Salam kepada pembaca sekalian. Post sebelum ini saya ada membincangkan bagaimana menyimpan wang pada pandangan saya.
Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan tuan-tuan dan puan-puan mengenai mengambil peluang dalam kesempitan keadaan sekeliling kita. Tidak lama lagi kita akan menyambut Perayaan Hari Raya AidilAdha. Dengan kegembiraan tersebut sebenarnya kita boleh menambah pendapatan kita. Duit tuuu..
Semua ini adalah pandangan secara ringkas dari saya sahaja. Dengan adanya post ini bolehlah anda memperkembangkan lagi idea-idea anda untuk menambah pendapatan sampingan anda agar anda boleh menabung dan berbelanja.Perkara asas
- Lokasi : Tempat kerja dan rumah
- Modal : bergantung pada apa yang anda jual
- Sasaran : Rakan sekerja, keluarga dan jiran tetangga.
- Pembekal: majalah online, Kedai berhampiran anda
- Menjual pakaian
Musim perayaan orang ramai akan berpusu-pusu untuk membeli pakaian baru. Peluang yang ada ini anda boleh gunakan untuk pendapatan anda. Perkara penting adalah mencari pemborong yang boleh menawarkan harga yang rendah kepada anda. Dalam masa yang sama, anda boleh mencari pemborong yang menjual jeans, kasut dan beg.
- Minyak wangi.
Siapa yang tidak mahu wangikan. Semua nak. Ambil peluang ini dengan menjual minyak wangi. Beli secara borong dan ambil sedikit untung dari penjualan ini. Kenapa saya syorkan menjual minyak wangi? Antara sebabnya minyak wangi adalah antara produk yang disukai ramai. Orang ramai memakai minyak wangi tidak kira masa. Masa di pejabat, masa membeli belah, semasa di rumah, mengerjakan solat dan yang penting bersama isteri atau suami(hehehe). Saya syorkan anda cuba dahulu produck One Drop Perfume.
- Kuih Raya
Kuih raya mesti ada semasa hari raya. Kenapa saya mencadangkan agar anda menjual kuih raya. Disebabkan kesibukan pada zaman sekarang ramai yang tidak membuat kuih sendiri, ramai yang menunjuk sahaja kuih yang ada di pasaraya (membeli sahaja) Peluang ini jangan disia-siakan. Sama ada anda buat sendiri atau anda cari pemborong yang boleh membekalkan kuih kepada anda dengan harga yang lebih murah.
Banyak lagi benda yang boleh dijual sebenarnya. Tapi kali ini 3 perkara sahaja yang saya sebut ini sebenarnya akan memberi satu nilai kepuasan dalam sendiri menjana pendapatan sampingan.
Perkara penting dalam setiap apa yang ingin kita jual adalah promosi produk jualan kita kepada sanak saudara, rakan sekerja, kenalan dan jiran tetangga. Makin ramai kawan makin banyaklah permintaan.
4 Ulasan
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamkalau aku, buat promosi link nuffnang je...hahhaaa
BalasPadamduit jugak tu..
BalasPadambest idea tu....
BalasPadam