Fanpage superstar

Melayu Maya - Informasi Internet

19 March 2012

Buang masa untuk pengurusan masa



Kita perlu melakukan beberapa perkara untuk mendapatkan beberapa perkara.  Pepatah “masa itu emas” sering kita dengar merujuk kepada betapa pentingnya mengurus masa kerana dengan mengurus masa dengan berkesan akan menghasilkan sesuatu yang berfaedah kepada kita. Dalam kehidupan kita ini, masa adalah satu perkara yang sentiasa kita perlukan.  Dalam post kali ini kita akan membincangkan tentang buang masa untuk pengurusan masa dengan cara yang berkesan.

Semua orang perlu membahagikan masa dengan orang  di sekeliling kita sama ada kepada keluarga atau pun menggunakan masa terhadap kerjaya masing-masing. Masa adalah perkara yang sangat berharga, jadi kita perlu menggunakan masa dengan bijak dan berkualiti. Menggunakan masa dengan bijak adalah satu pengurusan masa yang perlu dilakukan.

Satu yang pasti adalah pengurusan masa perlu dilakukan bagi setiap orang kerana kita benar-benar perlu menghabiskan masa dengan sesuatu yang berfaedah. Dalam pengurusan masa kali ini, saya akan memberi 4 langkah mudah yang akan membawa perubahan dalam aktiviti harian kita.

1)     Mengambil Masa Untuk Merancang

Apabila kita mengambil masa untuk merancang masa, sebenarnya kita telah membuat pengurusan masa kita untuk melakukan aktiviti harian. Kita perlu merancang masa kita berada di pusat membeli belah, semasa di pejabat atau semasa kita berada di rumah kerana dengan perancangan ini kita akan menggunakan masa dengan bijak. Sediakan list apa yang akan kita lakukan pada hari berikutnya adalah satu pengurusan masa yang teratur.

2)     Kongsi masa dengan orang lain

Berkongsi masa dengan orang lain adalah satu cara menggunakan masa dengan bijak. Orang lain mungkin mempunyai idea yang baik untuk mencapai matlamat kita. Dengan idea orang lain, kita dapat menjimatkan masa melakukan sesuatu kerja. Selebihnya kita boleh memperkembangkan idea kita berdasarkan idea yang kita kongsi dengan orang lain. Kerana itu, dalam sesuatu jabatan atau organisasi tentu ada kumpulan kerja yang dibentuk bagi menghasilkan idea yang baru.

3)     Berfikir Untuk Capai Matlamat.

Semua orang sibuk menggunakan masa dalam kehidupan atau sibuk dengan tanggungjawab semasa di pejabat bagi mencapai matlamat dan impian kita. Sentiasa berfikiran positif dalam mencapai matlamat yang dibuat. Ambil masa dengan berfikir tentang kekuatan diri untuk membantu diri sendiri dalam mencapai matlamat tersebut. Tidak salah untuk berfikir sejenak bagaimana pengurusan masa boleh membantu mencapai matlamat kita. Set bila masa matlamat tersebut akan dicapai.

4)     Menilai matlamat

Penting bagi kita untuk menilai matlamat atau kerja yang dilakukan. Mungkin kita mempunyai tugas yang penting perlu dilakukan dengan segera dan mempunyai tarikh tamat perlu diselesaikan. Kita perlu menilai matlamat atau kerja yang telah selesai. Apakah ianya mencapai sasaran yang kita mahukan. Renung kembali matlamat tersebut agar pengurusan masa bagi tugasan yang lain akan lebih teratur dan berkesan apabila mempunyai matlamat atau kerja lain yang perlu dilakukan.

Walaupun mengambil masa untuk pengurusan masa kelihatan membazir, tetapi ianya satu proses menggunakan masa dengan bijak. Pengurusan masa adalah disiplin diri dalam penumpuan penggunakan masa dengan effektif. Dengan pengurusan masa ini kita dapat mengubah sikap negatif kita yang sering bertangguh melakukan sesuatu.




Salam, terima kasih kerana membaca blog ini. Anda boleh jejak blog ini melalui RSS feed twitter saya, Twitter.
Nama: Emel:

4 comments:

Post a Comment

Backlink