- Dari apa yang saya baca pada laman PTPTN, seseorang individu yang buka akaun sspn untuk anaknya layak untuk diberikan pelepasan cukai maksimum RM3000 tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa.
- Dengan hanya menyimpan sekurang-kurangnya RM1000 dalam akaun SSPN ini secara automatik diberi perlindungan takaful. Perlindungan ini tertakluk kepada Peraturan Perlindungan Takaful Berkelompok PTPTN.
- Bagi keluarga yang berpendapatan bawah RM2000 (gaji pokok) sebulan melayakkan untuk mendapatkan Geran Sepadan maksimum RM10000 sekiranya diterima masuk ke IPT. Anda boleh baca pekeliling bagi Geran Sepadan ini.
- SSPN ini adalah jaminan pihak kerajaan
Empat perkara di atas ini, sebab-sebab saya buka akaun sspn untuk anak saya.
SSPN ini boleh disimpan bank seperti
- Bank Simpanan Nasional
- CIMB Bank
- Agro Bank
- Bank Islam
- Bank Rakyat
- Maybank
Selain dari buka akaun sspn melalui bank, kita boleh membuat simpanan melalui kaedah pemotongan gaji, menggunakan mybayar melalui laman malaysia.gov.my atau hadir ke kaunter perkhidmatan PTPTN di One Stop Center, KL Sentral.
Perkara lain yang menarik bila buka akaun sspn adalah kita boleh semak penyata SSPN di e-sspn pada bila-bila masa.
Dari segi kekurangan pula hanya serendah RM500 atau 10% daripada jumlah simpanan boleh dikeluarkan sekali setahun disamping kadar dividen yang dibayar agak rendah diberikan kepada penyimpan. Bagi saya perkara ini bukanlah penghalang untuk saya memilih SSPN bagi tujuan masa depan anak-anak.
4 Ulasan
Simpan kat ASB & ASNB je...
BalasPadambanyak kelebihan simpan di asb tu.. ;)
BalasPadamtapi asb ada org ckp haram
BalasPadam@FAIZ FAKHIRIN hukum melabur asb adalah harus ikut fatwa. Itu yang saya dengar
BalasPadam