Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Tiga Cabaran Perpaduan dan Integrasi Nasional

Dalam mengutarakan perpaduan dan interasi nasional terdapat tiga cabaran Perpaduan dan Integrasi Nasional yang perlu kita ketahui, cabaran utama adalah menyatupadukan rakyat di Malaysia. Masalah-masalah ini wujud daripada tiga sumber iaitu:

i. Masalah dari segi pembangunan dan pendapatan tidak seimbang yang dialami oleh rakyat daripada sesuatu keturunan bangsa.

ii. Masalah yang timbul daripada penyatuan wilayah di dalam sesebuah negara apabila ada didapati ada di antara wilayah di dalam negara itu berpecah dan mendirikan negara yang merdeka.

iii. Masalah yang timbul daripada rakyat yang berbilang bangsa. Masalah ini akan menjadi serius jika terdapat perbezaan daripada segi keturunan, agama, bahasa dan adat resam. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dalam perbezaan tersebut.

     Sejarah, budaya, bahasa, agama dan adat resam yang berbeza, sejak dahulu membawa cabaran peraduan dan integrasinasional kaum di Malaysia. Tiga cabaran utama kepada perpaduan dan integrasi nasional dalam konteks Malaysia ialah:

Sistem pendidikan yang berbeza


       Sistem pendidikan bermula sejak zaman pemerintahan British lagi pada abad ke 19. British telah mengutamaakan pelajarn bagi Melayu dan Inggeris. Manakala bagi orang cina dan Tamil, pendidikan berkembang tanpa disokong oleh pihak British. Pendidikan Cina menggunakan bahasa pengantara cina, guru yang datang dan buku teks datang dari negara China. Bagi orang India pula bahasa pengantar yang digunakan adalah bahasa Tamil. Pada zaman pemerintahan Inggeris sukatan yang dianggap terbaik adalah sekolah Inggeris. Sekolah ini banyak memberi kesan kepada perpaduan rakyat pada masa itu kerana tidak semua yang boleh mendapat pendidikan Inggeris. Dasar pendidikan yang dibawa oleh British seperti Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah Tamil, dan Sekolah Inggeris ini memberi kesan kepada menghadkan pendidikan antara kaum, pendidkan berdasarkankan tempat tinggal, pendidikan berdasarkan pekerjaan, dan menimbulkan masalah bahasa di kalangan rakyat. Sebenarnya, tujuan Britihs adalah untuk mengekalkan “Pecah dan Perintah” yang diamalkan agar setiap golongan memberi kepentingan pendidikan kepada mereka. Pemisahan golongan berpelajaran Inggeris dan vernacular hanya untuk menjaga kepentingan ekonomi sahaja pada masa itu bukan bertujuan menyatupadukan rakyat. Kesan daripada ini, ramai orang melayu bekerja untuk sara diri, orang cina bekerja di lombong dan orang India bekerja di ladang estet.
Perubahan sistem pendidikan akan membawa perpaduan dan integrasi nasional kepada rakyat walaupun memakan masa yang lama. Laporan Razak yang dibawa oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein yang berusaha agar sukatan pelajar sekolah adalah sama. Ini bertujuan mengwujudkan nilai-nilai intergrasi dikalangan kanak-kanak. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara disamping menjaga kebudayaan kaum lain. Idea ini mendapat tentangan orang melayu dan orang bukan melayu. Laporan Rahman Talib 1960 dibentuk bagi menyempurnakan lagi Laporan tersebut dan menghasilkan Akta Pelajaran 1961.

Penumpuan terhadap sektor ekonomi yang berbeza

       
       Masalah perpaduan yang dihadapi adalah berpunca daripada dasar-dasar Inggeris yang telah menjajah negara ini. Ketiga-tiga golongan penduduk yang terbesar ini tinggal berasingan dan menjalankan pekerjaan yang berlainan. Dasar ‘Pecah dan Perintah” ini dilakukan oleh Inggeris untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka. Masyarakat Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan di kampung, masyarakat Cina pula mewarisi perniagaan secara turun-temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat India bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Tidak terdapat satu dasar yang tegas ketika itu untuk menyatupadukan ketiga-tiga golongan rakyat ini. Oleh kerana wujudnya perbezaan di antara ketiga-tiga golongan masyarakat ini dan tiada polisi pihak penjajah untuk menyatupadukan mereka, maka wujudlah syak wasangka dan sikap curiga di kalangan mereka. Selepas merdeka, didapati orang-orang Melayu berada di dalam kemiskinan manakala masyarakat Cina pula terus menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi yang lain. Golongan Bumiputera terus bimbang bahawa orang-orang asing akan menguasai semua bidang dan mereka akan tenggelam di tanah air mereka sendiri disebabkan kemiskinan. Kaum Cina dan India pula bimbang kerana syarat-syarat hak kerakyatan mereka akan tergugat walaupun mereka bersedia menumpukan perhatian taat setia kepada negara ini. Mantan Perdana Menteri kita Tun Abdul Razak Dato’ Hussein telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada 1971 bagi mencapai perpaduan dan integrasi nasional. Beliau digelar Bapa Pembangunan.
        

Fahaman dan pengaruh politik yang berbeza.

   
       Fahaman politik setiap kaum berbeza. Bagi kaum Cina dan India hal-hal yang berlaku di negara asal mereka lebih penting daripada fahaman politik di Tanah Melayu. Setiap kaum sentiasa berusaha untuk memastikan pengekalan identiti kaum, bahasa dan budaya masing-masing dengan menggunakan media dan saluran seperti pendidikan , program keagamaan ,akhbar dan peraturan social. Pada tahun 1930, telah berlaku pergeseran antara orang Cina dengan Jepun di negara China. Ramai orang Cina di Tanah Melayu yang terdorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi membantu sanak-saudara mereka. Apabila fahaman komunis menular di negara mereka, fahaman tersebut juga menular kalangan orang Cina di Tanah Melayu. Orang India juga beranggapan India sebagai tanah air mereka dan berharap untuk kembali. Peristiwa yang berlaku di India dianggap lebih penting daripada apa yang terjadi di Tanah Melayu. Persatuan-persatuan India yang muncul lebih cepat seperti Persatuan India pada tahun 1937 yang memperjuangkan pekerja-pekerja India. Bagi orang Melayu, mereka sentiasa memastikan hak dan kepentingan mereka di tanah air terpelihara. Kurangnya penyatuan menyebabkan perjuangan orang Melayu hanya tertumpu pada kaum mereka sendiri. Fenomena ini tergambar sebagaimana yang diperjuangkan oleh orang melayu dalam majalah-majalah seperti Saudara, Pengasuh, Utusan Melayu, Warta Melaya, dan Majlis. Fahaman politik.
Kesan daripada polisi yang dibawa oleh Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum di Tanah Melayu menyebabkan perselisihan faham antara rakyat. Kita lihat sejarah pada 13 Mei 1969, di mana kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat akibat rusuhan kaum apabila kaum cina menentang soal bangsa melayu dengan bahasa melayu, kedudukan istimewa orang melayu dan hak kerakyatan bukan Melayu selepas Pilihanraya 10 Mei 1969 dijalankan. Perbalahan ini semakin rumit apabila dikatakan melayu memandang negatif terhadap orang cina kerana tidak mengenang budi terhadap kerakyatan yang diberikan. Ini dikuatkan lagi dengan fahaman komunis yang menular dalam masyarakat Cina. Dianggarkan pada peristiwa ini, seramai 196 mati, 449 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan. Ini membawa kepada cabaran kepada perpaduan dan integrasi pada masa itu.
       Pada zaman Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah, masalah perkauman semakin parah apabila Singapura memasuki Malaysia yang ingin membawa konsep “Malaysian Malaysia” yang mahukan tiada kaum yang boleh mengaku asli daripada kaum lain. Ini menyebabkan orang Cina dan Melayu semakin renggang. Pada masa Tun Dr Mahathir Mohammad pula sejarah perpaduan rakyat menyaksikan peristiwa di mana UMNO dianggap sebagai pemerintah tidak sah disebabkan segelintir ahli UMNO yang tidak berpuas hati pada tahun 1988. Pada masa itu, Tun Abdullah Badawi membentu Semangat 46 bagi kembalikan kegelimangan UMNO. Peristiwa sebegini mengwujudkan jurang perpaduan dan integrasi nasional rakyat Malaysia.

Maklumat diperoleh dari Malaysia Kita (Cetakan Kelima: 1999) m/s 260 Konsep Perpaduan


















Catat Ulasan

0 Ulasan