Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Program Pusat Transformasi Komuniti Bergerak atau MOBILE CTC

Mobile CTC merupakan salah satu inisiatif  Strategi Lautan Biru Kebangsaan ke 8 (National Blue Ocean Strategy/NBOS8). Kementerian Kewangan melalui Unit Koordinasi Strategi Nasional telah diminta untuk menubuhkan Mobile CTC yang bertujuan mendekatkan perkhidmatan penting kepada rakyat.

Perkhidmatan penting tersebut adalah seperti permohonan Mykad, lesen memandu, passport, pendaftaran syarikat, pos bergerak, bayaran zakat dan lain-lain seumpamanya.  Ini selaras dengan hasrat kerajaan iaitu rakyat diutamakan dan janji ditepati.

Jika di bandar-bandar besar kita ada Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre/UTC), dan juga Pusat Transformasi Luar Bandar (Rural Transformation Centre/RTC) di kawasan Luar Bandar,  tidak semua penduduk dapat pergi ke pusat berkenaan kerana faktor jarak serta beberapa masalah lain termasuk pengangkutan.

Mobile CTC turut menyediakan platform untuk rakyat mendapat bantuan kerajaan yang disalurkan terus kepada kumpulan sasar serta memberi penerangan dan kesedaran kepada rakyat mengenai dasar, program, juga aktiviti melalui kementerian dan agensi kerajaan. Perkhidmatan Mobile CTC merangkumi lima komponen:

o Menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan utama kerajaan
o Menyediakan peluang keusahawanan kepada penduduk tempatan
o Menghimpunkan rakyat pelbagai peringkat dan kaum untuk bersukan, bersosial dan bersukarelawan demi meningkatkan keharmonian rakyat setempat.
o Menyediakan platform untuk membolehkan bantuan kerajaan disalurkan terus kepada kumpulan sasaran
o Memberi penerangan serta kesedaran kepada rakyat mengenai dasar, program dan aktiviti kerajaan melalui kementerian dan agensi kerajaan.

Catat Ulasan

0 Ulasan