Anak-anak adalah satu
anugerah daripada Allah s.wt yang tidak terhingga nilainya. Dalam post kali ini
saya ingin membincangkan tentang hukuman fizikal terhadap kanak-kanak.
Telah banyak kajian
menunjukkan bahawa hukuman fizikal terhadap kanak-kanak akan menyumbang
perkembangan yang negatif terhadap kanak-kanak. Bukan itu sahaja, hukuman
fizikal tehadap kanak-kanak boleh menimbulkan risiko kepada keselamatan dan
perkembangan mental mereka.
Penting bagi kita sebagai
ibu bapa untuk mendapat kesedaran bahawa penderaan kanak-kanak akan
mengakibatkan kecederaan fizikal yang teruk, gangguan emosi kanak-kanak dan
lebih teruk lagi boleh mengakibatkan kematian. Banyak berita yang kita dengar akan hukuman fizikal terhadap kanak-kanak boleh diibaratkan sebagai penderaan.
Hukuman fizikal terhadap
kanak-kanak adalah salah satu cara yang digunakan oleh ramai ibu bapa.
Walaubagaimanapun ramai juga yang tidak menggunakan hukuman fizikal ini sebagai
satu cara untuk mendisiplinkan kanak-kanak. Kanak-kanak yang membesar pada
persekitaran hukuman fizikal akan membesar dalam emosi yang negatif, cepat
merajuk, sering menangis tanpa sebab dan merasa diri tidak disayangi oleh ibu
bapa. Padahal sebenarnya ibu bapa sayang akan anak mereka.
Penting bagi ibu bapa
untuk menunjukkan tingkah laku yang sesuai dan mengwujudkan suasana yang riang
agar kanak-kanak tidak merasa tertekan. Kita harus sentiasa ingat bahawa
kanak-kanak masih kecil dan mereka bukan golongan dewasa. Mereka masih belajar
sesuatu yang baru mereka terokai. Kita perlu mendidik anak-anak dengan cara
yang betul, dengan kasih sayang dan menggunakan hukuman mengikut peringkat umur mereka.
Mungkin kita tidak nampak
akan situasi hukuman fizikal terhadap kanak-kanak akan menyebabkan masalah yang besar
terhadap keluarga kita. Tapi percayalah, anak-anak adalah anugerah dari Illahi yang tidak terhingga bahkan penyeri kehidupan sesebuah keluarga.
Berdoa untuk mereka agar mereka menjadi anak yang berguna pada masa akan datang.
Amin.
Bagaimana pula dengan merotan anak-anak yang berumur 10 tahun ke atas yang enggan mendirikan solat? Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Hindari hukuman fizikal terhadap kanak-kanak yang keterlaluan sehingga mereka terasa tertekan, gangguan emosi dan memudaratkan diri mereka. Setkan dalam minda kita, yang tindakan kita perlu berlandaskan Islam. Insya Allah
Bagaimana pula dengan merotan anak-anak yang berumur 10 tahun ke atas yang enggan mendirikan solat? Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Hindari hukuman fizikal terhadap kanak-kanak yang keterlaluan sehingga mereka terasa tertekan, gangguan emosi dan memudaratkan diri mereka. Setkan dalam minda kita, yang tindakan kita perlu berlandaskan Islam. Insya Allah
0 Ulasan