KOTA KINABALU: Tiada kematian dilaporkan, tetapi setakat ini lapan orang cedera dalam satu letupan besar-besaran disebabkan oleh perlanggaran antara kereta api dan lori tangki bahan api di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, semalam petang.
Pesurujaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita di tempat kejadian penumpang yang dalam gerabak samaada berjaya melarikan diri apabila pelanggaran berlaku kira-kira 5.30 petang atau diselamatkan apabila anggota bomba dan penyelamat tiba. Menurut Hamza,lori tangki bahan api tersebut melintas landasan keretapi untuk menghantar bahan api ke stesen gas, tetapi tidak sempat untuk menyeberang landasan yang menyebabkan pelanggaran dengan kereta api tersebut.
Beliau berkata pemandu yang berusia 41 tahun telah dipanggil oleh polis untuk siasatan lanjut, manakala pemandu kereta api yang berusia 51 tahun mengalami kecederaan pada kakinya. PengarahJabatan Bomba dan Penyelamat Nordin Fauzi berkata lima kereta bomba telah dihantar dari Kota Kinabalu, Penampang dan balai bomba Lintas
Beliau berkata mereka juga dibantu oleh lori tangki air dan 2 buah kereta bomba dari Bomba dan Penyelamat LapanganTerbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Kakitangan Malaysia Airlines, Busri Asad,39, yang melihat kejadian beberapa penumpang melarikan diri dari tingkap kereta api apabila perlanggaran berlaku.
"Saya juga melihat orang berlari ke belakang gerabak. Kira-kira 10 minit selepas pelanggaran, terdapat letupan dan api besar-besaran berlaku" katanya. Bursi berada di seberang jalan semasa kejadian itu berlaku selepsa dia selesai bekerja di lapangan terbang.
Setiausaha akhbar kepada seorang menteri negeri Arshah Hussin, berkata beliau berada kira-kira 700 meter daritempat kejadian.
"Saya dalam perjalanan pulang dan mahu mengisi petrol di stesen minyak. Tetapi saya memutuskan untuk menghentikan kereta saya di tepi jalan apabila saya terlihat ada api besar-besaran dan asap tebal dari stesen gas.
"Jalan raya menjadi sesak pada sebelah kemalangan dan kenderaan lain bergerak ke lorong paling kanan, manakalal orong sebelah kiri kosong." katanya, sambil menambah bahawa beliau juga mendengar dua letupan.
Beliau juga dapat melihat orang-orang di dalam kereta api berjalan ke belakang gerabak. -
Bernama
4 Ulasan
mesti trauma kan penumpang yang terlibat tu. alhamdulillah takde kematian.
BalasPadamp/s: takde shoubox ke? :)
pengajaran buat kita semua apabila memandu berhampiran dengan lori tangki minyak.
BalasPadamp/s shoutbox belum setting. baru belajar hek3
ish2 bencana dahsyat tu....takut juga kalau kt tmpt tu byk paip gas mcm kt miri..bahaya betul.
BalasPadam@roha Allah Maha Penyayang
BalasPadam