Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Jenis Inovasi Dalam Usahawan


image
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 












Jenis-jenis Inovasi Yang  Terlibat Untuk Usahawan

Post sebelum ini, saya telah publishkan maksud Inovasi dalam usahawan. Pada post kali ini kita akan lihat pula jenis inovasi dalam usahawan.

1. Inovasi Penciptaan

          Inovasi Penciptaan merujuk kepada kemampuan untuk mencipta produk yang baru dihasilkan. Ini bermakna produk tersebut belum lagi dipasarkan di mana-mana tempat. Inovasi dalam penciptaan ini perlulah produk asli yang belum difikirkan oleh orang lain untuk dikeluarkan.

        Kita telah maklum bahawa semua produk dan perkhidmatan yang disediakan di dunia ini ada penciptanya. Dalam inovasi jenis penciptaan ini, perkara yang perlu diambil kira adalah sesuatu produk tersebut adalah produk yang sebenar dan merupakan produk yang pertama dikeluarkan oleh seseorang atau organisasi perniagaan. Dengan kata lain inovasi penciptaan adalah proses menghasilkan produk yang belum ada kepada produk baru yang akan dipasarkan. Oleh kerana teknologi sentiasa berkembang maju dengan sumber yang terhasil membolehkan seseorang usahawan untuk menghasilkan satu inovasi penciptaan.

          Oleh kerana rekacipta bagi produk yang dihasilkan adalah baru dan asli, kemungkinan penerimaan awal terhadap inovasi ini dianggap sebagai keterlaluan sehingga menjadikan orang lain melihat inovasi yang dilakukan adalah di luar kemampuan fikiran mereka. Walau bagaimanapun, inovasi penciptaan inilah menyebabkan kita lebih selesa dan mempunyai pelbagai barang dalam kehidupan kita sehingga hari ini. Kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan, tetapi tindakan satu inovasi penciptaan akan menyebabkan kita memiliki sesuatu yang belum lagi kita miliki.

2. Inovasi Pengembangan

          Dalam membincangkan keusahawanan dalam inovasi pengembangan, kebiasaannya usahawan akan menambah produk yang sedia ada dengan produk yang lain. Inovasi ini menggunakan cara menghasilkan produk yang berbeza atau meningkatkan lagi proses yang telah wujud dalam perniagaan itu.

3. Inovasi Duplikasi

          Inovasi duplikasi ini adalah proses replikasi terhadap produk dan perkhidmatan yang telah dijual di pasaran. Produk tersebut digunakan oleh pengguna dan menjadi satu kebiasaan kepada kita. Disebabkan proses penambahbaikkan produk sedia ada, ada sesetengah usahawan yang bertindak merujuk kepada produk sedia ada bagi menghasilkan inovasi terhadap produk. Walaupun begitu inovasi ini bukanlah satu proses peniruan produk yang sedia ada tetapi penambahbaikan dengan kekreatifan usahawan dalam mrekacipta sesuatu yang akan dipasarkan nanti.

4. Inovasi Sintesis
     
          Inovasi sintesis ini merupakan satu inovasi yang menggabungkan produk yang sedia ada menjadi satu. Idea yang terhasil dari inovasi sintesis ini adalah keupayaan untuk tidak mencipta produk yang baru, tetapi lebih kepada penyusunan produk yang lama dengan menambah satu produk baru bagi menyediakan kombinasi produk tersebut menjadi lebih berkualiti dan dwi penggunaannya. Kebiasaannya kedua-dua produk tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. Kita ambil contoh penggunaan telefon mudah alih sebagai alat komunikasi percakapan kini ditambah dengan penggunaan modem bagi membolehkah telefon mudah alih kini digunakan untuk rangkaian Internet.

Hasil dari tugasan OUMH2103 Enterpreneuship May 2012





























Catat Ulasan

0 Ulasan