Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Bagaimana mendaftar ID mySikap JPJ

Sudahkah anda mendaftar ID mySikap JPJ? Sekiranya belum anda perlu baca post ini. Bagaimana mendaftar ID mySikap JPJ?

Berikut adalah Cara Daftar ID mySikap Individu

 Anda kini boleh membuat pembayaran roadtax kereta, pembaharuan lesen memandu secara online, semak dan bayar saman jpj secara online




ID mySikap JPJ terbahagi kepada 2 kategori iaitu eID Standard dan eID Advanced. Kedua-dua kategori ID ini adalah sama cuma untuk kategori eID Advanced pemilik perlu membuat pengesahan biometrik di mana-mana JPJ berhampiran dan kelebihannya adalah boleh membuat 38 transaksi dalam talian secara kendiri.

Berbanding dengan eID Standard pemilik hanya perlu mendaftar terus di laman web yang disediakan dengan memberi maklumat seperti nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat email semasa pendaftaran.

Pada dasarnya, apabila kita ke kaunter JPJ untuk membuat transaksi pihak petugas kaunter di JPJ yang melakukan transaksi pembaharuan cukai jalan dan proses membaharui lesen memandu. Kita hanya perlu memberi nombor kenderaan untuk dibaharui atau mengemukakan lesen memandu dan kad pengenalan semasa berurusan secara bersemuka.

Berbanding dengan sistem mysikap dalam talian pula, kita yang melakukan pembaharuan tersebut sehingga selesai membuat pembayaran secara online masa ada debit atau kredit.

Kita boleh melakukan transaksi membaharui cukai jalan kenderaan, membaharui lesen memandu, membayar saman JPJ, tukar hak milik kenderaan, memohon lesen IDP (International Driving Lessen), membuat Salinan kad kenderaan, Salinan lesen memandu dan banyak lagi. Proses-poses transaksi ini boleh dilakukan di mana-mana asalkan terdapatnya talian internet untuk digunakan.

Bayangkan kita boleh membaharui cukai jalan kenderaan di rumah dengan mudah. Tahniah kepada Jabatan Pengangkutan Jalan!!

Sistem mySikap ini terbuka kepada individu yang mempunyai rekod salah satu atau kedua-dua rekod sama ada lesen memandu atau mempunyai kenderaan yang telah didaftarkan atas nama individu tersebut.

 

 

Bagaimana Daftar ID MY SIKAP JPJ?

 

1)   Untuk lebih mudah taip di google search dengan keyword Pendaftaran ID mysikap JPJ atau boleh terus kepada https://public.jpj.gov.my/public/login.zul dan klik "Log In" di bawah "Log Masuk Sebagai Pengguna Kali Pertama"

 

2)   Isi semua maklumat yang diperlukan (Kad Pengenalan / No. Telefon / Emal Address). Tidak perlu memasukkan Rujukan (Sensitif Huruf) untuk eID Standard.

 

3)    Anda kemudian akan menerima e-mel yang mengandungi kata laluan sementara dari sistem. Anda perlu mengaktifkan akaun anda dalam masa 7 hari.

 

4)    Setelah anda menerima e-mel, masuk semula ke https://public.jpj.gov.my/public/login.zul dan log masuk dengan Kad Pengenalan dan kata laluan sementara yang diberikan dalam emel anda.

 

5)   Sekiranya login masuk berjaya, anda akan diminta untuk menukar kata laluan yang diberikan sebelum ini kepada kata laluan anda sendiri.

 

6)   Seterusnya anda boleh melakukan transaksi yang disediakan berdasarkan eID Standard yang telah anda daftarkan.

 

Anda kini boleh membuat pembayaran roadtax kereta, pembaharuan lesen memandu secara online, semak dan bayar saman secara online dan banyak lagi.

Oh ya.. sekiranya anda hendak daftar eID advanced anda boleh mendaftar di JPJ di kaunter. Mereka akan membuat pengesahan biometrik. Barulah anda daftar ID anda di laman portal awa mySikap seperti langkah di atas Bagaimana Daftar ID mysikap?.

 

Kelebihan eID Advanced ini banyak dan tentunya boleh buat tukar hak milik kenderaan.

 

Ini bagi memudahkan apabila jual beli kenderaan anda kepada orang lain dan sebaliknya. Dengan ID Anvanced ini anda boleh jual kenderaan anda secara online.

 

Nanti pada post yang lain saya akan ceritakan dengan lebih detail bagaimana untuk menjual kenderaan anda sama ada motosikal atau kereta tanpa perlu ke JPJ.. mudah dan menjimatkan masa anda.


Catat Ulasan

0 Ulasan