Fanpage superstar

Melayu Maya - Informasi Internet

23 January 2013

Definisi Komunikasi


            Komunikasi amat penting dalam kehidupan seharian kita. Walau di mana kita sedang berada, kepakaran dan pengetahuan bagaimana untuk berkomunikasi amat penting bagi menjamin kesefahaman antara satu sama lain. Komunikasi berlaku apabila apa-apa maklumat yang penting dapat dipindahkan daripada diri kita kepada orang sekeliling kita yang menerima maklumat yang ingin disampaikan. Kedua-dua pihak perlu mempunyai kesefahaman agar maklumat tersebut dapat dikongsi bersama. Asas perhubungan interpersonal adalah satu komunikasi untuk menghubungkan antara seseorang individu dengan individu yang perlu maklumat tersebut.

            Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, komunikasi dapat ditakrifkan sebagai perhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll); ~ massa komunikasi atau perhubungan dgn atau yg sampai kpd orang ramai amnya; berkomunikasi berhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll), mengadakan perhubungan (ber­cakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll)

            Verdeber & Verdeber (2002) and Hybels & Weaver (2001)  mendefinisikan kommunikasi adalah proses membentuk dan berkongsi makna, perasaan dan idea dalam ucapan, interaksi kumpulan bertulis atau ucapan awam. Proses biasa melibatkan individu dan interaksi mereka dengan unsur-unsur konteks, mesej, saluran, bunyi bising (gangguan) dan maklum balas digunapakai.

            Melalui beberapa definisi ini kita dapat bahawa komunikasi ini adalah satu proses apabila seseorang individu yang mempunyai kepentingan bagi menyampaikan maklumat secara verbal atau no verbal yang akan mempengaruhi tingkah laku orang lain.

            Komunikasi interpersonal amat penting kerana cara kita berkomunikasi dengan orang lain akan mempengaruhi perspektif individu tersebut tentang kita. Bagaimana kita dapat berhubung baik dengan mereka secara langsung, peribadi dan sepontan. Terdapat beberapa tujuan komunikasi interpersonal bagi mempengaruhi individu lain. Salah satunya adalah bagi mewujudkan satu hubungan. Amat unik dalam kehidupan kita apabila kita tidak dapat lari daripada ambil tahu perkara-perkara yang berlaku di sekililing kita. Setiap hari kita akan membina satu hubungan bagi mendapatkan maklumat yang ingin disampaikan dan cuba disampaikan oleh setiap individu. Luahan dan pandangan seseorang individu akan mempengaruhi tingkah laku individu yang terlibat dalam komunikasi interpersonal ini.

            Kita perlu menyesuaikan diri dengan orang lain. Bagi melancarkan komunikasi yang berlaku, kita akan mendapatkan maklumat orang lain bagi membolehkan interaksi yang lebih berkesan berlaku. Oleh sebab itu, penting dalam berkomunikasi kita mematuhi norma, peraturan dan amalan dalam komunikasi bagi membina hubungan dua hala dengan meramal pemikiran dan perasaan individu yang akan menerima mesej yang disampaikan.

            Komunikasi berlaku secara sehala apabila individu berkomunkasi tanpa perlu maklumbalas individu lain iaitu menyebabkan tindakan terus oleh penerima mesej yang disampaikan. Selain itu komunikasi juga boleh berlaku melalui dua hala yang memerlukan penerima memberi maklum balas terhadap mesej yang diterima. Mesej yang telah disampaikan itu boleh diperbaiki sekiranga mesej tidak tidak tepat atau kurang infomasi perkara yang dibincangkan. Ini bagi memastikan tindakan seterusnya dilakukan dengan betul.


            Sesebuah keluarga perlu memastikan agar komunikasi berlaku dengan berkesan. Maklumat yang disampaikan perlu mudah difahami, tepat dan jelas bagi memudahkan perkongsian maklumat tersebut. Setap perubahan yang perlu diperbaiki hendaklah sentiasa seiring dengan apa penghantar maklumat kehendaki. Mesej yang disalurkan tidak dapat diterima dengan baik akan mengundang pelbagai masalah dalam keluarga. Kedua-dua pihak perlu tahu apa yang harus dilakukan bila menghadapi masalah seperti ini. Bahasa yang tidak tepat dan kurang maklumat yang disampaikan menjadikan komunikasi tersebut tidak berjalan dengan lancar.


Salam, terima kasih kerana membaca blog ini. Anda boleh jejak blog ini melalui RSS feed twitter saya, Twitter.
Nama: Emel:

2 comments:

Post a Comment

Backlink