Apabila
bercerita tentang kemahiran pengurusan masa yang berkesan, saya perlu menyedari
bahawa sebenarnya masa itu sendiri tidak boleh diurus. Dengan anugerah 7 hari
seminggu dan 168 jam dalam tempoh itu, saya tidak mempunyai cara untuk menambah
atau mengurangkan jumlah tersebut. Walau pun begitu kita boleh mengurus masa
dengan bijak sekiranya kita benar-benar ingin berubah.
Saya
juga menyedari bukanlah jumlah masa yang menjadi ukuran utama tetapi bagaimana
berkesannya masa yang digunakan untuk melakukan sesuatu perkara. Setiap orang
menggunakan masa dengan berbeza.
Sebenarnya jika dilihat kemahiran pengurusan masa agak mudah untuk difahami. Kita tidak perlu pemikiran yang tinggi atau terpaksa bersedia mempelajari sesuatu yang terlalu sukar untuk difahami. Terdapat banyak laman sesawang yang membincangkan istilah Pengurusan Masa yang memberikan nasihat dan tips pengurusan masa.
Saya
sering bertanya diri saya sendiri:
1.
Adakah masa saya cukup untuk melakukan
tugas yang perlu saya
selesaikan?
2.
Adakah saya menggunakan masa dengan bijak dan teratur?
Tips pengurusan masa bekerja
·
Kenalpasti jam
berapa kita bekerja dengan bersungguh-sungguh
·
Kenalpasti tugas-tugas yang utama perlu
diselesaikan.
·
Jangan
bertangguh melakukan tugas yang diberikan. Bertangguh boleh menyebabkan kita tekanan.
·
Lakukan tugas
penting dalam satu atau dua sahaja dan tidak melakukan tugas
yang bertindih-tindih
·
Pastikan
ada satu kalender dan tanda tarikh-tarikh penting tugas kita.
·
Simpan senarai
"Perkara Perlu Dibuat" dan tanda perkara tersebut sekiranya telah
selesai.
·
Senaraikan apa
perlu dibuat
pada hari esok.
·
Jika boleh
lakukan tugas-tugas yang sukar dahulu
·
Pastikan ruang
bekerja kita kemas dan teratur. Ini akan mengurangkan tekanan.Perlu ada masa
rehat bagi menyegarkan diri kita semula
·
Aktiviti yang
tidak dirancang perlu ditinggalkan
·
Ketahui
kekuatan, kemahiran dan kelemahan diri sendiri.
·
Apa yang saya
lakukan sekiranya orang lain membantu saya
·
Jangan segan
untuk meminta bantuan orang lain
·
Buang perkara
atau benda yang nampak serabut pada penglihatan kita (Contoh emel spam atau
kertas yang tidak diguna).
·
Bahagikan
tugas kepada kumpulan yang lebih kecil,
dan selesaikan satu persatu.
·
Lakukan tugas
sekurang-kurangnya satu sehari yang kita tidak suka tetapi
perlu selesai
0 Ulasan