Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Kena belasah sebab bunyikan hon

Kecoh semalam di sebuah masjid selepas solat Jumaat Jemaah mengamuk gara-gara bunyi hon ketika solat Jumaat. Kejadian ini berlaku di Masjid Austin Perdana Johor Bahru. Dikatakan pemilik sebuah kereta membunyikan hon semasa jemaah sedang solat jumaat pada masa itu.  Laporan sebelum ini video yang berdurasi sekitar 1:10 saat tersebut ditonton lebih 542,000 selepas sejam dimuat naik.

Sumber : Berita Harian


Tindakan pemandu tersebut boleh membahayakan keselamatan jemaah pada masa apabila cuba memandu kereta semasa jemaah berpusu-pusu keluar dari masjid selesai melaksanakan solat jumaat. Sekumpulan lelaki yang marah dengan tindakan pemandu tersebut yang membunyikan hon kereta , bertindak menyepak dan memecahkan cermin kereta Camry tersebut. Rakaman tersebut merakam pemandu tersebut dipukul menggunakan kon keselamatan oleh jemaah mengamuk gara-gara bunyi hon ketika solat Jumaat apabila keluar dari keretanya.  

Menurut saksi kejadian, kes bermula apabila pemandu membunyikan hon bagi melalui kawasan yang sesak dengan kenderaan jemaah yang diparkir di kiri dan kanan jalan. Lelaki tersebut masih membunyiakan hon keretanya walaupun telah selesai. 

Diberitahu bahawa, jemaah telah menasihati pemandu tersebut agar  dengan baik tetapi beliau tidak mengendahkan nasihat tersebut malah cuba melanggar jemaah yang berada di kawasan tersebut.
Dalam keadaan marah, jemaah tersebut berang dengan tindakan lelaki itu mula menghalang keretanya agar lelaki itu keluar dari kereta sebaliknya lelaki itu enggan keluar malah cuba melarikan diri

Kes ini telah disiasat oleh polis dan laporan polis telah dibuat di balai polis Setia Indah. Jurucakap polis Setia Indah mengesahkan telah  menerima laporan daripada jemaah masjid berhubung insiden tersebut namun enggan mengulas lanjut. Ini kerana menurut jurucakap,  polis masih lagi menyiasat punca kejadian masih lagi disiasat.

Kita tunggu siasatan pihak polis apa yang sebenarnya berlaku. Kita belum mengetahui apa sebab yang nyata sebenarnya berlaku. biarlah pihak polis menjalankan siasatan dahulu. Janganlah terlalu menghukum siapa salah atau siapa yang benar dalam kes ini. 





Catat Ulasan

0 Ulasan