Rahsia Penulis

Melayu Maya - Informasi Internet

11 May 2017

BUMI TIDAK BERTONGKAT

BUMI TIDAK BERTONGKAT

Fajar menyingsing
di ufuk timur
azan kumandang setiap detik
tanpa henti mengiringi bumi
bumi tidak bertongkat
bumi tidak  penat
bumi tidak rehat
bumi tidak  sakit
hingga akhir hayat
berkumandang tanpa henti
tanpa rehat walau sedetik.
Manusia sibuk dengan pelbagai
urusan dunia
yang tak pernah usai
urus harta yang tak pernah usai
kejar pangkat  tanpa penat
tanpa henti
meskipun bertongkat
meskipun merangkak
meskipun merungkui
seakan esok itu milik mutlak mereka.
Masjid,  surau, langgar  dijeling dari tingkap bungalow
sedar atau tidak
esok belum tentu milik kita
subuh ini milik kita
zohor belum tentu milik kita
zohor milik kita
asar belum tentu milik kita
asar milik kita
maghrib belum tentu milik kita
maghrib milik kita
isyak belum tentu milik kita
isyak milik kita
subuh belum tentu milik kita.
Yang pasti esok belum tentu milik kita.
Allah  penentu milisaat, saat, minit, jam dan esok milik siapa...?
Yang pasti esok belum tentu milik kita.
Allah penentu segalanya.

YAKUB UTON
Guru Desa
Kota Kinabalu Sabah
9 Disember   2016
Hakcipta Terpelihara
10 May 2017

Cerita Orang Kampung

CERITA ANAK KAMPUNG

Kami ini orang
cakap Tidong aku tak faham
aku orang kampung
dari daerah Kalabakan
tidak kenal nenek moyang
tidak tahu kubur nenek-moyang
orang tua jalan sendiri.
Kami ini orang kampung
atuk kami Sungai Semendalen
tempat memancing ikan putih, ikan merah banyak juga
orang tua tidak dilihat.
Kami orang Sungai Serudong
sungainya banyak buaya
atuk nenek menangkap buaya
diikat dengan rotan.
Atuk- nenek dari Sembakung
menjual rotan, durian, cempedak, ruas, keretungen, damar pun ada dijual.
Saya tidak kenal orang tua
perempuan cantik sahaja yang saya lihat.

YAKUB UTON
Guru Desa
Kota Kinabalu
15 April 2017
Hakcipta terpelihara
08 May 2017

Puisi Pilihan GEGAR DI MANA-MANA oleh Yakub Uton Guru Desa



mage courtesy of  Phil_Bird. Published on 03 February 2017 at FreeDigitalPhotos.net

GEGAR DI MANA-MANA
Gegar di mana-mana
ada gegar di lautan samudera
ada gegar di hutan belantara
ada gegar di gunung-ganang
ada gegar di taman perumahan
ada gegar dalam rumah.
Gegar di mana-mana
ada gegar dia tak peduli
dia pula buat gegar
gegar tanda sukar
dia sengaja buat gegar
gegar jadi orang jatuh.
Gegar di mana-mana
gegar jadi orang menggeletar
ada gegar sengaja digegar
ada yang lari kerana gegar
ada yang duduk menunggu gegar
ada yang tak peduli gegar
konon itu  gegar biasa.
Tunggu! ada gegar hebat
ada gegar lebih besar
ada gegar lebih dahsyat
sampai masanya
gegar akan memusnahkan segalanya
manusia jangan angkuh.

Hakcipta Terpelihara

YAKUB UTON
Guru Desa
Kota Kinabalu
Subuh 26 Disember, 2015
06 May 2017

Kena belasah sebab bunyikan hon

Kecoh semalam di sebuah masjid selepas solat Jumaat Jemaah mengamuk gara-gara bunyi hon ketika solat Jumaat. Kejadian ini berlaku di Masjid Austin Perdana Johor Bahru. Dikatakan pemilik sebuah kereta membunyikan hon semasa jemaah sedang solat jumaat pada masa itu.  Laporan sebelum ini video yang berdurasi sekitar 1:10 saat tersebut ditonton lebih 542,000 selepas sejam dimuat naik.

Sumber : Berita Harian


Tindakan pemandu tersebut boleh membahayakan keselamatan jemaah pada masa apabila cuba memandu kereta semasa jemaah berpusu-pusu keluar dari masjid selesai melaksanakan solat jumaat. Sekumpulan lelaki yang marah dengan tindakan pemandu tersebut yang membunyikan hon kereta , bertindak menyepak dan memecahkan cermin kereta Camry tersebut. Rakaman tersebut merakam pemandu tersebut dipukul menggunakan kon keselamatan oleh jemaah mengamuk gara-gara bunyi hon ketika solat Jumaat apabila keluar dari keretanya.  

Menurut saksi kejadian, kes bermula apabila pemandu membunyikan hon bagi melalui kawasan yang sesak dengan kenderaan jemaah yang diparkir di kiri dan kanan jalan. Lelaki tersebut masih membunyiakan hon keretanya walaupun telah selesai. 

Diberitahu bahawa, jemaah telah menasihati pemandu tersebut agar  dengan baik tetapi beliau tidak mengendahkan nasihat tersebut malah cuba melanggar jemaah yang berada di kawasan tersebut.
Dalam keadaan marah, jemaah tersebut berang dengan tindakan lelaki itu mula menghalang keretanya agar lelaki itu keluar dari kereta sebaliknya lelaki itu enggan keluar malah cuba melarikan diri

Kes ini telah disiasat oleh polis dan laporan polis telah dibuat di balai polis Setia Indah. Jurucakap polis Setia Indah mengesahkan telah  menerima laporan daripada jemaah masjid berhubung insiden tersebut namun enggan mengulas lanjut. Ini kerana menurut jurucakap,  polis masih lagi menyiasat punca kejadian masih lagi disiasat.

Kita tunggu siasatan pihak polis apa yang sebenarnya berlaku. Kita belum mengetahui apa sebab yang nyata sebenarnya berlaku. biarlah pihak polis menjalankan siasatan dahulu. Janganlah terlalu menghukum siapa salah atau siapa yang benar dalam kes ini. 





Backlink