Terdapat beberapa sebab perlu kita memperbaiki pengurusan masa kita.
Pengurusan masa akan memberi kita perancangan dalam pekerjaan dan menentukan perkara yang sepatutnya dilakukan terlebih dahulu. Perkara ini boleh dipraktikkan oleh individu yang bekerja atau yang masih sekolah.
5 sebab kita perlu pengurusan masa:-
1 – Pengurusan masa mudah buat
Pilihan terletak kepada kita semua untuk menggunakan masa yang ada dengan berkualiti. Dengan mengwujudkan senarai tugas yang perlu diselesaikan, kita akan lebih mudah untuk menyelesaikan pekerjaan walaupun dengan banyak kerja.
2 – Pengurusan masa penting dalam kehidupan kita
Dengan mengamalkan pengurusan masa ini, kita telah mengatur kehidupan peribadi kita. Berlengah melakukan sesuatu akan mempengaruhi kehidupan harian, keluarga dan masa yang diluangkan di rumah kerana keluarga adalah kehidupan kita.
3 – Pengurusan masa penting untuk pekerjaan kita
Semua organisasi di seluruh dunia ini menitikberatkan penggunaan masa dengan bijak. Sekiranya kita gagal mengurus masa dengan teratur bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kehidupan peribadi tetapi juga kerjaya kita.Sekiranya kita gagal untuk melaksanakan tugas dengan baik dalam organisasi tempat kita bekerja kemungkinan kedudukan terancam. Dikhuatiri diambil tindakan tatatertib malah lebih teruk lagi dibuang kerja. Jangan curi tulang.
4 – Kesan positif pengurusan masa
Dengan mengambil kira kesan positif pengurusan masa kepada kerjaya dan kehidupan peribadi kita kenapa kita tidak urus masa kita denga bijak? Tidak rugi sekiranya kita belajar untuk mengurus masa kita walaupun pada permulaannya memang agak sukar mengikut jadual yang kita buat, tetapi lama-kelamaan kita akan biasa dengan rutin tersebut. Kita akan dapati pengurusan masa itu sangat berguna.
5 – Kita mempunyai pilihan
Dalam pengurusan masa juga kita mempunyai pilihan untuk mengurus masa dengan bijak. Kita boleh pilih sama ada ingin menggunakan buku kecil (diari), telefon bimbit atau komputer untuk mengatur masa kita. Kelengkapan teknologi masa kini memberi satu ruang kepada kita untuk mengatur masa kita.
Kesimpulannya, kita perlu tahu bahawa kita mempunyai sebab untuk mengurus masa dengan bijak. Ianya amat mudah dibuat, penting untuk kerjaya dan kehidupan peribadi kita, ianya mempunyai kesan positif kepada kita dan kita mempunyai pilihan menggunakan teknologi yang ada untuk mengurus masa.
0 Ulasan