Salam semua. Selamat menyambut tahun 2012. Moga pada tahun 2012 ini akan membawa rezeki yang melimpah-limpah dari Illahi. Seketika saya terhenti untuk update blog ini disebabkan saya baru mencuba untuk menceburi sekadar tambahan hobi masa lapang.
Teutama dari segi faktor kredit bagi gambar-gambar yang diambil dan diletakkan dalam blog kita. Adakah boleh atau tidak? Ada yang kata boleh dan ada yang kata tidak. Kenapa ada yang berpendapat boleh untuk mengambil gambar dari google? Ada pendapat gambar-gambar yang diambil dari google dikreditkan atas nama google itu sendiri. Sebenarnya saya pun masih lagi belumjelas perkara ini. Jadi saya ambil amalan blogger lain iaitu meletakkan kredit di mana gambar tersebut diambil agar gambar tersebut masih lagi milik asal gambar tersebut.
Satu pendapat lain pula menyatakan gambar-gambar yang terdapat dalam google mahupun yahoo ada yang dibeli oleh pembeli yang sah, ada yang boleh diambil dan diletakkan dalam blog dan ada juga gambar yang boleh diambil dan boleh diedit. Tapi saya sebenarnya masih samar-samar tentang ini.
Walaubagaimanapun, adakah tindakan mengambil gambar-gambar dari blogger lain adalah satu tindakan yang sia-sia? Sekiranya kita renung kembali kepada apa yang cuba kita sampaikan, tidakkah tindakan mengambil gambar tersebut akan memberi kita backlink ke blog tersebut. Ini hanya pendapat saya sahaja.
Terpulang kepada masing-masing untuk membuat penilaian terhadap perkara ini.
2 Ulasan
Entahle... kalau ada watermark itu mungkin kot
BalasPadam@EmpayarUtama mungkin jgk. ada kebaikan jgk bila gambar-gambar tersebut dicopy sekurang-kurangnya cepat tersebar.. pendapat aku
BalasPadam