Komunikasi
antara anak dengan ibu bapa kadang-kadang menjadi sukar bagi kita. Kita akan
merasa mereka tidak mendengar apa yang cuba kita sampaikan; dan mereka merasa
seperti kita tidak dengar apa yang
mereka sampaikan. Ini memang berlaku. Kita tahu betapa pentingnya
komunikasi ibu bapa dengan kanak-kanak dengan mendengar
apa yang mereka cuba sampaikan kepada kita. Pandangan dan pendapat anak kita
juga mempunyai nilai positif dan ibu bapa perlu mengambil masa untuk mendengar
dengan hati terbuka bagi membentuk komunikasi yang baik.
Ibu
bapa akan menjatuhkan hukuman kepada kanak-kanak apabila mendapati kanak-kanak
melakukan kesalahan. Kebiasaannya berdasarkan perasaan dan pengalaman masa
dahulu. Ibu bapa wajar memahami perasaan
dan emosi anak-anak bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan mereka.
Dengan cara ini kanak-kanak dapat menyampaikan pendapat mereka secara terbuka.
Sebagai
ibu bapa, kita perlu mengwujudkan satu komunikasi yang baik dengan anak kita.
Mereka mungkin mempunyai sebab tertentu untuk memberi pendapat kepada kita.
Dengar apa yang mereka cuba sampaikan dari awal hingga akhir masalah yang
dihadapi. Tidak perlu mencela apabila mereka bercerita masalah tersebut kepada
kita. Apabila kita memberi peluang kepada mereka, satu komunikasi yang baik
akan terbentuk antara ibu bapa dan kanak-kanak.
Ibu
bapa perlu meluangkan masa untuk
berkomunikasi dengan anak-anak. Kesibukan bekerja seharian menyebabkan
komunikasi kurang antara ibu bapa dengan anak-anak. Cari peluang untuk
memulakan komunikasi dan dengar apa yang mereka sampaikan kepada kita. Penting
dalam situasi ini untuk memberi perhatian penuh dan tidak berbelah bagi. agar
kita dapat membuat komunikasi yang berkesan dengan anak-anak. Sekiranya mereka
mempunyai masalah cuba bertenang dan selepas itu tawarkan penyelesaian yang
positif kepada mereka.
Rasa
kecewa atau marah adalah satu perasaan yang normal bagi kanak-kanak. Pada
permulaan, mungkin kita akan cuba untuk menyatakan agar merek tidak rasa kecewa
atau marah, tetapi bagaimana pula sekiranya kita tidak dapat mengurangkan rasa
kekecewaan atau perasaan marah itu? Dengar apa yang anak cuba sampaikan, tanya
soalan untuk mengetahui mengapa mereka merasa begitu, dan kemudian cuba tanya
apa yang perlu dibuat untuk mengurangkan perasaan tersebut. Sekali lagi cuba
tawarkan penyelesaian yang positif kepada mereka.
Sentiasa
bertanya dengan anak-anak kita. Sebagai ibu bapa perlu bagi kita bertanya
kepada anak-anak tentang apa yang mereka buat pada hari ini, bagaimana perasaan
mereka pada waktu itu, atau bertanya apa yang berlaku di sekolah. Beri peluang
kepada mereka untuk bercerita. Ingat
mendengar apa yang mereka sampaikan adalah kunci komunikasi.
Guna
perkataan mudah contohnya, “Oh..begitu”,
“bagus” “pandai” atau setidak-tidaknya menganggukkan
kepala tanda kita sedang mendengar apa yang mereka katakan dengan memberi tumpuan anak mata kepada mereka. Ini
menunjukkan minat kita untuk mendengar
apa yang mereka katakana.
Kanak-kanak
sama seperti kita juga. Mengalami perasaan atau situasi yang sukar pada sesuatu
masa. Mendengar dan mengambil kira apa yang mereka sampaikan memberi isyarat
kepada mereka yang kita sedia untuk membantu dan kita mempunyai pengalaman yang
sama seperti mereka.
Bagaimana untuk membentu anak pintar dan cerdas? Baca seterusnya Anak Pintar dan Cergas
Bagaimana untuk membentu anak pintar dan cerdas? Baca seterusnya Anak Pintar dan Cergas
0 Ulasan