Header Ads Widget

Responsive Advertisement

motivasi pekerja dalam syarikat

     Dalam sesebuah organisasi yang besar mahupun yang sedernana tentu mempunyai pelbagai jenis jawatan yang diwujudkan dalam pelbagai kumpulan pekerja dengan tanggungjawab yang berbeza mengikut keperluan dan kehendak syarikat tersebut. Sekiranya kita adalah ketua bagaimana kita memastikan motivasi pekerja-pekerja sentiasa dipertingkatkan?

Layan pekerja kita dengan baik

     Perlu dan penting bagi seorang ketua atau pemilik syarikat untuk melayan baik dengan semua pekerja. Sentiasa menghormati mereka seperti mana kita mahu mereka menghormati kita. Sekiranya ini tidak ada kerjasama dalam syarikat tersebut tidak akan maju dengan berkembang.

Bangga dengan produk keluaran

     Salah satu punca maju dan berkembangnya satu produk yang dijual adalah kumpulan pekerja yang melakukan penjualan di bawah kita. Apabila mereka mempromosikan produk syarikat mereka perlu yakin bahawa produk tersebut adalah terbaik untuk dijual kepada pelanggan. Rangkaian antara pemilik syarikat, pekerja dan pelanggan akan meningkatkan lagi motivasi mereka untuk menjual produk tersebut. Kalau pekerja yakin akan produk tersebut adalah produk yang berkualiti mereka akan mudah untuk mendapatkan pelanggan. Dengan pelanggan tersebut syarikat akan mendapat faedah daripadanya. Untuk itu pastikan produk tersebut berkualiti kerana motivasi seseorang meningkat apabila menjual produk yang berkualiti.

Bergaul dengan pekerja.

     Sebagai ketua cuba letakkan diri kita dalam kumpulan pekerja kita. Pengalaman saya yang diselia oleh seorang ketua yang amat memahami pekerja-pekerja dibawahnya memberi kesan motivasi yang kuat. Ini kerana apabila kita mula bergaul dengan pekerja lain mudah bagi kita meminta pekerja kita untuk melakukan tugas-tugas penting yang perlu dilakukan.

Setiap pekerja 

 1) memang mahu dihargai apabila melakukan tugas dengan sempurna

2) memang mahu  dihargai dengan bukti penghargaan contoh pengikhtirafan kredit akan usaha yang dilakukan

3) memang mahu pendapat mereka didengar tidak kira diterima atau tidak.

4) memang mahu diberi ganjaran untuk kerja yang dilakukan.


     Sebagai ketua, tentulah kita inginkan sesuatu yang berkualiti dalam penyampaian pekerja kita. Tapi perlu diingat, pekerja adalah kompenen penting dalam sesebuah syarikat atau jabatan. Hargai apa yang dilakukan. Wang dan kuasa adalah symbol kejayaan syarikat, tetapi tanpa motivasi pekerja apa-apa yang dilakukan tidak akan berkembang dengan baik. Silap-silap gulung tikar.

Catat Ulasan

0 Ulasan