Perkembangan dalam oganisasi berkaitrapat dengan inovasi organisasi syarikat tersebut. Inovasi adalah fungsi utama dalam proses keusahawanan. Dengan adanya inovasi dalam organisasi, sesuatu idea menghasilkan produk akan terhasil apabila terdapatnya individu atau kumpulan yang kreatif dalam menghasilkan produk yang lebih berkualiti. Setiap organisasi yang mengeluarkan produk mempunyai saingan dalam pemasaran. Sebagai contoh pesaing utama bagi proton adalah Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yang dibentuk pada 1993 dengan kerjasama antara Malaysia dan Jepun. Inovasi akan berlaku sekiranya wujud persaingan dalam mengeluarkan produk terkini.
Inovasi adalah fungsi utama di mana individu atau usahawan atau kumpulan usahawan yang mempunyai idea baru bagi mengambil peluang-peluang perniagaan ke dalam bentuk idea yang boleh dipasarkan. Menurut Kinicki dan Williams (2003), inovasi adalah “kaedah mecari jalan untuk menghasilkan produk baru, produk & perkhidmatan yang lebih baik”. Menurut (Chell, 2001) pula, “inovasi berfikir untuk menghasilkan sesuatu yang bati di pasaran yang akan merubah persamaan permintaan dan pengeluaran”.
Inovasi adalah proses perlu dalam keusahawanan kerana apabila dengan adanya inovasi maka akan terhasil produk yang lebih baik untuk dipasarkan kepada pengguna. Inovasi juga akan memaksimumkan sumber yang ada tanpa melakukan pembaziran. Ini penting apabila inovasi produk yang dikeluarkan dapat direka tanpa membazir sumber, produk tersebut akan lebih murah dipasarkan untuk keperluan dan kehendak pengguna.
Dalam artikel Creativity? Innovation? Are They Different? Do We Need Both? (N.Herman), beliau ada menyebut bahawa inovasi hendaklah seiring dengan kreativiti. Ini bermakna inovasi merupakan satu idea mengenai kreatif dalam mempertingkatkan lagi kualiti. Ini bagi tujuan menjayakan satu transformasi bagi memenuhi kehendak pengguna.
Kreatif dan inovasi seiringan apabila kedua-duanya bergantung kepada maklumat yang releven, cara memanipulasikan maklumat tersebut, terdapatnya proses kreativiti dalam mencipta produk dan kemampuan kreativiti dan inovasi tersebut dalam menjana produk dan perkhidmatan yang baru.
Dalam membincangkan perkara inovasi dalam sesebuah organisasi terdapat empat (4) asas dalam inovasi; iaitu inovasi penciptaan, inovasi perluasan, inovasi duplikasi dan inovasi sintesis. Setiap orang dalam organisasi perlu ada kemahuan untuk melakukan inovasi bagi membina kualiti produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada penggguna.
0 Ulasan