Header Ads Widget

Responsive Advertisement

5 Jenis Utama Lesen Memandu Di Malaysia


                  Terdapat banyak jenis lesen memandu melayak seseorang memandu kenderaan di Malaysia. Sebelum kita bincang bagaimana untuk mendapatkan lesen memandu di Malaysia, adalah lebih baik untuk membincangkan jenis-jenis lesen memandu utama yang boleh dimiliki seseorang warganegara Malaysia. Terdapat  5 jenis utama lesen memandu di Malaysia iaitu Learner Driving Licence (LDL), Probationary Driving Licence (PDL), Competent Driving Licence (CDL), Vocational Driving Licence (VDL).

            Setelah mengetahui jenis-jenis lesen utama di Malaysia yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, kita membincangkan pula bagaimana untuk mendapatkan lesen tersebut. Kelayakan bagi seseorang yang ingin mendapatkan lesen memandu kenderaan adalah berdasarkan jenis kenderaan yang ingin dipandu. Bagi kenderaan jenis kereta pemohon hendaklah berumur 17 tahun manakala bagi motorsikal pula pemohon berumur 16 tahun.

            Kedua, Kita perlu mendaftar dengan Institut memandu. Pendaftaran ini perlu bagi membolehkan seseorang itu mengikuti kelas yang akan diadakan oleh Institut Memandu. Pastikan anda berbincang dengan pengusaha Institut memandu tersebut mengenai jumlah bayaran yang perlu bagi lesen yang anda ingin miliki.

            Ketiga, anda perlu menyertai kelas iaitu kursus 5 jam KPP (Kursus Pendidikan Pemandu), Ujian undang-undang berkomputer, Kursus Pra L  iaitu teori 3 jam dan amali 3 jam, ujian pra kelayakan atau Q.T.I. dan akhir sekali lulus ujian praktikal yang dijalankan oleh pihak JPJ.

            Kursus Pendidikan Pemandu hendaklah dihadiri selama 5 jam dan anda boleh memilih hari yang sesuai dengan masa anda untuk menghadirinya. Biasanya kursus ini akan diadakan dalam 1 hari contohnya dari pukul 10.00 pagi sehingga 4 petang. Semasa menghadiri kursus ini pelajar perlu berpakaian kemas. Sijil akan dikeluarkan oleh Institut Memandu tersebut dan sah sehingga selama 1 tahun untuk melayakkan anda untuk menduduki ujian undang-undang berkomputer.

            Setelah memiliki sijil Kursus Pendidikan Pemandu, anda boleh mengambil Ujian Undang-undang Berkomputer bagi melayakkan anda menghadiri kelas Kursus Pra L. Markah lulus ialah 42/50. Sekiranya gagal anda boleh mengambil semula ujian tersebut sehingga lulus. Setelah lulus ujian undang-undang berkomputer ini, sijil akan dikeluarkan. Sijil ini sah selama 1 tahun.

            Dengan sijil  Undang-undang Berkomputer ini anda layak untuk mendapatkan Learner Driving Licence (LDL) dengan syarat menghadiri kelas Kursus Pra L secara teori 3 jam dan amali 3 jam bagi mendapatkan sijil JPJL2B. Kira-kira seminggu  selepas kursus tersebut anda boleh mendapatkan lesen Learner Driving Licence (LDL).
           
             Setelah memperolehi lesen LDL ini anda layak untuk belajar secara praktikal memandu. Bagi motorsikal, anda boleh memandu di jalan raya tanpa pengajar. Manakala bagi memandu kereta pula, anda perlu belajar memandu dengan pengajar yang memiliki sijil pengajar. Biasanya latihan memandu ini diadakan dalam 4 – 5 kelas selama 10 jam terkumpul. Ini bergantung kepada kemahiran calon tersebut.
            
          Anda perlu menduduki Ujian Q.T.I yang dijalankan oleh institut memandu. Ujian ini bagi memastikan anda layak untuk diuji oleh JPJ. Ini bergantung kepada tahap kemahiran memandu seseorang itu. Penguji boleh mencadangkan agar individu yang gagal dalam ujian ini untuk belajar 1 atau 2 kelas semula sebelum diuji. Sekiranya lulus calon akan diuji secara praktikal oleh JPJ.
            
             Ujian Praktikal oleh JPJ dibuat oleh pengawai penguji dari pihak JPJ. Ujian ini memastikan sama ada calon tersebut layak untuk mendapatkan lesen memandu atau tidak. Ujian ini termasuklah kecekapan memandu semasa di jalan raya. Setelah lulus ujian ini, calon akan mendapat Probationary Driving Licence (PDL) atau lebih kenali lesen P selama 2 tahun sebelum mendapatkan lesen  Competent Driving Licence (CDL) iaitu lesen D.
            
                Proses pengujian pemandu ini penting bagi membolehkan seseorang itu layak untuk memandu di jalan raya kerana kemahiran memandu perlu dipelajari dan bukannya satu perkara yang boleh dipandang ringan.

Catat Ulasan

0 Ulasan