Header Ads Widget

Responsive Advertisement

bagaimana membantu membina jati diri anak dan nilai positif dalam diri mereka


Kita ketahui anak kita dalam proses mempelajari sesuatu yang baru di sekeliling mereka. Apa yang kita perlukan adalah bagaimana membantu anak untuk membina jati diri dan nilai positif dalam diri mereka dengan menunjukkan sikap positif diri kita kepada mereka. Bercerita sesuatu yang positif dan kekuatan tentang diri kita akan menyerlahkan lagi jati diri anak kita. Tujuan sebenar yang ingin kita sampaikan adalah mengapa mereka perlu berbangga dengan kemahiran dan kebolehan mereka dalam sesuatu yang mereka pelajari pada setiap hari.



Pujian kepada anak anda

Kita perlu tahu bahawa anak kita sering cuba untuk mendapat perhatian daripada kita. Setiap kali anak kita melakukan sesuatu yang bermanfaat, pujilah mereka dengan jujur, kerana dengan pujian, mereka akan merasa dihargai oleh ibu bapa mereka. Tunjukkan kepada anak-anak bahawa kita berbangga dengan tingkah laku yang mereka lakukan.

Sedih Si Anak

Sekiranya anak kita berasa sedih, marah atau tertekan, cuba untuk berkomunikasi dengan mereka dan kita perlu sentiasa sabar dengan mereka. Mereka memang memerlukan perhatian kita apabila mereka menghadapi masalah. Cuba dengar dan tidak menilai atau kritik mereka. Mereka mungkin tidak memahami masalah yang mereka hadapi. Jadi perlu kita untuk memberi peluang kepada mereka untuk mengadu kepada kita. Setelah mendengar masalah mereka, bolehlah kita memberi beberapa pilihan cadangan untuk penyelesaian tekanan apa yang mereka hadapi. Dengan cara ini, mereka akan belajar tentang kehidupan. Dan pada masa akan datang mereka tahu bahawa mereka boleh mengadu kepada kita kerana kita tidak mengadili atau menghukum mereka.

Belajar Belajar Belajar

Anak kita masih memerlukan seseorang yang dapat membantu mereka dalam mempelajari sesuatu baru. Mungkin kita boleh mencadangkan sesuatu kepada anak kita. Berikan sesuatu tugas yang sesuai dengan anak kita, tetapi perlulah mengikut tahap umur mereka. Berilah tugas-tugas yang tidak terlalu sukar bagi mereka. Sentiasa memberi pujian semasa mereka melakukan tugas tersebut sehingga tugasan tercapai. Contohnya mewarna lukisan kartun kesukaan mereka adalah satu tugas yang seronok bagi mereka.


Keramat “I Love You”

Perkataan “I Love You” kepada anak sebenarnya satu ucapan yang perlu dilafazkan kepada mereka. Ini akan membuatkan mereka rasa dihargai. Selain itu, kita juga boleh memberi kad ucapan kepada mereka dengan ucapan “I Love you” atau setidak-tidaknya setahun sekali hadiahkan mereka kek harijadi dengan perkataan “I Love You” dan bukan hanya sekadar ukiran nama mereka pada kek sahaja. Perkataan ini juga boleh dikatakan satu pujian kepada mereka.

Catat Ulasan

0 Ulasan