Komunikasi
amat penting dalam kehidupan seharian kita. Walau di mana kita sedang berada,
kepakaran dan pengetahuan bagaimana untuk berkomunikasi amat penting bagi
menjamin kesefahaman antara satu sama lain. Komunikasi berlaku apabila apa-apa
maklumat yang penting dapat dipindahkan daripada diri kita kepada orang
sekeliling kita yang menerima maklumat yang ingin disampaikan. Kedua-dua pihak
perlu mempunyai kesefahaman agar maklumat tersebut dapat dikongsi bersama. Asas
perhubungan interpersonal adalah satu komunikasi untuk menghubungkan antara
seseorang individu dengan individu yang perlu maklumat tersebut.
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat,
komunikasi dapat ditakrifkan sebagai perhubungan (secara langsung atau dgn
perantaraan surat, radio, telefon, dll); ~ massa komunikasi atau perhubungan
dgn atau yg sampai kpd orang ramai amnya; berkomunikasi berhubungan (secara
langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll), mengadakan
perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll)
Verdeber & Verdeber (2002) and
Hybels & Weaver (2001)
mendefinisikan kommunikasi adalah proses membentuk dan
berkongsi makna, perasaan dan idea dalam ucapan, interaksi kumpulan bertulis
atau ucapan awam. Proses biasa melibatkan individu dan interaksi mereka dengan
unsur-unsur konteks, mesej, saluran, bunyi bising (gangguan) dan maklum balas
digunapakai.
Melalui beberapa definisi ini kita
dapat bahawa komunikasi ini adalah satu proses apabila seseorang individu yang
mempunyai kepentingan bagi menyampaikan maklumat secara verbal atau no verbal
yang akan mempengaruhi tingkah laku orang lain.
Komunikasi interpersonal amat
penting kerana cara kita berkomunikasi dengan orang lain akan mempengaruhi
perspektif individu tersebut tentang kita. Bagaimana kita dapat berhubung baik
dengan mereka secara langsung, peribadi dan sepontan. Terdapat beberapa tujuan
komunikasi interpersonal bagi mempengaruhi individu lain. Salah satunya adalah
bagi mewujudkan satu hubungan. Amat unik dalam kehidupan kita apabila kita
tidak dapat lari daripada ambil tahu perkara-perkara yang berlaku di sekililing
kita. Setiap hari kita akan membina satu hubungan bagi mendapatkan maklumat
yang ingin disampaikan dan cuba disampaikan oleh setiap individu. Luahan dan
pandangan seseorang individu akan mempengaruhi tingkah laku individu yang
terlibat dalam komunikasi interpersonal ini.
Kita perlu menyesuaikan diri dengan
orang lain. Bagi melancarkan komunikasi yang berlaku, kita akan mendapatkan
maklumat orang lain bagi membolehkan interaksi yang lebih berkesan berlaku.
Oleh sebab itu, penting dalam berkomunikasi kita mematuhi norma, peraturan dan
amalan dalam komunikasi bagi membina hubungan dua hala dengan meramal pemikiran
dan perasaan individu yang akan menerima mesej yang disampaikan.
Komunikasi berlaku secara sehala
apabila individu berkomunkasi tanpa perlu maklumbalas individu lain iaitu
menyebabkan tindakan terus oleh penerima mesej yang disampaikan. Selain itu
komunikasi juga boleh berlaku melalui dua hala yang memerlukan penerima memberi
maklum balas terhadap mesej yang diterima. Mesej yang telah disampaikan itu
boleh diperbaiki sekiranga mesej tidak tidak tepat atau kurang infomasi perkara
yang dibincangkan. Ini bagi memastikan tindakan seterusnya dilakukan dengan
betul.
Sesebuah keluarga perlu memastikan
agar komunikasi berlaku dengan berkesan. Maklumat yang disampaikan perlu mudah
difahami, tepat dan jelas bagi memudahkan perkongsian maklumat tersebut. Setap
perubahan yang perlu diperbaiki hendaklah sentiasa seiring dengan apa
penghantar maklumat kehendaki. Mesej yang disalurkan tidak dapat diterima
dengan baik akan mengundang pelbagai masalah dalam keluarga. Kedua-dua pihak
perlu tahu apa yang harus dilakukan bila menghadapi masalah seperti ini. Bahasa
yang tidak tepat dan kurang maklumat yang disampaikan menjadikan komunikasi
tersebut tidak berjalan dengan lancar.
0 Ulasan