Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Perbaharui Road Tax Kenderaan

      Pada 17 feb 2017, Jumaat, pihak JPJ telah melaksanakan sistem membaharui Road Tax (LKM atau Lesen Kenderaan Motor) yang dinaiktarafkan dengan sistem pengesahan indentiti yang ingin membaharui Road Tax (LKM atau Lesen Kenderaan Motor)
    Sesiapa yang ingin membaharui Road Tax  (LKM atau Lesen Kenderaan Motor) tersebuy perlu mengemukakan kad pengenalan diri  individu yang hadir di JPJ untuk urusan ini bagi warganegara Malaysia. Mykad tersebut perlu disahkan dengan alat pengimbas mykad yang digunakan oleh pegawai bertugas di kaunter. Setelah pengesahan berjaya, pengesahan nombor pendaftaran beserta nombor kad pengenalan pemilik akan tertera barulah pembayaran boleh dibuat.  
      Manakala bagi individu bukan Warganegara Malaysia pula, mereka perlu mengemukakan passport yang masih berkuatkuasa tempoh passport tersebut. Pengesahan passport ini hanya boleh disahkan oleh pegawai penyelia kaunter untuk melepasi sekatan pembaharuan road tax.

     Sebelum ini, viral pemilik perlu thumb print untuk membaharui Road Tax (LKM atau Lesen Kenderaan Motor) adalah tidak benar. Sesiapa masih boleh membaharui Road Tax (LKM atau Lesen Kenderaan Motor) dengan hanya membawa kad pengenalan atau passport untuk tujuan tersebut. Dengan adanya sistem baharu ini, kad kenderaan tidak perlu dikemukakan kepada jpj semasa berurusan. Hanya perlu menyatakan nombor pendaftaran dan nama pemilik kenderaan.


Catat Ulasan

0 Ulasan