Semua orang ada menyimpan satu impian untuk kaya atau setidang-tidaknya selesa dengan kehidupan tidak kiralah yang masih belajar, yang telah mempunyai kerjaya dan yang telah pun menjangkau usia. Semua itu bergantung pada apa yang kita kejar sama ada kita mampu untuk bertindak cepat dan menerima ganjaran kita setelah berusaha memajukan diri kita pada satu hari kelak. Salah satu perkara yang sering kita abaikan atau jarang-jarang sekali kita utamakan ada
simpanan.
Bagaimana cara kita untuk membuat simpanan untuk masa akan datang. Kenapa perlu kita untuk membuat simpanan? Simpanan perlu bagi menjamin kualiti yang lebih baik serta masa depan yang kita tidak dapat jangka.
1)
Simpanan tetap bulanan
Seboleh-bolehnya kita menyimpan wang 10% dari gaji atau pendapatan lain kita dalam jangka masa panjang contohnya dalam masa 15 tahun. Sebagai contoh gaji anda RM3000 sebulan, 10 % daripada gaji tersebut iaitu RM300 merupakan simpanan anda. Dengan disiplin yang tinggi dalam masa 15 tahun jumlah terkumpul adalah RM50,000. Ini belum termasuk % dividen yang diberikan sekiranya simpanan tersebut disimpan di bank atau ASB.
(Bolehkah aku simpan RM300?) Jadi Bertindaklah sekarang.
2) Simpanan Kecemasan
Simpanan ini perlu kerana sekiranya berlaku apa-apa kecemasan yang memerlukan kita untuk menggunakan wang dengan cepat tanpa perlu membuat pinjaman bank.
Cuba untuk menyimpan dalam RM100 sebulan.
Jadi Bertindaklah sekarang.
3) Emas
Ini jarang diambil kira oleh kita. simpanan emas. Dengan menyimpan barang kemas (
jongkong emas) sebenarnya satu simpanan (pelaburan) yang berguna apabila kita perlu wang secara tunai terutama emas fizikal (boleh dipajak bila-bila masa). Selain itu kita boleh menyimpan
Maybank Gold Investment serendah 1 gram berdasarkan harga emas semasa.
Terpulang kepada masing-masing.
Jadi Bertindaklah sekarang.
4) Dana diri
Dana ini bertujuan untuk wang hiburan, kebajikan diri, melancong, sedekah kepada yang memerlukan dan apa-apa yang berkaitan
perkara rutin kita.
Ini bergantung pada individu.
Semua di atas adalah
pandangan saya sahaja. Kena realistik berdasarkan pendapatan seseorang. Sekiranya pendapatan sederhana maka komitmen yang sangat tinggi diperlukan untuk membuat simpanan.
3 Ulasan
It's difficult to save when expenditure is always more than income. Any tips?
BalasPadammake personal budget at the beginning of the month or the day you receive a salary. Follow our ability. identify needs and desires. I personally still trying to save a little of my salary. in other words save the little-bit.
BalasPadam"sikit-sikit lama-lama jadi bukit"
Got to be discipline, that's the key. Ig got surplus, probably can invest in property. And why not? Because believe it or not, it's a true and tested method of building wealth...
BalasPadamWww.bisnesrumah.com