Tips renew road tax mati lebih tiga tahun | Tips Membaharui LKM Tamat Tempoh Lebih Tiga Tahun
Tips renew road tax mati lebih tiga tahun
Pada kali ini kita akan membincangkan
kaedah dan tips renew roadtax mati lebih tiga tahun. Dalam bahasa
roadtax ini diistilahkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan tamat
tempoh lebih tiga tahun. Mana-mana orang yang menggunakan kenderaan atau
motosikal yang roadtax tamat tempoh lebih tiga tahun, pihak JPJ boleh dengan
kuasa yang diberikan untuk menyita kenderaan tersebut.
Terdapat dua kategori kes
kesalahan tidak membaharui roadtax lebih tiga tahun . Bagi
kesalahan tidak membaharui LKM atau roadtax ini, pemandu dan pemilik kenderaan
akan ditawarkan satu notis pemberitahuan kesalahan dalam notis JPJ
P22 untuk menghadirkan diri di mahkamah. Terdapat dua kategori atau jenis saman
akan dikeluarkan berdasarkan status perlindungan insurans kenderaan
tersebut :-
1) Pemilik mempunyai
perlindungan insurans tetapi tidak mempunyai LKM yang mempunyai tempoh sah laku
Pemilik/ pemandu
ditawarkan kompaun bagi kesalahan memandu kenderaan tanpa membaharui LKM atau
LKM tamat tempoh semasa memandu kenderaan. Tawaran kompaun sebanyak RM200.
Tawaran kompaun ini boleh dibayar terus di mana-mana cawangan JPJ berhampiran
atau hadir di mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan.
2) Pemilik tidak
mempunyai perlindungan insurans dan tidak membaharui LKM yang tempoh
sah laku.
Apabila pemilik/
pemandu melakukan kesalahan ini, kesalahan-kesalahan ini tidak boleh dibayar
terus di JPJ. Pemilik/ pemandu akan ditawarkan notis JPJ P22 untuk menghadirkan
diri di mahkamah untuk dibicarakan. Jumlah denda yang akan dikenakan
berdasarkan budibicara majistret di mahkamah.
Persoalannya adalah bagaimana nak ke
Puspakom atau JPJ padahal road tax tamat tempoh lebih tiga tahun?
Mendapatkan Permit
Perjalanan Sementara. Permit ini adalah satu dokumen yang
dikeluarkan oleh pihak JPJ bagi membenarkan seseorang untuk memandu kenderaan
yang road tax telah tamat tempoh lebih tiga tahun.
Penggunaan Permit
Perjalanan Sementara ini adalah untuk ke Puspakom atau ke JPJ dengan syarat
perlindungan insurans berkuatkuasa dan tidak tamat tempoh. Insurans hendaklah
dibaharui sebelum mendapatkan dokumen ini. Pemandu kenderaan tersebut
hendaklah mempunyai kelas lesen yang sah dan lesen tersebut masih berkuatkuasa.
Bawa kad pendaftaran kenderaan atau Sijil
Pemilikan Kenderaan (VOC) semasa pemeriksaan kenderaan anda.
Contoh permit perjalanan sementara
Borang ini perlu ditandatangani oleh
pihak JPJ sebelum kereta boleh dipandu ke puspakom. Permit perjalanan sementara
ini penting kerana ini adalah satu dokumen kebenaran untuk membawa kenderaan
dari lokasi kenderaan ke puspakom dan balik semula ke lokasi asal kenderaan
tersebut. Sekiranya dalam perjalanan ke puspakom, kita hanya perlu menyerahkan
permit perjalanan sementara ini kepada pihak polis atau pegawai JPJ sekiranya
diminta.
Permit ini adalah kebenaran memandu
kenderaan yang road tax telah tamat tempoh sah lakunya. Sekiranya permit ini
tidak dapat dikemukakan, saman akan dikeluarkan pada masa tersebut, berdasarkan
jenis kesalahan yang dilakukan.
Kenderaan yang Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau road tax yang
tamat tempoh lebih 3 tahun perlu dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan khas atau
pemeriksan puspakom B2 bagi membolehkan kita baharui road tax tersebut.
Pemeriksaan ini termasuklahsemua jenis kenderaan atau motosikal . Fee
pemeriksaan akan dikenakan oleh pihak Puspakom
Manakala bagi pemeriksaan motosikal,
pemilik boleh membuat pihak sama ada membuat pemeriksaan di pusakom atau
hanya membawa motoskal tersebut ke Jabatan Pengangkutan Jalan dan berhubung
terus ke Bahagian Kejuruteraan Automotif untuk pemeriksaan.
Pihak Puspakom akan mengeluarkan satu
keputusan yang dipanggil Puspakom B2 (untuk kenderaan atau motosikal).
Manakala bagi motosikal yang diperiksa
oleh JPJ, unit Kejuruteraan Automotif akan mengeluarkan keputusan surat
pemeriksaan kenderaan PG10 sebagai kelulusan kenderaan tersebut boleh
membaharui road tax.
Setelah pemeriksaan kenderaan
dilakukan, bolehlah kita terus ke Kaunter JPJ untuk membaharui road tax
mengikut kadar harga roadtax mengikut jenis kereta anda. Kini kita bole renew
roadtax tanpa geran kereta atau motosikal. Ini sahaja tips
renew roadtax mati lebih tiga tahun pada kali ini.
0 Ulasan