Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Penjawat Awam Status Kontrak

Salam hari Khamis. Pagi ini kita renung-renungkan apa yang berlaku kepada penjawat awam berstatus kontrak. penjawat awam ini merupakan kakitangan yang menjawat jawatan kritikal dalam sesebuah jabatan.
Serama 45,00 orang berstatus kontrak akan tamat pada 31 Disember 2011 dan kontrak tersebut tidak akan disambung.

Kenapa kontrak tidak akan disambung. Salah satu sebab adalah jabatan tersebut telah mencapai target yang ingin dicapai dan tidak memerlukan lagi tenaga pekerja kontrak tersebut.Sewajarnya kita mengamal pengambilan pekerja secara kontrak dahulu contohnya ambil 1 tahun kepada 3 tahun, sekiranya pekerja tersebut mempunyai komitmen yang tinggi dalam jabatan tersebut memang patut diserapkan. Kenapa dikatakan begitu? Yang berlaku sekarang pekerja kontrak mempunyai komitmen yang tinggi berbanding pekerja awam yang baru memulakan pekerjaan. Tugas sama sahaja dengan yang berstatus tetap. Beza dia pinjaman tidak boleh dibuat, cuti 20 hari kena habiskan dalam tempoh kontrak tersebut.
Pekerja kontrak ini sekiranya diserap tidak lagi perlu dididik untuk melakukan kerja tersebut kerana pengalaman 3-15 tahun memang memberi satu kelebihan bagi melancarkan dan meningkatkan lagi prestasi sesebuah jabatan.
Pekerja kontrak ini dipandang satu mata oleh penjawat awam berstatus tetap. Ini kerana mereka berstatus sementara sahaja maka bila-bila masa kontrak mereka akan ditamatkan. Contohnya gaji bulanan. Gaji bulanan dibuat secara manual oleh unit kewangan sesebuah jabatan di mana perkerja tersebut bekerja kerana gaji tersebut berdasarkan budget yang telah ditetapkan. Bolehkah seseorang penjawat awam tetap yang mengurus kewangan (gaji Penjawat Awam kontrak) memberi alasan dia terlupa membuat gaji? Memang ini berlaku. Alasan seperti ini sepatutnya tidak diberikan oleh mereka kerana mereka mempunyai tanggungjawab dalam melaksanakan tugas kerajaan.

Renung-renungkanlah

Catat Ulasan

0 Ulasan