Fanpage superstar

Melayu Maya - Informasi Internet

13 February 2012

hukuman fizikal terhadap kanak-kanak


Anak-anak adalah satu anugerah daripada Allah s.wt yang tidak terhingga nilainya. Dalam post kali ini saya ingin membincangkan tentang hukuman fizikal terhadap kanak-kanak.

Telah banyak kajian menunjukkan bahawa hukuman fizikal terhadap kanak-kanak akan menyumbang perkembangan yang negatif terhadap kanak-kanak. Bukan itu sahaja, hukuman fizikal tehadap kanak-kanak boleh menimbulkan risiko kepada keselamatan dan perkembangan mental mereka.

Penting bagi kita sebagai ibu bapa untuk mendapat kesedaran bahawa penderaan kanak-kanak akan mengakibatkan kecederaan fizikal yang teruk, gangguan emosi kanak-kanak dan lebih teruk lagi boleh mengakibatkan kematian. Banyak berita yang kita dengar akan hukuman fizikal terhadap kanak-kanak boleh diibaratkan sebagai penderaan.

Hukuman fizikal terhadap kanak-kanak adalah salah satu cara yang digunakan oleh ramai ibu bapa. Walaubagaimanapun ramai juga yang tidak menggunakan hukuman fizikal ini sebagai satu cara untuk mendisiplinkan kanak-kanak. Kanak-kanak yang membesar pada persekitaran hukuman fizikal akan membesar dalam emosi yang negatif, cepat merajuk, sering menangis tanpa sebab dan merasa diri tidak disayangi oleh ibu bapa. Padahal sebenarnya ibu bapa sayang akan anak mereka.

Penting bagi ibu bapa untuk menunjukkan tingkah laku yang sesuai dan mengwujudkan suasana yang riang agar kanak-kanak tidak merasa tertekan. Kita harus sentiasa ingat bahawa kanak-kanak masih kecil dan mereka bukan golongan dewasa. Mereka masih belajar sesuatu yang baru mereka terokai. Kita perlu mendidik anak-anak dengan cara yang betul, dengan kasih sayang dan menggunakan hukuman mengikut  peringkat umur mereka.


Mungkin kita tidak nampak akan situasi hukuman fizikal terhadap kanak-kanak akan menyebabkan masalah yang besar terhadap keluarga kita. Tapi percayalah, anak-anak adalah anugerah dari Illahi yang tidak terhingga bahkan penyeri kehidupan sesebuah keluarga. Berdoa untuk mereka agar mereka menjadi anak yang berguna pada masa akan datang. Amin.


Bagaimana pula dengan merotan anak-anak yang berumur 10 tahun ke atas yang enggan mendirikan solat? Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Hindari hukuman fizikal terhadap kanak-kanak yang keterlaluan sehingga mereka terasa tertekan, gangguan emosi dan memudaratkan diri mereka. Setkan dalam minda kita, yang tindakan kita perlu berlandaskan Islam. Insya Allah 



Salam, terima kasih kerana membaca blog ini. Anda boleh jejak blog ini melalui RSS feed twitter saya, Twitter.
Nama: Emel:

0 comments:

Post a Comment

Backlink