Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Pekerja Hospital Kerajaan Di Makan Harimau

Entry aku hari ini agak personal kerana melibatkan diri aku dan keluarga aku sebenarnya. Senalam lebih kurang jam 11.00 am (19/11/2011) aku pegi ke hospital sebab anak aku yang sulung sakit. Ya la bapa mana yang tidak risau sekiranya anak sakit kan. Jadi aku ambil keputusan untuk hantar anak aku ke hospital berdekatan sebab aku yakin dengan sektor awam ni. Tidak perlu aku berikan nama hospital tersebut

Sampai jak aku di kaunter hospital tersebut aku pun mendaftarkan anak aku. Tidak lama dalam lebih kurang  2-3 minit saja tunggu. Lepas ni barulah tunggu kena panggil untuk bayar pendaftaran tersebut. Aku tengok sekeliling aku ramai jugak yang datang ke hospital tersebut. Tunggu dengan rela aku tengok jam di dinding jam 11.34 am. 30 minit lebih dah. aku tunggu sabar dan sabar.
Yang aku heran kenapa dari mula aku datang tidak ada satu orang pun disekeliling aku yang dipanggil untuk membuat pembayaran RM1.00 yang dikenakan. Punggung aku dah mula rasa rimas. Mundar-mandir aku di depan kaunter hospital tersebut. Bila mau start ni. Bila mau stat ni..?? Dalam hati aku
Tunggu punya tunggu pukul 12.00 tengah hari, haaa telinga aku mula aku rasa macam keluar tanduk kiri dan kanan, sifat sabar mula dah hilang. Macam mau makan orang. Jadi harimau jadi-jadian. Aku tengok makcik sebelah depan aku dengan muka kesian menunggu dari awal lagi. Aku rasa dia datang jauh dari kampung bersama anak dia.
Yang buat hanging lagi apabila kaunter tu kosong!! lansung tiada petugas kaunter yang duduk di situ. arhhh.. aku mula jadi harimau dah ni mau makan orang. Aku jengok di luar masa bertugas 8.00 pagi - 12.30 tengah hari untuk masa kaunter buka sebelum rehat pukul satu. Ni yang buat aku marah ni.
Aku pun tunggu depan kaunter yang kosong tu. 10 minit berlalu tiba-tiba ada sorang awek staf nurse yang bertugas pada hari itu duduk semula di kaunter. Dengan sopan aku pun tanya dengan dia.

"Mana yang lain?" aku tanya dia. dia punya jawapan punya la cantik. Sekarang waktu rehat, nanti pukul 2.00 petang baru buka balik. Tukar shift

Apa lagi keluarlah hikmat jurus makian aku 
"Apa punya &^%$*(&*^&^$%#^^^&%$^&%$"
"Haram &^%*&*& *&^("
"Pegi mampus ^&*^*^%"

Dia diam. Puas hati aku. 

Anak sakit, dia ingat kita datang ke hospital untuk shoping? Aku pun keluar dari hospital tersebut pergi ke klinik swasta yang berdekatan. layanan dia.. peh.. jauh sangat dari apa yang aku dapat dari layanan hospital tersebut.

p/s aku kerja kerajaan jugak.. tapi aku tak kerja macam ini.





Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Selalu terkena tp tak sanggup jd rimau. Pernah jd singa hahahahahah

    BalasPadam
  2. @EmpayarUtama kalau diri sendiri sabar jugak tapi anak sakit tu yang hilang sabar jadinya hek3

    BalasPadam