 – Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang Bagi Persekutuan
Bahagian 2 Perkara 5 hingga 13 – Kebebasan Asasi
Bahagian 3 Perkara 14 hingga 31 – Kewarganegaraan
Bahagian 4 Perkara 32 hingga 69 – Persekutuan
Bahagian 5 Perkara 70 hingga 72 – Negeri-negeri
Bahagian 6 Perkara 73 hingga 95E – Perhubungan Antara Persekutuan Dengan Negeri-negeri
Bahagian 7 Perkara 96 hingga 112D – Peruntukan-peruntukan Kewangan
Bahagian 8 Perkara 113 hingga 120 – Pilihanraya
Bahagian 9 Perkara 121 hingga 131A – Perhakiman
Bahagian 10 Perkara 132 hingga 148 – Perkhidmatan Awam
Bahagian 11 Perkara 149 hingga 151 – Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversi, Dan Kuasa- kuasa Darurat
Bahagian 12
Bahagian 12B
Perkara 152 hingga 160B – Am Dan Pelbagai
Perkara 161 hingga 161 H – Perlindungan Tambahan Bagi Negeri-negeri Sabah Dan Sarawak
Bahagian 13 Perkara 162 hingga 180 – Peruntukan Sementara Dan Peralihan
Bahagian 14 Perkara 181 – Perkecualian Bagi Kedaulatan Raja-raja dsb.
Bahagian 15 Perkara 182 hingga 183 – Prosiding Terhadap Yang Di-Pertuan Agong Dan Raja-raja

Jadual-Jadual
Jadual Pertama Sumpah bagi pemohon-pemohon untuk pendaftaran atau masukan
Jadual Kedua Kewarganegaraan dengan cara kuatkuasa undang-undang bagi orang-orang yang lahir sebelum, pada atau selepas Hari Malaysia.
Jadual Ketiga Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Kepala Utama Negara.
Jadual Keempat Sumpah jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
Jadual Kelima Majlis Raja-raja
Jadual Keenam Bentuk sumpah dan ikrar
Jadual Ketujuh Pemilihan dan persaraan ahli-ahli Dewan Negara
Jadual Kelapan Peruntukan-peruntukan yang akan dimasukkan dalam Perlembagaan-perlembagaan Negeri
Jadual Kesembilan Senarai perundangan
Jadual Kesepuluh Pemberian dan sumber-sumber hasil yang diserahkan kepada negeri.
Jadual Kesebelas Peruntukan bagi Ordinan Pentafsiran dan Fasal-fasal Am, 1948 (Ordinan Malayan Union No. 7 tahun 1948) dipakai bagi pentafsiran Perlembagaan.
Jadual Keduabelas (Dimansuhkan)
Jadual Ketigabelas Peruntukan-peruntukan berhubung dengan persempadanan bahagian pilihanraya

Perkara 5 (1) menyatakan tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang. Ini bermaksud seseorang tidak boleh dibunuh dan dipenjarakan melainkan menurut undang-undang. Perkara 5 (3) pula menyatakan jika seseorang ditangkap maka ia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh sebab-sebabnya ia ditangkap dan ia hendaklah dibenarkan berunding dengan seorang pengamal undang-undang yang dipilih olehnya dan dibela oleh pengamal undang-undang itu.

Perkara 11 menyatakan Perlembagaan membenarkan kebebasan beragama di mana tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya. Setiap orang berhak mengembangkan agamanya namun begitu undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.

Perkara 13 menyatakan tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Perkara 121 menyatakan mahkamah-mahkamah persekutuan tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalan bidang kuasa mahkamah Syariah.

Perkara 150 menyatakan jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar yang sedang berlaku dan keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya adalah terancam oleh kerananya, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Pengisytiharan Darurat.

Perkara 152 menyebut bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, Perlembagaan menyatakan kebebasan untuk menggunakan, mengajar atau belajar bahasa lain.

Perkara 153 menyatakan adalah menjadi tanggunggjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

Perkara 181 menyatakan pengecualian bagi kedaulatan Raja-raja di mana kedaulatan, hak kedaulatan, kuasa dan bidang kuasa Raja-raja, Pembesar-pembesar Memerintah Negeri Sembilan dalam wilayah mereka masing-masing.. Tiada apa-apa pembicaraan boleh dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja bagi sesuatu Negeri atas sifat peribadinya kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan dan dilantik oleh Majlis Raja-raja.

Perkara 74 menyebut Parlimen boleh membuat undang-udang mengenai mana-mana perkara yang disebutkan dalam Senarai Persekutuan atau Senarai Bersama (iaitu Senarai Pertama atau Ketiga yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan) dan Badan Perundangan Negeri diberi kuasa membuat undang-undang mengenai mana-mana perkara yang disebutkan dalam senarai Negeri (iaitu Senarai Kedua yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan) atau Senarai Bersama. Perkara 75 menyatakan sekiranya undang-undang Negeri berlawanan dengan undang-undang Persekutuan, maka undang-undang Persekutuan itu hendaklah dipakai dan undang-undang Negeri itu hendaklah terbatal setakat mana ianya berlawanan dengan undang-undang Persekutuan itu.

Perkara 160 menyebut tentang tafsiran kandungan ayat yang digunakan di dalam Perlembagaan. Klausa 2 menerangkan “Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan berdomisil (bermastautin) di Malaysia (Persekutuan) atau di Singapura.

Undang-undang Jenayah

Undang-undang jenayah mengkodifikasikan salah laku oleh individu terhadap negaranya. Ia bertujuan menghukum pesalah dan mengurangkan kadar jenayah menerusi ancaman hukuman yang diberikan, contohnya pencuri dihukum penjara, ini bagi melindungi masyarakat daripada ancaman pesalah laku.
Undang-undang jenayah merupakan salah satu undang-undang yang utama dan substantif bagi setiap negara. Tujuan utama kewujudan undang-undang ini adalah bagi memastikan kehidupan manusia dapat dinikmati dengan baik. Hukuman yang setimpal dijatuhkan ke atas orang yang melakkan kejahatan dan mengganggu gugat nikmat keharmonian serta ketenteraman orang lain.

Setiap jenayah mempunyai unsur-unsur jenayah. Hukuman mati boleh dikenakan kepada penjenayah yang terlibat dalam jenayah pembunuhan, pengedaran dadah, pengkhianatan dan melancarkan perang sebagai contoh terhadap Yang di-Pertuan Agong. Ini termasuklah tindakan keganasan di mana mana-mana pengganas dan sesiapa yang membantu pengganas adalah bertanggungjawab untuk menghadapi hukuman mati. Hukuman fizikal juga boleh dikenakan seperti hukuman sebatan atau cambuk. Bukti jenayah memerlukan bukti perbuatan tertentu atau elemen luar sesuatu jenayah iaitu actus reus atau “tindakan bersalah” yang ketika dibuktikan tidak dapat diragui lagi dalam kombinasi dengan mens rea iaitu “fikiran bersalah” yang menghasilkan liabiliti penjenayah dalam asas common law.

Undang-undang jenayah di Malaysia

Sumber utama undang-undang jenayah di Malaysia ialah Kanun Keseksaan (Penal Code) dan Kanun Tatacara Jenayah (Criminal Procedure Code). Kanun Keseksaan adalah undang-undang utama di mahkamah Malaysia. Kanun Tatacara Jenayah telah diisytiharkan untuk mengawal selia pentadbiran keadilan jenayah atau prosedur di Malaysia. Inter alia Kanun Tatacara Jenayah menyediakan prosedur penangkapan, pencarian, penyiasatan polis dan perbicaraan yang dijalankan di Malaysia.

Terdapat peraturan dan prosedur asas yang perlu dipatuhi dalam menahan saspek berdasarkan hak-hak individu iaitu:
  1. Jika ditangkap, hendaklah diberitahu dengan beberapa segera sebab-sebab ia ditangkap dan untuk dibenarkan berunding dan dibela dengan seorang pengamal undang-undang yang dipilih olehnya. (Perkara 5 Fasal (3) Perlembagaan Persekutuan).
  2. Jika ditangkap dan tidak dilepaskan dalam masa 24 jam, orang itu perlu dihadapkan ke seorang Majistret untuk ditahan lanjut.Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah)
  3. Hak untuk diberitahu samada kesalahan itu boleh dijamin atau tidak boleh dijamin.
  4. Pemeriksaan am terhadap saspek dan premis dijalankan bagi tujuan penyiasatan.
  5. Sebarang prosedur penahanan individu adalah berdasarkan Akta Polis 1967, Kanun Acara Jenayah dan Peraturan Lokap.
Peranan Undang-Undang Awam Dalam Keadilan Di Malaysia
Kesalahan Trafik

     Kesalahan trafik adalah kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) atau Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334). Di bawah Akta-Akta ini, denda minimum adalah  RM300.00.  Ia boleh mencapai RM10,000.00 mengikut kesalahan yang dilakukan. Di dalam Akta-akta ini kesalahan yang dilakukan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu saman boleh dikompaun, saman tidak boleh dikompaun dan kesalahan yang boleh ditangkap. Contoh kesalahan boleh dikompaun ialah gagal menunjukkan lesen memandu atau insurans apabila diminta oleh polis, warden lalu lintas atau pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 18(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pembayaran kompaun boleh dibayar sebelum luputnya tarikh yang telah ditetapkan di dalam notis JPJ(P)22Pin.1/94 dan Polis 257 Pin.4/95 yang telah diterima oleh anda sewaktu saman dikeluarkan.  Tetapi jika tarikh kompaun telah tamat, seseorang itu perlu dikehendaki hadir ke Mahkamah untuk dibicarakan. Ini bagi membolehkan mahkamah menjatuhkan hukuman bagi kesalahan yang dikesan

     Salah satu contoh undang-undang awam adalah subsidiary legislation atau undang-undang kecil. Perundangan kecil ini boleh dalam bentuk Peraturan-peraturan (Regulations), Kaedah-kaedah (Rules), Perintah-Perintah (Orders); atau lain-lain bentuk yang seumpamanya. Menurut seksyen 3, Akta Tafsiran 1967, “perundangan kecil” bermaksud sebarang perisytiharan, kaedah, peraturan, perintah, pemberitahuan, undang-undang kecil (by-laws) atau lain-lain instrumen yang dibuat di bawah mana-mana Akta, Enakmen, Ordinan atau lain autoriti yang sah di sisi undang-undang dan mempunyai kesan perundangan.

Kesalahan Meletak Kenderaan

     Ordinan Kerajaan Tempatan 1967 Undang-Undang Kecil (Peruntukan-Peruntukan Tempat Letak Kereta) Bandaraya Kota Kinabalu, 2003 merupakan contoh undang-undang kecil yang terpakai. Merujuk Perkara 23. Tiada kenderaan bermotor boleh diletak sedemikian dalam mana-mana jalanraya atau tempat letak kereta yang ia membentuk suatu penghalangan kepada laluan bebas lalulintas kenderaan atau pejalan kaki. Contohnya meletakkan kenderaan bermotor di tempat selain dari yang ditetapkan bagi jenis kenderaan itu dan menghalang lalulintas kenderaan seperti pengangkutan awam atau pejalan kaki. Mayor mempunyai berkuasa menyebabkan kenderaan bermotor tersebut tidak bergerak dengan mengunci kenderaan tersebut menggunakan peralatan yang difikirkan wajar. Oleh itu kadar kompaun yang dikenakan adalah tidak melebihi RM150.00 sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Mayor untuk mengalihkan dan kenderaan bermotor tersebut. Sekiranya orang yang didapati salah tidak gagal mematuhi notis kompaun yang dikenakan. Mayor mempunyai kuasa untuk membawa kes tesebut ke mahkamah untuk dibicarakan

     Undang-undang Malaysia dikuatkuasa bagi mengamalkan satu peraturan yang dikuatkuasakan bagi tujuan mentadbir masyarakat. Undang-undang tersebut merupakan peraturan yang mentadbir tingkahlaku masyarakt. Arahan-arahan yang dikeluarkan dikuatkuasakan melalui penggunaan sekatan dan hukuman ke atas individu yang mengingkarinya. Undang-undang terbahagi kepada dua jenis utama iaitu undang-undang awam dan undang-undang persendirian. Undang-undang awam bertujuan untuk mentadbir sesebuah Negara iaitu bagi mengawal hubungan individu dengan Negara. Undang-undang ini menrangkumi undang-undang perlembagaan, pentadbiran dan jenayah. Undang-undang persendirian pula bagi menguatkuasakan hubungan antara individu berkaitan dengan hak masing-masing. Seseorang boleh untuk menuntut kerugian disebabkan pelanggaran undang-undang. Undang-undang ini merangkumi undang-undang kontrak, undang-undang tort, undang-undang amanah, undang-undang tanah, keluarga, syarikat dan perkongsian. Perbezaan ketara undang-undang awam dengan undang-undang persendirian iaitu undang-undang awam melibatkan kes-kes mahkamah di antara pihak pendakwaraya dari peguam atau pihak berkuasa yang mewakili kerajaan. Undang-undang persendirian pula melibatkan perselisihan antara dua pihak berkaitan dengan kontrak perjanjian iaitu setiap individu boleh diwakili oleh peguam masing-masing. Dalam prosiding ini pihak menuntut keadilan adalah plantif dan pihak yang didakwa adalah defendan. Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia terdapat beberapa perkara perlu dipatuhi. Perlembagaan ini bertujuanm untuk pembahagian kuasa kepada badan perundangan (legislative), badan pemerintah (executive) dan badan kehakiman. Dalam udang-undang jenayah, hukuman setimpal akan dijatuhkan kepada orang yang melakukan kesalahan dengan niat menggangu gugat keharmonian dan ketenteraman orang lain. Asasnya terdapat prosedur perlu dipatuhi dalam menaham suspek melalui Perkara 5 Fasal (3) Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak penahanan seseorang. Kesemua undang-undang ini mempunyai satu tujuan utama iaitu memberi keadilan kepada setiap masyarakat yang mempunyai hak menuntut keadilan. Kita dapat lihat Malaysia mengamalkan sistem pengadilan yang saksama dengan member peluang setiap pertikaian untuk dibicarakan.


RUJUKAN

1. BRADLEY, A. W. (1985). Constitutional And Administrative . New York: Longman.
2. Heuston, R. (1979). Essays in Constitutional Law. London: Stevens & Son.
3. Hapriza Ashari, Khairiah Soehad & Lekha Laxma (2005). Prinsip Undang-Undang Malaysia. Pahang. PTS Publications.
4. Pheng, L. M. (2003). General Principles of Malaysian Law. Selangor: Fajar Bakti.
5. Ramalingam, C. L. (2010). BDAU2103: Elements of Law. Selangor. Open University Malaysia.
6. Undang-undang (Wikipedia): Http://Ms.Wikipedia.Org/Wiki/Undang-Undang
8. Malaysia Kita Panduan Dan Rujukan Untuk Peperiksaan Awam International Law Book Services Cetakan Semula 2008
9. Perlembagaan Persekutuan (Hingga 20 Januari 2012) International Law Book Services (2012)
11. Ordinan Kerajaan Tempatan, 1961 (Ordinan No. 11 Tahun 1961) Perintah (Penyerahan Tugas-Tugas Peruntukan-Peruntukan Tempat Letak Kereta Dan Perhentian) Pihak Berkuasa Tempatan, 1973. Undang-Undang Kecil (Peruntukan-Peruntukan Tempat Letak Kereta) Bandaraya Kota Kinabalu, 2003
12. Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
13. Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334)
02 April 2013

undang-undang awam dan sivil

PERBEZAAN UNDANG-UNDANG AWAM DAN UNDANG-UNDANG PERSENDIRIAN (SIVIL).
       Kedua-dua jenis undang-undang ini adalah berbeza mengikut kepada fungsi dan kegunaan undang-undang tersebut dalam negara. Undang-undang awam melibatkan hubungan kerajaan dengan rakyat. Undang-undang persendirian pula wujud bagi mengawal hak kepentingan antara individu dengan individu, atau individu dengan masyarakat agar tidak dicerobohi. Kita akan membincangkan secara terperinci perbezaan antara undang-undang awam dengan undang-undang persendirian.

UNDANG-UNDANG AWAM

Undang-undang awam terbahagi kepada tiga kategori yang utama iaitu :-

1) Undang-undang perlembagaan
      
     Undang-undang perlembagaan adalah badan utama mengenai hubungan kerajaan yang berbeza iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman. Undang-undang ini mentakrifkan struktur kerajaan dan asasi rakyat di bawah pemerintahannya. Undang-undang ini berkaitrapat dengan kuasa parlimen dengan hak-hak rakyat. Tujuan undang-undang perlembagaan bagi memastikan hak-hak yang termaktub dalm perlembagaan adalah dipatuhi dan menentukan kerajaan melakukan sesuatu dasar perlembagaan atau sebaliknya.

2) Undang-undang pentadbiran

     Undang-undang pentadbiran adalah undang-undang mengawal hubungan individu dengan negara. Ini berhubungkait dengan pentadbiran dan pelaksanaan kuasa eksekutif dalam pentadbiran negara. Kuasa dan tanggungjawab pihak berkuasa pentadbiran bagi memastikan kuasa-kuasa awam ini membuat tindakan dan keputusan mengikut kehendak undang-undang yang ditetapkan oleh negara. Kuasa awam dilaksanakan selaras dengan undang-undang bertujuan untuk melindungi penglibatan orang awam dalam membuat keputusan. Undang-undang ini penting kerana membolehkan orang awam untuk membuat tuntutan gantirugi bagi kesalahan oleh mana-mana pegawai kerajaan atau piahk berkuasa. Semakan kehakiman juga akan dijalankan bersama bagi menilai dan mempertimbangkan tindakan badan kerajaan sama ada mengikut atau menyalahi undang-undang.

3) Undang-undang jenayah

     Undang-undang jenayah dibentuk bagi mengawal masyarakat daripada melakukan kesalahan yang meliputi jenayah, pendakwaan dan pembelaan. Undang-undang jenayah ditulis oleh kerajaan bagi mengurus kesalahan jenayah yang menyebabkan kemudarataan orang awam dengan mengambil pendekatan hukuman. Undang-undang jenayah mengambilkira keputusan mahkamah tentang jenayah dan mengawalselia tatacara jenayah apbila peraturan tidak jelas digubal yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan.

UNDANG-UNDANG PERSENDIRIAN

     Dalam undang-undang persendirian pula, undang-undang ini melibatkan perkara yang boleh menjejaskan hak dan kewajipan individu dengan individu yang lain. Tujuan adalah untuk memberi pampasan kepada orang yang mengalami kerugian, membolehkan seseorang menuntut gantirugi terhadap harta daripada orang lain dan bagi menguatkuasakan kewajipan dalam kontrak dan amanah setiap individu.

     Salah satu undang-undang persendirian adalah undang-undang kontrak. Seksyen 2(h), Akta Kontrak 1950, mentafsirkan kontrak sebagai “suatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang”. Oleh itu kontrak adalah berdasarkan perjanjian. Perjanjian ini perlu sah dari segi undang-undang dan mengikat pihak yang terlibat di sisi undang-undang. Terdapat beberapa elemen penting dalam kontrak iaitu:-
  1. Mesti ada tawaran
  2. Mesti ada penerimaan
  3. Kedua-dua pihak mempunyai niat untuk mewujudkan perhubungan undang-undang
  4. Mesti tidak ada kesilapan, salah nyata atau pengaruh tidak wajar
  5. Pihak terlibat mempunyai kerelaan bebas
  6. Kontrak tersebut mempunyai tujuan yang sah
  7. Mesti boleh menjadi pertimbangan
     Selain daripada kontrak, dalam undang-undang persendirian terdapat juga undang-undang berkaitan tort yang berdasarkan undang-undang. Tort adalah salah satu kesalahan sivil. Terdapat tiga elemen dalam tort iaitu tanggungjawab berhati-hati, pelanggaran tanggungjawab berhati-hati dan kerugian. Seseorang perlu mempunyai tanggungjawab untuk berhati-hati. Kita perlu bertindak dengan berhati-hati agar tindakan tersebut tidak merugikan atau menyebabkan kerosakan kepada orang lain. Undang-undang Tort ini bagi membolehkan pertikaian antara plantif dan defenden untuk dibicarakan. Tujuan adalah untuk mengesan apa-apa kecuaian yang dilakukan oleh sesuatu yang boleh menyebabkan kesan kepada undang-undang. Setiap individu perlu untuk berhati-hati apabila individu tersebut boleh meramal tindakannya boleh menyebabkan kecederaan orang lain. Contohnya kecuaian memandu laju boleh menyebabkan kecederaan kepada orang lain adalah kesan tidak berhati-hati terhadap tindakan memandu laju.

      Perbezaan ketara yang kita dapat lihat di antara undang-undang awam dan undang-undang (sivil) ialah undang-undang awam melibatkan hubungan di antara kerajaan dengan rakyat manakala undang-undang persendirian (sivil) pula melibatkan hubungan di antara rakyat dengan rakyat. Oleh itu, jika kita dapat perhatikan dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan undang-undang awam contohnya undang-undang jenayah, perbicaraan yang dijalankan adalah di antara pihak pendakwaraya dari pejabat peguam negara atau pegawai pendakwa daripada pasukan polis yang mewakili kerajaan menjalanakan prosiding jenayah. Manakala dalam undang-undang persendiriaan (sivil) seperti kes-kes yang melibatkan perselisihan di antara dua pihak berkaitan dengan kontrak perjanjian, perbicaraan adalah di antara dua pihak yang bersengketa tersebut dan selalunya diwakili oleh peguam masing-masing. Tindakan undang-undang ini dipanggil sebagai prosiding sivil di mana pihak mendakwa dipanggil sebagai plantif manakala pihak yang didakwa dipanggil sebagai defendan. Manakala dalam kes-kes rayuan pula,, pihak yang membuat rayuan dipanggil appellant dan pihak yang bertentangan dipanggil sebagai responden.

RUJUKAN
1. BRADLEY, A. W. (1985). Constitutional And Administrative . New York: Longman.
2. Heuston, R. (1979). Essays in Constitutional Law. London: Stevens & Son.
3. Hapriza Ashari, Khairiah Soehad & Lekha Laxma (2005). Prinsip Undang-Undang Malaysia. Pahang. PTS Publications.
4. Pheng, L. M. (2003). General Principles of Malaysian Law. Selangor: Fajar Bakti.
5. Ramalingam, C. L. (2010). BDAU2103: Elements of Law. Selangor. Open University Malaysia.
6. Undang-undang (Wikipedia): Http://Ms.Wikipedia.Org/Wiki/Undang-Undang
7. Pusat Maklumat Rakyat Http://Pmr.Penerangan.Gov.My/Index.Php/Maklumat-Kenegaraan/1201-Demokrasi-Berparlimen.Html
8. Malaysia Kita Panduan Dan Rujukan Untuk Peperiksaan Awam International Law Book Services Cetakan Semula 2008
9. Perlembagaan Persekutuan (Hingga 20 Januari 2012) International Law Book Services (2012)
10. Undang-undang Jenayah Http://Ms.Wikipedia.Org/Wiki/Undang-Undang_Jenayah
11. Ordinan Kerajaan Tempatan, 1961 (Ordinan No. 11 Tahun 1961) Perintah (Penyerahan Tugas-Tugas Peruntukan-Peruntukan Tempat Letak Kereta Dan Perhentian) Pihak Berkuasa Tempatan, 1973. Undang-Undang Kecil (Peruntukan-Peruntukan Tempat Letak Kereta) Bandaraya Kota Kinabalu, 2003
12. Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
13. Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334)
01 April 2013

Undang-undang Malaysia

UNDANG-UNDANG
Undang-undang amat penting dalam kehidupan kita sejak dahulu lagi. Ramai penulis yang memberikan definisi undang-undang yang berbeza-beza. Oleh itu tiada definisi khusus maksud undang-undang. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendefinisikan undang-undang sebagai ‘sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan’. Selain itu DBP juga menyatakan undang-undang adalah ‘peraturan yg digubal untuk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan, dll) oleh orang-orang tertentu’. Mengikut kamus undang-undang Oxford, pula perkataan undang-undang membawa maksud ‘suatu kumpulan peraturan-peraturan yang di kuatkuasa dengan tujuan untuk mentadbir sesebuah masyarakat’.

Menurut Yaqin (1996), ‘…kesemua pihak bersetuju jika dikatakan bahawa undang-undang adalah satu set peraturan yang mentadbir tingkah laku dalam masyarakat’. Manakala John Austin dalam buku The Province of Jurispredence Detemined, mendefinisikan undang-undang adalah ‘suatu kumpulan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak pemerintah ke atas pihak yang diperintah dan dikuatkuasakan melalui penggunaan sekatan dan hukuman ke atas mereka yang mengingkarinya’
Menurut John Salmond (Jurispredence) mendefinisikan undang-undang sebagai ‘kumpulan prinsip-prinsip yang diiktiraf dan digunapakai oleh sesebuah negara dalam pentadbiran keadilan atau dengan kata lain undang-undang ialah suatu kumpulan peraturan yang dikuatkuasakan oleh negara ke atas rakyatnya demi menjaga keamanan dan keadilan.

Menurut Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undang). Undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama.

Jelas di sini perkataan undang-undang mempunyai makna yang berbagai bergantung kepada siapa atau pihak mana yang mentafsirkannya mengikut perspektif dan kepentingan masing-masing. Undang-undang adalah untuk keadilan, sesuai dengan keadaan, diterima pakai oleh setiap masyarakat. Undang-undang juga perlu ditafsirkan mengikut perspektif dan kepentingan dalam sesebuah masyarakat. Ianya penting bagi mentadbir sesebuah masyarakat. Undang-undang adalah peraturan-peraturan dalam masyarakat yang telah digubal oleh pemerintah untuk kegunaan individu atau kumpulan bagi memastikan setiap individu itu mematuhi undang-undang. Ketidakpatuhan kepada undang-undang yang telah diterima pakai oleh masyarakat akan menyebabkan tindakan berbentuk hukuman akan dilaksanakan. Ini berbeza dengan peraturan yang bersifat norma-norma budaya yang diikuti dan diamalkan dalam masyarakat yang tidak berkuatkuasa sebagai undang-undang, perlanggaran ke atasnya tidak dikenakan denda atau hukuman akan tetapi pelaku-pelaku tersebut mungkin dipandang serong atau mendapat cemuhan dari masyarakat sekeliling.

Undang-undang boleh diklasifikasikan kepada dua bentuk iaitu undang-undang awam dan undang-undang persendirian. Undang-undang awam berfungsi mengatur perhubungan di antara individu dengan Negara manakala undang-undang persendirian yang juga dikenali sebagai undang-undang sivil berfungsi mengatur hubungan di antara individu dengan individu yang lain.

Undang-undang Awam

Undang-undang awam diwujudkan adalah untuk mentadbir sesebuah negara. Tujuan utama undang-undang awam adalah untuk mentadbir dan mengawal perhubungan dan tingkahlaku individu dengan negara. Undang-undang awam meliputi undang-undang perlembagaan, undang-undang pentadbiran dan undang-undang jenayah.

Undang-undang Persendirian

Undang-undang persendirian diwujudkan bagi menguatkuasakan perhubungan antara individu dengan individu atau kumpulan lain berkenaan hak masing-masing. Undang-undang ini lebih kepada keadilan terhadap pihak yang teraniaya agar boleh menuntut kerugian atas sebab pelanggaran undang-undang yang telah ditetapkan. Undang-undang persendirian ini terbahagi kepada undang-undang kontrak, undang-undang tort, undang-undang amanah, undang-undang tanah, undang-undang keluarga, undang-undang syarikat dan undang-undang perkongsian.


RUJUKAN
1. BRADLEY, A. W. (1985). Constitutional And Administrative . New York: Longman.
2. Heuston, R. (1979). Essays in Constitutional Law. London: Stevens & Son.
3. Hapriza Ashari, Khairiah Soehad & Lekha Laxma (2005). Prinsip Undang-Undang Malaysia. Pahang. PTS Publications.
4. Pheng, L. M. (2003). General Principles of Malaysian Law. Selangor: Fajar Bakti.
5. Ramalingam, C. L. (2010). BDAU2103: Elements of Law. Selangor. Open University Malaysia.
6. Undang-undang (Wikipedia): Http://Ms.Wikipedia.Org/Wiki/Undang-Undang
7. Pusat Maklumat Rakyat Http://Pmr.Penerangan.Gov.My/Index.Php/Maklumat-Kenegaraan/1201-Demokrasi-Berparlimen.Html
8. Malaysia Kita Panduan Dan Rujukan Untuk Peperiksaan Awam International Law Book Services Cetakan Semula 2008
9. Perlembagaan Persekutuan (Hingga 20 Januari 2012) International Law Book Services (2012)
10. Undang-undang Jenayah Http://Ms.Wikipedia.Org/Wiki/Undang-Undang_Jenayah
11. Ordinan Kerajaan Tempatan, 1961 (Ordinan No. 11 Tahun 1961) Perintah (Penyerahan Tugas-Tugas Peruntukan-Peruntukan Tempat Letak Kereta Dan Perhentian) Pihak Berkuasa Tempatan, 1973. Undang-Undang Kecil (Peruntukan-Peruntukan Tempat Letak Kereta) Bandaraya Kota Kinabalu, 2003
12. Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
13. Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334)
06 March 2013

Integrasi dan Perpaduan Negara

Perpaduan penting dalam proses penyatuan dari segi fizikal, sosioal, ekonomi dan politik. Perpaduan didefinisikan sebagai satu proses bagi menwujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kepercayaan, kebudayaan, politik, social dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Etnik di Malaysia yang mempunyai budaya, bahasa dan kepercayaan sewajarnya kita mengutamakan perpaduan di negara ini. Integrasi adalah proses meyatukan semua elemen fizikal dan juga biological. Baik di Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak.

Menurut Wikipedia jumlah penduduk Malaysia adalah 28.3 juta yang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara. 67.4% merupakan kaum bumiputera, dimana 56.4% terdiri daripada kaum Melayu dan 11% dari bumiputera lain. Kira kira 24.6% daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina , 7.3% terdiri daripada kaum India dengan seramai 1.86 juta orang, manakala lain-lain kaum pula seramai 0.7 %. Hampir 85% daripada kaum India di Malaysia merupakan masyarakat Tamil.[1] Lebih separuh populasi Sarawak dan 66% populasi Sabah terdiri daripada kaum bumiputera bukan  Melayu. Mereka terbahagi kepada berpuluh-puluh kumpulan etnik tetapi memiliki budaya umum yang sama. Sehingga abad ke-20, kebanyakan daripada mereka mengamalkan kepercayaan tradisional tetapi kini telah ramai yang sudah bertukar kepada agama Kristian atau memeluk Islam. Selain itu, Malaysia juga mempunyai penduduk yang berasal daripada Eropah yang dikenali sebagai "Serani" dan Timur Tengah. Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam, dengan hampir 18 juta daripada 26 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia. Sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Demografi_Malaysia

Dalam perlembagaan persekutuan menyatakan bahawa terdapat lebih kurang 40 etnik di Malaysia iaitu lebih kurang 20 suku masing-masing di Sabah dan Sarawak. Dasar ‘pecah dan perintah’ oleh British memberi kesan yang panjang walaupun pada dasarnya berlaku sedikit perubahan.
Terdapat tiga proses dikaitkan dengan konsep perpaduan dan integrasi seperti

1) Asimilasi iaitu proses perpaduan satu hala bagi menghasilkan kelompok dengan satu budaya, satu bahasa dan satu agama.

2) Amalgamasi iaitu melibatkan percampuran biologi secara perkahwinan campur bagi mewujudkan kelompok baharu dengan budaya yang baharu.

3) Pluralisme iaitu proses perpaduan berdasarkan setiap masyarakat atau kelompok tetap mengekalkan budaya tetapi menitikberatkan perpaduan negara.

Konsep perpaduan ini bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan terpisah dari segi kebudayaan, social dan lokasi dalam untuk politik. Terdapat beberapa pendekatan Malaysia bagi mengintegrasikan pelbagai kaum di Malaysia.

Integrasi Wilayah iaitu integrasi bercorak membangunkan sosio-ekonomi negeri atau wilaya yang maju dan kurang maju. Mayarakat perlu rapat satu sama lain.

Integrasi Ekonomi iaitu setiap kaum berkongsi dalam memajukan ekonomi

Intergrasi Pendidikan iaitu setiap masyarakat diberi pendidikan yang sama

Integrasi Kebudayaan iaitu melalu program-program kebudayaan bagi tujuan perpaduan.

Bagi memupuk perpaduan nasional kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa usaha dalam perpaduan nasional antaranya melalui Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Bahasa Kebangsaan, Jabatan Perpaduan Negara, penggabungan parti politik, Integrasi wilayah, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat













01 March 2013

Feed Shark

<a href="http://www.hypersmash.com">HyperSmash.com</a>

Pembentukan Malaysia – Presentation Transcipt





Pembentukan Malaysia - Presentation Transcript 
  1. Pembentukan Malaysia
  2. Usul Penyatuan
  • 1887,Lord Brassey Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara mencadangkan TM,NNS,Brunei,Sabah dan Sarawak disatukan
  • 1930-an,Sir Cecil Clementi Gabenor NNS dan P/jaya Tinggi British di Asia Tenggara mencadangkan Persekutuan Borneo iaitu Brunei,Sabah dan Sarawak
  • 1947,Sir Malcolm MacDonald PTB di A.T menyuarakan cadangan menyatukan negeri2 di Borneo ke dlm satu btk persekutuan
  • 1950-an,konsep Malaysia disuarakan oleh Parti Progeresif Singapura
  • Mac 1954,Mohd Ghazali Shafie menyuarakan sokongan terhadap konsep Malaysia
  • Februari 1955,Presiden MCA Tan Cheng Lock melahirkan sokongan yg sama
  • PM Singapura Lee Kuan Yew dan dua org pemimpin Singapura yg terdahulu iaitu David Marshall dan Lim Yew Hock pernah menyuarakan supaya Singapura digabungkan dgn TM
  • A.M.Azahari pemimpin politik dari Brunei menyatakan hasrat membentuk sebuah gugusan pulau2 Melayu yg terdiri drpd PTM,Singapura,Brunei,Sabah dan Sarawak
  • 21 Februari 1956,Pengerusi Parti Rakyat Malaya Ahmad Boestamam menyatakan parti itu sedang mengusahakan penubuhan sebuah tanah air Melayu
  1. Usul Penyatuan
  • 27 Mei 1961,Tunku Abdul Rahman membuat ucapan penting dlm satu majlis makan t/hari kpd Persatuan Wartawan2 Luar Negeri di A.T di Hotel Adelphi,Singapura.Dalam ucapan tersebut,Tunku mencadangkan TM digabungkan dgn Singapura,Sabah,Sarawak dan Brunei sbg sebuah persekutuan yg dinamakan Malaysia
  • Ucapan Tunku disambut baik kerajaan British dan PM Britain,Harold Macmillan
  • Kerajaan TM telah menjalankan kajian awal terlebih dahulu ttg kedudukan penduduk di Brunei,Sabah dan Sarawak
  1. Faktor Pembentukan
  • (I) Politik
  • Mempercepatkan kemerdekaan bagi Sabah,Sarawak,Brunei dan Singapura
  • Membanteras ancaman komunis dan mengekalkan keamanan dan kestabilan
  • Mewujudkan keseimbangan kaum dan perpaduan/menjaga kepentingan hak kaum Bumiputera
  • (II) Ekonomi
  • Memajukan ekonomi serantau utk kepentingan negara dan rakyat negeri2 anggota
  • Kepentingan pelaburan Inggeris di A.T melalui keselamatan dan kestabilan politik
  • (III) Sosial
  • Memupuk bangsa Malaysia dgn identiti yg baru berteraskan perkongsian warisan budaya yg kaya
  • Membela masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak
  1. Reaksi Awal
  • Singapura
  • Le Kuan Yew dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) menyambut baik rancangan Tunku
  • Rancangan ini utk menyelamatkan PAP drpd ancaman pihak golongan kiri
  • Parti Buruh Singapura bersetuju dr segi prinsip ttp menganggapnya sbg perkara yg sukar utk dilaksanakan
  • Parti Rakyat Singapura (United People’s party-UPP)menentang gagasan Malaysia yg menyatakan rancangan Tunku sbg rancangan kerajaan British utk mengekalkan pengaruhnya
  • Keadaan semakin keruh apabila pilihan raya kecil di Hong Lim dan Anson pd bln April 1961,calon PAP dikalahkan oleh calon Parti Rakyat Singapura dan Parti Buruh
  • Brunei
  • Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong konsep Malaysia
  • Kebanyakan rakyat Brunei pada peringkat awalnya berminat utk menyertai gabungan cuma mrk lbh berhasrat utk memperoleh kemerdekaan sendiri dahulu
  • Penentangan dr Parti Rakyat Brunei di bawah A.M.Azahari yg berminat terhadap penyatuan Borneo Utara iaitu Brunei,Sabah dan Sarawak (Kalimantan Utara)
  • A.M.Azahari berpendapat pbtkan Malaysia merupakan cara kerajaan British mengekalkan pengaruhnya di wilayah2 yg pernah dijajah oleh mrk spy penguasaan ekonominya berkekalan dan menjamin keselamatan mrk
  • Mrk juga khuatir Brunei akan kehilangan sebahagian besar kekayaannya
  1. Reaksi Awal
  • Sarawak
  • Parti Negara Sarawak (PANAS) yg diketuai Temenggung Jugah,Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Sarawak United People’s Party-SUPP) dan Parti Kebangsaan Sarawak (Sarawak National Party-SNAP) menentang
  • Parti yg menyokong ialah Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA)
  • SUPP terbuka kpd pelbagai kaum ttp majoriti ahli drpd kaum Cina dan diketuai oleh Ong Kee Hui
  • SNAP dianggotai oleh org Iban dna diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan
  • Sabah
  • Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (United National Kadazan Organization-UNKO) drpd kalangan kaum kadazan dipimpin oleh Donald Stephens lahir pada bln Ogos 1961 menentang pmbtkan Malaysia
  • Pasok Momogun Kebangsaan Borneo Utara oleh kaum Murut dipimpin oleh G.S.Sundang ditubuhkan pd Jun 1962 turut menentang
  • Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (United Sabah National Organization-USNO) ditubuhkan pd Disember 1961oleh org Islam dibawah pimpinan Datu Mustapha Datu Harun menerima rancangan Tunku
  • Lewat thn 1962 dan awal 1963,sebhgn besar penduduknya berubah fikiran stlh menerima lbh banyak penerangan
  • Pengerusi UNKO tlh memberi sokongan kuat dan memujuk masykt Kadazan menerima pmbtkan Malaysia
  1. Reaksi Negara Indonesia
  • Pada peringkat awal Indonesia tidak ada apa2 halangan terhadap penubuhan Malaysia
  • Menteri Luar Indonesia,Dr.Subandrio menyatakan di dlm akhbar New York Times bertarikh 13 November 1961bahawa Indonesia tidak menghalang penubuhan Malaysia
  • Beberapa bln kemudian Indonesia menentang
  • 20 Januari 1963,Presiden Sukarno mengumumkan dasar konfrontasinya terhadap pmbtkan Malaysia dgn slogan ‘Ganyang Malaysia’
  • Presiden Sukarno mendakwa tujuan penubuhan Malaysia adalah utk menyelamatkan getah,timah dan minyaknya utk penjajah
  • 11 Februari 1963,Dr.Subandrio membuat satu sidang akhbar di rumahnya dan mengisytiharkan dgn rasmi penentangan kerajaan Indonesi terhadap penubuhan Malaysia
  1. Reaksi Negara Indonesia
  • Faktor mencetuskan penentangan-Sukarno berasakan Tunku membelakangi jirannya yg terbesar apabila membuat pengumuman tanpa berunding dgnnya dahulu-penubuhan Malaysia menggagalkan rancangan Sukarno utk menubuhkan empayar Indonesia Raya (Melayu Raya)
  • Konfrontasi merebak dan menglibatkan tentera Indonesia yg menyerang wilayah di sempadan Sabah dan Sarawak
  • Langkah kerajaan PTM dan kerajaan British ialah penubuhan MAPHILINDO
  • Penentangan Indonesia berakhir pd thn 1965 apabila Sukarno digulingkan dan diambil alih oleh Jeneral Suharto
  • Ogos 1966,Menteri Luar Indonesia yg baru Adam Malik menandatangani perjanjian damai dgn tokoh di Malaysia dan mengakhiri konfrontasi
  1. Reaksi Negara Filipina
  • Presiden Macapagal dna pegawai2 tinggi kerajaan Filipina menuntut hak Filipina ke atas Sabah dan menuntut kpd kerajaan British melalui surat rasmi bertarikh 22 Jun 1962 spy Sabah dikembalikan kpd mrk
  • Dakwaan mrk Sabah pernah terletak di bawah Kesultanan Sulu yg kini merupakan sebhgn drpd wilayah Filipina
  • Kerajaan British tidak melayan tuntutan ini malah mengingatkan di dlm memorandum kpd duta Filipina di London bertarikh 24 Mei 1962,sebarang tuntutan ke atas Sabah akan ditentang oleh kerajaan British
  • Presiden Macapagal membuat kecaman terbuka terhadap penubuhan ini semasa kongres Filipina pd 28 Januari 1963
  • Hbgn diplomatik antara PTM dna Filipina terjejas
  • Tinjauan dan siasatan membuktikan penduduk Sabah sendiri rela hati utk menyertai pmbtkan Malaysia
  1. Detik-Detik/Proses Penubuhan
  • Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
  • Suruhanjaya Cobbold
  • Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
  • Referendum Singapura
  1. Suruhanjaya Cobbold
  2. Jawatankuasa Antara kerajaan
  • Merangka syarat2 Persekutuan secara terperinci
  • Diketuai Lord Landsdowne (Pengerusi),Tun Abdul Razak Hussein (Timb.Pengerusi),wakil2 kerajaan British dan wakil2 Sarawak,Sabah dan Singapura
  • Laporan oleh j/kuasa ini menggunakan Perlembagaan 1957 dan laporan S/jaya Cobbold serta cadangan oleh JPPM sbg asas
  • Perlembagaan yg dibentuk disahkan oleh kerajaan British pd 9 Julai 1963
  • Antara perkara yg menjadi teras utama ialah:
  • -Agama Islam agama rasmi bg seluruh PTM kecuali di Sabah dan Sarawak
  • -BM bahasa rasmi ttp kelonggaran diberi kpd Sabah dan Sarawak utk menggunakan BI dlm perkara2 rasmi selama 10 thn slps kemasukan ke dlm Persekutuan
  • -Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak diserahkan kpd kerajaan negeri masing2 utk memberi keyakinan kpd Sabah dan Sarawak bahawa tujuan TM bukanlah utk menjajah negara tersebut
  • -Sistem pendidikan dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan
  • -Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen,Sarawak 16 dan Singapura 15 kerusi
  1. Referendum Singapura
  • Pungutan suara utk meninjau pendapat penduduk Singapura berhubung penubuhan Malaysia
  • Rakyat Singapura diberi 3 pilihan iaitu:
  • Pilihan A-rakyat setuju bergabung dgn syarat2 yg tlh ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan PTM melalui Kertas Putih November 1961
  • Pilihan B-rakyat setuju bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapuraakan menjadi spt negeri2 Melayu lain
  • Pilihan C-rakyat setuju bergabung dgn syarat dan faedah hampir sama spt yg diperoleh wilayah2 Borneo
  • Diadakan pd 1 November 1962
  • Barisan Sosialis dan pihak komunis memulau pungutan suara dgn membuang undi kosong
  • Laporan menunjukkan 71% pengundi menyokong pmbtkan Malaysia
  • Rakyat Singapura bersetuju dgn memilih syarat A iaitu pilihan yg dicadangkan oleh kerajaan Singapura sendiri
  • Kerajaan PAP berjaya meyakinkan rakyat berhubung tiada kemungkinan taraf kerakyatan mrk akan dilucutkan,perdagangan a/bangsa mungkin merosot jika tidak bergabung dan ancaman komunis akan dpt dibendung
  1. Isu Brunei
  • Sultan Brunei memeranjatkan semua pihak apabila membatalkan rancangan utk menyertai Malaysia
  • Perubahan ini disebabkan bebrapa permintaan mrk tidak dipersetujui.Antaranya:
  • -menuntut 10 buah kerusi Parlimen
  • -menguasai kesemua hasil minyak
  • -memegang autonomi hal2 kewangan
  • -mengekalkan semua pelaburannya
  • -mengekalkan kadar percukaian yg rendah
  • -meneruskan program pendidikan dan kebajikan
  • -menuntut keselamatan Brunei dlm Malaysia terjamin
  • -meminta agar kekuasaan baginda dlm Majlis Raja-Raja dikira dari tarikh baginda menjadi Sultan dan bukannya tarikh kemasukan Brunei ke dlm Malaysia
  • Tuntutan utama ialah soal kekuasaan baginda dan penguasaan ke atas hasil minyak negerinya
  • Sultan Brunei tidak menandatangani Perjanjian Malaysia krn soal kekuasaan baginda tidak dipertimbangkan secukupnya
  1. Isu Brunei
  • A.M.Azahari menghantar memorandum kpd Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei bg menyatakan bantahan Parti Rakyat Brunei
  • Parti tersebut mencetuskan pemberontakan bersenjata pd 8 Disember 1962 terhadap kerajaan Brunei sendiri spy menolak penyertaan mrk
  • Pemberontakan berjaya dipatahkan oleh kerajaan Brunei dgn bantuan kerajaan British dan PTM
  • Parti ini mendapat bantuan drpd Parti Komunis Indonesia (PKI)
  • Tunku berpendapat kemasukan Brunei blh menimbulkan pelbagai masalah politik maka penyertaan Brunei dibatalkan
  1. Isu Singapura
  • Lee Kuan Yew menegaskan hal2 yg terkandung di dlm percantuman mestilah ditentukan bersama2 dgn rakyat Singapura sendiri
  • 23 Ogos 1961,mesyuarat rasmi diadakan antara Singapura dgn PTM dan mrk mencapai beberapa persetujuan yg termaktub di dlm Kertas Putih spt aspek pertahanan,hbgn luar dan keselamatan akan menjadi t/jawab Persekutuan
  • Soal pendidikan dan tenaga buruh di bawah bidang kuasa kerajaan Singapura
  • Jumlah perwakilan Singapura yg akan masuk ke Dewan Rakyat iaitu 15 org
  • Kertasa Putih diisytiharkan secara rasmi pd bln November 1961
  • Setelah 2 thn di dlm Malaysia,hbgn TM dgn Singapura menjadi tegang
  • Ketika dlm Malaysia,banyak perselisihan faham timbul antara kerajaan Singapura dgn Kerajaan PTM
  • Antara isu perbalahan hangat ialah soal ekonomi,parti dan perkauman
  • Dlm soal ekonomi,TM,Sabah dan Sarawak tlh sepakat utk memajukan sektor perindustrian dan perkilangan bersama
  • Tetapi tidak banyak kemajuan ekonomi yg dicapai dan ini mengecewakan Singapura
  1. Isu Singapura
  • Dlm soal parti dan perkauman,PAP cuba hendak bertanding dgn Parti Perikatan
  • PAP cuba menarik perhatian org Cina bahawa MCA tidak mampu utk membangun dan memajukan org Cina
  • Kempen oleh PAP dianggap pencerobohan ke atas hak istimewa org Melayu
  • Keadaa nini mencetuskan rusuhan pd 21 Julai 1964
  • Keadaan bertambah buruk apabila Singapura memperjuangkan persamaan hak dan kempen ‘Malaysia untuk Orang Malaysia’
  • Singapura tlh membtk United Opposition Front yg kuat memperjuangkan kempen tersebut
  • Pelbagai usaha dijalankan oleh Tunku ttp tidak berjaya
  • Ogos 1965,Singapura dikeluarkan dari Malaysia

25 January 2013

KONFLIK DALAM KOMUNIKASI INTERPERSONAL

Wood, Walace, Zeffane, Schermerhorn, Hunt, dan Osborn (1998) ada menerangkan konflik komunikasi adalah suatu situasi di mana dua atau banyak orang tidak setuju terhadap suatu permasalahan yang berkaitan dengan kepentingan matlamat yang menimbullkan perasaan permusuhan satu dengan yang lain. Konflik boleh berlaku dalam hubungan komunikasi yang akan merenggangkan hubungan keluarga yang terjalin. Setiap orang menangani konflik komunikasi dengan cara yang berbeza.

1. Pendapat Yang Berbeza

Dalam sebuah keluarga tentunya berlaku komunikasi. Walaubagaimanapun, komunikasi yang berlaku antara ibu dan bapa, kadang-kadang akan berlaku pendapat yang berbeza. Perbezaan pendirian dan perasaan merupakan faktor penyebab berlaku konflik dalam komunikasi. Akibat daripada sumber mesej yang disalurkan tidak cukup maka percanggahan pendapat dan persepsi menyebabkan penerima mesej tersebut tersalah anggap.

Perbezaan pendapat ini akan melonggarkan ikatan pasangan suami isteri apabila konflik seperti ini sering berlaku. Terdapat banyak isu yang menjadi konflik dalam sesebuah keluarga. Antaranya adalah isu berkenaan kewangaan, hubungan mentua, hubungan keluarga lain dan anak-anak. Suami perlu cenderung untuk mewujudkan perbincangan dan memberi peluang kepada isteri untuk memberi pendapat mengenai sesuatu isu bagi mencapai kata sepakat. Mesej yang disampaikan oleh suami kadang kala tidak dapat diterima oleh isteri apabila penyaluran mesej tersebut kurang difahami atau langsung tidak difahami atau sebaliknya.

Pegawai Psikologi Pemangku Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Khamsiah Ismail, pernah berkata kewangan boleh menjadi punca utama konflik keluarga walau sebanyak mana jumlah wang yang diperoleh. Ini adalah konflik komunikasi dalam menentukan perbelanjaan kewangan sesebuah keluarga. Sikap untuk mempertahankan diri dan memiliki tujuan dan pendapat yang berbeza akan mewujudkan konflik walaupun tujuan yang sama bagi mencapai matlamat dalam institusi keluarga. Penghantar dan penerima mesej menganggap bahawa satu sama lain adalah penghalang bagi mencapai matlamat yang perlu dipenuhi.

2. Perbezaan Peranan

Dalam budaya kita, suami merupakan ketua keluarga dalam sesebuah keluarga itu. Perbezaan peranan dalam keluarga boleh berlaku kerana keputusan yang dibuat tidak memenuhi matlamat sebenar yang dikehendaki. Mesej yang disampaikan oleh penghantar kepada penerima walaupun disalurkan dengan baik, boleh berlaku konflik komunikasi apabila peranan masing-masing masih belum dapat diterima oleh pasangan suami isteri.

Konflik perbezaan peranan ini boleh berlaku disebabkan kegagalan komunikasi antara suami dan isteri. Kita dapat lihat suami isteri yang kurang bercakap dan hanya menggunakan komunikasi secara tidak lisan cenderung untuk terlibat dalam menentukan peranan masing-masing. Suami yang bekerja menganggap bahawa beliau mempunyai peranan dalam mencari nafkah dan isteri pula mempunyai peranan dalam mengurus rumah. Ini boleh menyebabkan suami mahu semua keputusan dipatuhi oleh isteri tanpa perlu berkomunikasi dengan berkesan. Apabila menghantar mesej kepada isteri atau sebaliknya, kedua-dua pihak perlu tahu tanggungjawab masing-masing dengan berbincang bagaimana untuk melakukan komunikasi yang berkesan. Ini penting untuk memainkan peranan masing-masing dalam keluarga. Kedua-dua pihak perlu bijak dan peka keadaan persekitaran rumah agar konflik ini dapat ditangani. Suami perlu membantu isteri sekiranya isteri memerlukan bantuan seperti mengemas rumah. Komunikasi tingkah laku menolong isteri di rumah dapat mengurangkan konflik perbezaan peranan dalam keluarga.

3. Perbezaan matlamat

Perbezaan matlamat juga boleh menyebabkan berlakunya konflik komunikasi. Dalam konflik komunikasi keluarga, ibu dan bapa sering dilihat membuat keputusan yang tidak diambil secara muafakat. Ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat kalangan mereka. Perbincangan perlu diambil agar hal-hal yang perlu diputuskan boleh memenuhi kehendak matlamat masing-masing. Penghantar mesej perlu tahu perubahan yang ingin dilakukan dengan menyampaikan butir-butir maklumat kepada penerima. Walaupun idea yang jelas daripada penghantar mesej, tetapi dalam fikiran penerima tidak dapat diteroma menjadi punca kegagalan dalam mencapai matlamat yang dikehendaki. Ini boleh berlaku apabila ekspresi penghantar mesej tidak tepat, kurang perhatian pihak penerima, mementingkan diri sendiri.

Suami isteri perlu memastikan kedua-dua pihak mencapai persefahaman dalam perbezaan matlamat.Komunikasi boleh berlaku secara lisan dan tidak lisan antara ibu dan bapa. Perbezaan ekspresi komunikasi lisan dan tidak lisan boleh menyebabkan matlamat tidak dapat dicapai, Apabila suami menegur isteri, mesej yang disampaikan boleh menjadi tidak selari apabila perkataan mesej yang disalurkan tidak selari dengan mimik muka yang tidak serius. Ini akan menyebabkan konflik dalam komunikasi tersebut.
Emosi dan persepsi individu boleh melemahkan lagi proses komunikasi. Suami isteri sering melakukan konflik komunikasi apabila membayangkan apa yang dilihat dan didengar hanya untuk memenuhi keperluan dan matlamat masing-masing. Untuk mencapai suatu matlamat dalam komunikasi keluarga, suami isteri perlu bijak berkomunikasi. Kemahiran berkomunikasi membolehkan pasangan suami isteri untuk memujuk atau mempengaruhi orang lain untuk mencapai apa yang kita inginkan.
 

MENGURUS KONFLIK

Pasangan suami isteri perlu bijak dalam mengurus masalah komunikasi yang berlaku. Setiap mesej yang disampaikan perlu dibuat pilihan yang terbaik. Mengurus konflik komunikasi suami isteri memerlukan komitmen yang tinggi bagi memastikan konflik ini dapat ditangani.

1. Mengelak dan Berunding

Perundingan adalah satu kaedah penyelesaian konflik dalam komunikasi antara satu sama lain. Tujuan adalah untuk mencari kaedah dalam membuat keputusan bersama. Perundingan perlu diadakan agar memastikan konflik dalam keluarga diselesaikan dengan bijak tanpa rasa prejudis terhadap keputusan yang dibuat.
Apabila melakukan komunikasi, penghantar dan penerima perlu bijak membincangkan mesej yang disampaikan. Sama ada perlu berbincang dan tidak mengelak daripada berbincang agar matlamat komunikasi dapat dicapai pada kedua-dua pihak. Rundingan ini perlu bagi menjayakan komunikasi ini. Mesej yang disampaikan secara lisan dan tidak lisan perlu seiring agar konflik yang berlaku dapat ditangani kerana pemahaman setiap individu mengenai mesej yang disalurkan adalah berbeza.
Suami isteri perlu bersedia secara fizikal dan psikologi apabila mengurus konflik komunikasi. Suami perlu menghantar mesej kepada isteri dengan cara berunding dan bukannya cuba mengelak untuk berunding dengan isteri dan sebaliknya komunikasi isteri kepada suami.

2. Fokus terhadap Isu, bukan personaliti


Setiap individu yang terlibat dalam komunikasi perlu fokus terhadap komunikasi yang sedang berlaku agar penghantar dan penerima mesej mencapai matlamat yang sama. Penerima mesej perlu mendengar mesej dengan jelas dan memahami kandungan mesej tersebut. Penghantar perlu melakukan kajian maklumbalas. Fokus dan beri tumpuan dengan jelas kepada masalah dan isu yang telah disampaikan.

Pasangan suami isteri perlu mengelak daripada perlakuan komunikasi tidak lisan yang akan membawa kepada pengertian yang berlainan dengan matlamat komunikasi itu. Sebagai contoh pergerakan menguap, berpeluk tubuh, melakukan perkara lain semasa berkomunikasi serta kurang tumpuan menyebabkan kurang focus dalam isu yang dibangkitkan. Suami isteri juga perlu tahu menggunakan komunikasi secara betul seperti tidak ketawa atau senyum apabila salah penghantar mesej tadi dalam keadaan yang serius.

3. Terima atau Tidak


Setiap individu memiliki tingkah laku yang berbeza-beza. Terdapat golongan yang suka mengkritik individu dalam berkomunikasi apabila perasaan tidak puas hati dengan maksud mesej yang disampaikan. Perkara yang mudah untuk dibincangkan akan menjadi sukar kerana ada golongan yang suka mengkritik dan tidak menerima pendapat orang lain. Perkara ini, akan mewujudkan konflik komunikasi sama ada penerima dapat menerima mesej tersebut secara positif atau negative. Perkara ini boleh dielak dengan kesanggupan menerima pendapat orang lain.

Penerimaan sesuatu perkara atau tidak dalam komunikasi boleh mengurangkan konflik dalam keluarga itu. Pasangan suami isteri perlu menerima secara positif mesej yang disampaikan bagi mengekalkan lagi hubungan jangka panjang. Tolak ansur dalam membuat keputusan mempengaruhi tingkah laku penghantar dan penerima komunikasi yang sedang berlaku.

4. Sikap Terbuka dan Fleksibel


Setiap individu yang terlibat dalam komunikasi perlu belajar untuk bersikap terbuka dan fleksibel dengan mengamalkan komunikasi secara jujur. Mesej yang disampaikan kepada penerima adalah suatu yang telah kita fikirkan dan disampaikan dengan telus. Jika di dalam hati kita menyatakan tidak setuju dengan orang lain perkara tersebut perlu dinyatakan melalui ucapan bagi memperbaiki lagi komunikasi yang mengalami konflik. Walau bagaimana pun tidak ramai yang sampai hati untuk menghampakan pasangannya.

Hubungan suami isteri adalah berdasarkan kasih sayang. Pasangan suami isteri perlu mempunyai tanggungjawab tentang apa yang difikirkan dan apa yang ada dalam hati. Setiap orang perlu memastikan apa yang terhasil dalam pemikiran adalah datang dari hati sendiri dan tidak dipengaruhi oleh pasangan masing-masing. Contohnya isteri sebagai suri rumah boleh berkecil hati dan sedih terhadap sikap suami yang lewat balik dari kerja, tetapi menjadi kasihan apabila suami balik yang kelihatan kepenatan. Apabila mesej dihantar secara verbal atau non verbal ini, penerima mesej akan mentafsir mesej yang disampaikan. Ini adalah tanggungjawab untuk menyatakan hasrat yang difikirkan dalam hati untuk memulakan komunikasi bagi mengurangkan konflik yang mungkin akan berlaku sekiranya tidak berlaku komunikasi.

Bersikap terbuka dan fleksibel dalam kehidupan suami isteri adalah satu kesanggupan untuk berkongsi maklumat bersama. Ramai isteri yang risau apabila suami jarang untuk berkomunikasi dengan mereka apabila berada di rumah sehingga mereka tidak tahu apa yang sedang difikirkan oleh suaminya. Perlakuan suami ini boleh menyebabkan kegagalan dalam komunikasi kerana manusia tidak dapat mengagak apa yang kita fikirkan. Oleh sebab itu, penting bagi suami isteri untuk menjaga hubungan kekeluargaan mereka dengan menggunakan saluran komunikasi yang betul.



Rujukan
1. Abd. Rahim Abd. Rashid, Sufean Hussin, Che Hashim Hassan. (2006). Krisis & Koflik Institusi Keluarga. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications
2. Boon, Yusof, (2008). Membina komunikasi berkesan dengan anak. 1st ed. Johor: UTM Johor.
3. Che Hasniza Che Noh (2006). Journal Kemanusiaan. Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan, 08, 45.
4. Collins, Suzan, (2009). Effective Communication : A Workbook for Social Care Workers.London, GBR: Jessica Kingsley
5. Faridah Ibrahim, Tika Nuraeni, Fauziah Ahmad, Chang Peng Kee, & Normah Mustaffa (2012).Bahasa Komunikasi Visual Dan Pengantaraan Produk: Satu Analisis Semiotik. (Malay), 12(1), p257-273.
6. Hashim Fauzy Yaacob (2001). Komunikasi Antara Manusia. Skudai, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
7. Lily Mastura &  Ramlan Hamzah.(2007).  Asas Kaunseling Keluarga. Corak Komunikasi Berkesan. Universiti Teknologi Mara
8. Saodah binti Wok Awang & Narimah binti Ismail (2006). Teori-Teori Komunikasi. KL, Malaysia: PTS Professional
9. Yap Khiam Hong & Massila Hamzah (2010). BDKO1103 Basic Interpersonal Communication.4th ed. Selanglor, Malaysia: Open University Malaysia.
10. Zulkifli Yusof. (2002). Sukarkah komunikasi anda?: Seni berhubung dengan orang lain.Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications.





























24 January 2013

Element Penting Dalam Komunikasi

Element Penting Dalam Komunikasi

1. Penghantar

Komunikasi berlaku apabila terdapat dua atau lebih orang yang terlibat dalam penyampaian maklumat tersebut. Dalam situasi organisasi, setiap penghantar atau “encoder” akan menyampaikan mesej secara bertulis atau secara lisan.. Penghantar mesej perlu mengambil langkah dengan menghantar mesej pada masa yang sesuai dan mendapat perhatian daripada penerima agar mesej tersebut sampai kepada mereka. Kita perlu mengetahui gangguan-gangguan sebelum atau semasa mesej disampaikan dengan mengurangkan gangguan tersebut. Penerima mesej tersebut perlu menerima dan faham maksud maklumatyang disampaikan sama ada melalui telinga iaitu mendengar atau secara melihat iaitu membaca kandungan maklumat yang disampaikan. Penerima mesej perlu meneliti dengan baik mesej yang akan diterima.

2. Mesej ( Maklumat)

Elemen penting dalam komunikasi yang berlaku adalah maklumat yang cuba disampaikan oleh pengirim. Apa-apa maklumat yang disampaikan oleh pengirim perlu mudah difahami agar penerima mengetahui apa yang cuba disampaikan. Maklumat tersebut sama ada melalui pendengaran, penglihatan, sentuhan, bau dan rasa dikatakan mempengaruhi penerima. Pasangan suami isteri perlu bijak berkomunikasi bagi memastikan pertukaran maklumat adalah bebas dan tepat. Proses perpindahan maklumat yang disampaikan oleh suami isteri boleh berbentuk bukan lisan iaitu lebih kepada pandangan mata, mimik muka, gerak geri badan, sentuhan, isyarat atau kelantangan nada suara pasangan. Biasanya maklumat komunikasi secara lisan lebih berkesan sekiranya dilakukan bersama-sama dengan komunikasi bukan lisan. Pelukan suami terhadap isteri adalah satu contoh mesej atau maklumat secara sentuhan. Ini menunjukkan emosi dan perasaan antara satu sama lain.

3. Saluran

Dalam komunikasi saluran adalah satu alat untuk menghubungkan penghantar maklumat dan penerima maklumat. Dalam situasi suami isteri, saluran yang digunakan lebih kepada bersemuka. Ini lebih melibatkan penglihatan dan pendengaran. Kedua-dua saluran ini penting dalam sebuah keluarga agar kedua-dua suami isteri dapat berkomunikasi dengan berkesan dan saling memahami antara satu sama lain. Dalam komunikasi bersemuka ini, antara saluran yang boleh digunakan adalah seperti telefon bimbit atau melalui komputer yang sering digunakan pada zaman ini. Saluran ini lebih cepat dan mudah digunakan tanpa perlu bertulis.

4. Gangguan

Gangguan dalam berkomunikasi adalah situasi yang menghalang komunikasi yang sedang berlaku. Gangguan boleh menyebabkan mesej yang sampai tidak jelas. Gangguan ini disebabkan penghantar mesej tidak bersedia untuk menyampaikan mesej melalui saluran yang jelas. Ini akan menyebabkan penghantar dan penerima mesej tidak dapat mengenal pasti sama ada mesej yang disampaikan kepada penerima memenuhi maklumat yang disampaikan oleh penghantar. Dalam mentafsir mesej, penerima dikatakan akan mentafsir mesej tersebut secara tidak tepat dengan menggunakan komunikasi tidak lisan. Penghantar menggunakan enkod yang tidak tepat dan menyebabkan penerima dekod mesej tersebut secara tidak tepat. Prasangka terhadap mesej yang disampaikan menyebabkan maklumat tersebut tidak tepat. Apabila mesej tersebut tidak tepat,boleh menyebabkan maklum balas yang tidak berkesan daripada penerima. Ini akan menyebabkan komunikasi tidak berlaku dengan berkesan.

Terdapat empat (4) jenis gangguan dalam komunikasi iaitu secara fizikal iaitu bunyi bising, psikologi iaitu berkenaan pendengaran dan penglihatan yang kurang, anggapan pertama iaitu prasangka mengenai mesej yang disalurkan dan semantik iaitu tiada kefahaman dalam mesej yang disalurkan oleh penghantar.
Dalam satu situasi yang sering berlaku kepada pasangan ibu bapa, apabila anak-anak yang terlalu membuat bising akan menyebabkan ibu bapa tidak dapat menyalurkan mesej yang disampaikan dengan berkesan. Secara fizikal bunyi bising yang dihasilkan oleh anak-anak akan menyebabkan pendengaran mesej yang disalurkan akan berkurang. Ini akan menyebabkan semantik iaitu kurang kefahaman mesej yang disalurkan. Ibu bapa yang berkomunikasi tadi akan mempunyai prasangka yang lain mengenai mesej tersebut. Penghantar dan penerima dalam komunikasi kehidupan keluarga perlu bijak bagi mengurangkan gangguan-gangguan seperti ini.

5. Konteks

Setiap mesej yang disampaikan oleh penghantar melalui saluran yang betul akan dipengaruhi oleh kandungan tetap mesej tersebut. Kandungan setiap mesej yang disampaikan ini boleh berbentuk keadaan yang tidak kita sangka kerana kandungan mesej akan mempengaruhi tingkahlaku pengantara mesej atau penerima mesej yang disalurkan. Kandungan mesej yang disalurkan boleh berlaku secara formal mahupun secara tidak formal.

Pasangan suami isteri perlu bijak dalam menghantar mesej yang disalurkan dan mengirim kandungan mesej tersebut agar komunikasi berkesan berlaku. Terdapat empat(4) dimensi dalam kandungan mesej iaitu fizikal, pemilihan masa kandungan disampaikan, secara psikologi iaitu hubungan kedua-dua pihak dan budaya dalam keluarga. Suami isteri perlu bijak menentukan kandungan dalam mesej tersebut adalah sesuai dengan keadaan fizikal Contohnya di dalam bilik tidur atau di hadapan meja makan, dengan menentukan masa yang sesuai, saling bijak mentafsir kandungan mesej yang sedang berlaku dan mematuhi amalan dan budaya dalam keluarga oleh setiap suami isteri.

6. Maklumbalas

Dalam membincangkan tindak balas komunikasi pula, seseorang penerima perlu memahami dan menerima mesej yang disalurkan. Terdapat dua bentuk saluran yang digunakan iaitu secara lisan atau bukan lisan. Komunikasi suami isteri akan membentuk 2 jenis maklum balas iaitu secara positif atau negatif. Malkumbalas secara positif akan memudahkan komunikasi dapat diterima bagi memudahkan penghantar dan penerima mesej tersebut. Kedua-dua maklumbalas positif dan negatif ini boleh berlaku secara maklumbalas internal melihat diri sendiri sebagai akibat dari mesej yang disampaikan. Maklumbalas external pula melibatkan pihak lain yang perlu diambilkira bagi mentafsir maklumbalas tersebut adalah positif atau negatif. Apabila maklumbalas secara negatif berlaku komunikasi tersebut perlulah diperbaiki. Mimik muka berserta senyuman seorang suami kepada isteri akan menyebabkan satu maklumbalas daripada isteri yang kandungan maklumat yang disalurkan adalah perkara yang positif.

7. Kesan

Setiap kandungan dalam mesej yang disalurkan oleh penghantar kepada penerima mesej yang berlaku akan menyebabkan kesan kepada komunikasi tersebut. Kita akan melihat kesan tersebut melalui emosi seseorang, secara fizikal atau kognitif iaitu kebolehan seseorang untuk berfikir. Dalam komunikasi suami isteri, mesej tersebut akan memberi kesan dalam emosi, fizikal dan cara kognitif penerima mesej itu. Kesan juga boleh menjadi positif atau negatif. Situasi komunikasi suami isteri yang sedang menonton televisyen pada masa berehant akan memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk berbincang perkara berkaitan masalah keluarga mereka. Kebolehan kedua-dua suami isteri dalam ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta dan berimaginasi tentang kandungan mesej yang disalurkan menyebabkan kesan yang positif terhadap komunikasi tersebut.
 
Rujukan

1. Abd. Rahim Abd. Rashid, Sufean Hussin, Che Hashim Hassan. (2006). Krisis & Koflik Institusi Keluarga. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications
2. Boon, Yusof, (2008). Membina komunikasi berkesan dengan anak. 1st ed. Johor: UTM Johor.
3. Che Hasniza Che Noh (2006). Journal Kemanusiaan. Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan, 08, 45.
4. Collins, Suzan, (2009). Effective Communication : A Workbook for Social Care Workers. London, GBR: Jessica Kingsley
5. Faridah Ibrahim, Tika Nuraeni, Fauziah Ahmad, Chang Peng Kee, & Normah Mustaffa (2012). Bahasa Komunikasi Visual Dan Pengantaraan Produk: Satu Analisis Semiotik. (Malay), 12(1), p257-273.
6. Hashim Fauzy Yaacob (2001). Komunikasi Antara Manusia. Skudai, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
7. Lily Mastura &  Ramlan Hamzah.(2007).  Asas Kaunseling Keluarga. Corak Komunikasi Berkesan. Universiti Teknologi Mara
8. Saodah binti Wok Awang & Narimah binti Ismail (2006). Teori-Teori Komunikasi. KL, Malaysia: PTS Professional
9. Yap Khiam Hong & Massila Hamzah (2010). BDKO1103 Basic Interpersonal Communication. 4th ed. Selanglor, Malaysia: Open University Malaysia.
10. Zulkifli Yusof. (2002). Sukarkah komunikasi anda?: Seni berhubung dengan orang lain. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications.































Backlink