Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Sekatan Bayaran Potongan Gaji Penjawat Awam Sehingga Maksimum 60%

Baru-baru ini kerajaan telah mengeluarkan kenyataan untuk membuat sekatan bayaran potongan gaji penjawat awam sehingga maksimum 60% dari jumlah gaji kasar melalui sistem gaji berkomputer Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Keputusan in dibuat melalui keputusan Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan yang telah diadakan pada 5 April 2017.

Dengan adanya sekatan ini, penjawat awam perlu mengurus sendiri sebarang pembayaran potongan gaji yang tidak dapat dibuat potongan melalui sistem gaji ini. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said, langkah ini diharap dapat membantu penjawat awam untuk mengurus kewangan lebih teratur dan terhindar daripada terjebak masalah hutang. Contoh, sekiranya potongan gaji melebihi 65%, dalam penyata gaji hanya akan dipotong 60% sahaja, manakala baki 5% perlu dibayar kepada pihak bank dan diuruskan sendiri oleh individu berkenaan



Catat Ulasan

0 Ulasan