Rahsia Penulis

Melayu Maya - Informasi Internet

21 March 2012

Tips kemahiran pengurusan masa


Apabila bercerita tentang kemahiran pengurusan masa yang berkesan, saya perlu menyedari bahawa sebenarnya masa itu sendiri tidak boleh diurus. Dengan anugerah 7 hari seminggu dan 168 jam dalam tempoh itu, saya tidak mempunyai cara untuk menambah atau mengurangkan jumlah tersebut. Walau pun begitu kita boleh mengurus masa dengan bijak sekiranya kita benar-benar ingin berubah.  
Saya juga menyedari bukanlah jumlah masa yang menjadi ukuran utama tetapi bagaimana berkesannya masa yang digunakan untuk melakukan sesuatu perkara. Setiap orang menggunakan masa dengan berbeza.




Sebenarnya jika dilihat kemahiran pengurusan masa agak mudah untuk difahami. Kita tidak perlu pemikiran yang tinggi atau terpaksa bersedia mempelajari sesuatu yang terlalu sukar untuk difahami. Terdapat banyak laman sesawang yang membincangkan istilah Pengurusan Masa yang memberikan nasihat dan tips pengurusan masa.

Saya sering bertanya diri saya sendiri:

1.   Adakah masa saya cukup untuk melakukan tugas yang perlu saya   
selesaikan?

2. Adakah saya menggunakan masa dengan bijak dan teratur?

Tips pengurusan masa bekerja


·         Kenalpasti jam berapa kita bekerja dengan bersungguh-sungguh

·         Kenalpasti tugas-tugas yang utama perlu diselesaikan.

·         Jangan bertangguh melakukan tugas yang diberikan. Bertangguh boleh menyebabkan kita tekanan.

·         Lakukan tugas penting dalam satu atau dua sahaja dan tidak melakukan tugas yang bertindih-tindih

·         Pastikan ada satu kalender dan tanda tarikh-tarikh penting tugas kita.

·         Simpan senarai "Perkara Perlu Dibuat" dan tanda perkara tersebut sekiranya telah selesai.

·         Senaraikan apa perlu dibuat pada hari esok.

·         Jika boleh lakukan tugas-tugas yang sukar dahulu

·         Pastikan ruang bekerja kita kemas dan teratur. Ini akan mengurangkan tekanan.Perlu ada masa rehat bagi menyegarkan diri kita semula

·         Aktiviti yang tidak dirancang perlu ditinggalkan

·         Ketahui kekuatan, kemahiran dan kelemahan diri sendiri.

·         Apa yang saya lakukan sekiranya orang lain membantu saya

·         Jangan segan untuk meminta bantuan orang lain

·         Buang perkara atau benda yang nampak serabut pada penglihatan kita (Contoh emel spam atau kertas yang tidak diguna).

·      Bahagikan tugas kepada kumpulan yang lebih kecil,  dan selesaikan satu persatu.

·         Lakukan tugas sekurang-kurangnya satu sehari yang kita tidak suka tetapi perlu selesai






Salam, terima kasih kerana membaca blog ini. Anda boleh jejak blog ini melalui RSS feed twitter saya, Twitter.
Nama: Emel:

4 comments:

Post a Comment

Backlink