Kita perlu melakukan beberapa
perkara untuk mendapatkan beberapa perkara.
Pepatah “masa itu emas” sering
kita dengar merujuk kepada betapa pentingnya mengurus masa kerana dengan
mengurus masa dengan berkesan akan menghasilkan sesuatu yang berfaedah kepada
kita. Dalam kehidupan kita ini, masa adalah satu perkara yang sentiasa kita
perlukan. Dalam post kali ini kita akan
membincangkan tentang buang masa untuk pengurusan masa dengan cara yang berkesan.
Semua orang perlu membahagikan masa
dengan orang di sekeliling kita sama ada
kepada keluarga atau pun menggunakan masa terhadap kerjaya masing-masing. Masa
adalah perkara yang sangat berharga, jadi kita perlu menggunakan masa dengan
bijak dan berkualiti. Menggunakan masa dengan bijak adalah satu pengurusan masa
yang perlu dilakukan.
Satu yang pasti adalah pengurusan
masa perlu dilakukan bagi setiap orang kerana kita benar-benar perlu
menghabiskan masa dengan sesuatu yang berfaedah. Dalam pengurusan masa kali
ini, saya akan memberi 4 langkah mudah yang akan membawa perubahan dalam
aktiviti harian kita.
1) Mengambil Masa Untuk Merancang
Apabila kita mengambil masa untuk
merancang masa, sebenarnya kita telah membuat pengurusan masa kita untuk
melakukan aktiviti harian. Kita perlu merancang masa kita berada di pusat
membeli belah, semasa di pejabat atau semasa kita berada di rumah kerana dengan
perancangan ini kita akan menggunakan masa dengan bijak. Sediakan list apa yang
akan kita lakukan pada hari berikutnya adalah satu pengurusan masa yang
teratur.
2) Kongsi masa dengan orang lain
Berkongsi masa dengan orang lain
adalah satu cara menggunakan masa dengan bijak. Orang lain mungkin mempunyai
idea yang baik untuk mencapai matlamat kita. Dengan idea orang lain, kita dapat
menjimatkan masa melakukan sesuatu kerja. Selebihnya kita boleh
memperkembangkan idea kita berdasarkan idea yang kita kongsi dengan orang lain.
Kerana itu, dalam sesuatu jabatan atau organisasi tentu ada kumpulan kerja yang
dibentuk bagi menghasilkan idea yang baru.
3) Berfikir Untuk Capai Matlamat.
Semua orang sibuk menggunakan masa
dalam kehidupan atau sibuk dengan tanggungjawab semasa di pejabat bagi mencapai
matlamat dan impian kita. Sentiasa berfikiran positif dalam mencapai matlamat
yang dibuat. Ambil masa dengan berfikir tentang kekuatan diri untuk membantu
diri sendiri dalam mencapai matlamat tersebut. Tidak salah untuk berfikir
sejenak bagaimana pengurusan masa boleh membantu mencapai matlamat kita. Set
bila masa matlamat tersebut akan dicapai.
4) Menilai matlamat
Penting bagi kita untuk menilai
matlamat atau kerja yang dilakukan. Mungkin kita mempunyai tugas yang penting
perlu dilakukan dengan segera dan mempunyai tarikh tamat perlu diselesaikan.
Kita perlu menilai matlamat atau kerja yang telah selesai. Apakah ianya
mencapai sasaran yang kita mahukan. Renung kembali matlamat tersebut agar
pengurusan masa bagi tugasan yang lain akan lebih teratur dan berkesan apabila
mempunyai matlamat atau kerja lain yang perlu dilakukan.
Walaupun mengambil masa untuk
pengurusan masa kelihatan membazir, tetapi ianya satu proses menggunakan masa
dengan bijak. Pengurusan masa adalah disiplin diri dalam penumpuan penggunakan
masa dengan effektif. Dengan pengurusan masa ini kita dapat mengubah sikap
negatif kita yang sering bertangguh melakukan sesuatu.
0 Ulasan