Jam yang kita pakai di tangan sentiasa memainkan peranan tanpa henti dalam mengira masa yang akan berlalu. Masa sentiasa mempengaruhi kehidupan kita seharian. Pada zaman
kanak-kanak, kita tidak perlu risau akan matlamat kehidupan yang kita ingin capai. Tetapi pada zaman kanak-kanak, kita sentiasa bermain dan dari situlah kita menggunakan masa untuk mempelajari dan meneroka sesuatu yang baru. Apabila melihat akan telatah anak yang sedang bermain tanpa memikirkan sesuatu perkara yang serius menunjukkan bahawa zaman kita berubah, masa kita berubah mengikut peredaran umur kita.
Semua kanak-kanak akan berubah kepada zaman remaja, zaman dewasa sehinggalah pada zaman tua pada suatu hari nanti dan itulah masa. Perubahan pada zaman dewasa menyebabkan kita akan mula risau akan kewangan, rumah, kereta, kerjaya yang mana kita akan ghairah untuk mengejar kemewahan dan kesenangan di dunia ini. Kita akan mula untuk berfikir untuk
berubah kepada sesuatu yang mempunyai kepentingan dalam kehidupan kita. Dunia akan berubah dan teknologi akan berubah mengikut peredaran masa.
Dalam peredaran masa, kanak-kanak belajar sesuatu melalui bermain akan berubah apabila umur meningkat. Kita akan mula berfikir tentang sesuatu matlamat untuk mencapai satu kehidupan yang sebenar untuk berjaya dalam sesuatu perkara yang kita lakukan. Kita akan mula memikirkan kerjaya
Sehinggalah pada pertengahan umur 50-an seseorang akan memikirkan pula tentang kesihatan termasuklah penyakit, kedutan pada muka atau melihat rambut mula beruban. Pada waktu ini, kerjaya bukanlah sesuatu yang penting tetapi yang paling utama adalah memikirkan tentang kesihatan. Dan orang yang dipercayai adalah doktor di hospital.
Masa sentiasa berubah itu yang pasti. Tidak pernah berhenti. Dengan masa ini kita akan berubah. Cuma apa yang kita perlu fikirkan adalah apakah perubahan ini membawa satu objektif yang penting dalam kehidupan kita. Kita perlu bersedia untuk menghadapi apa-apa kemungkinan berlaku dalam kehidupan kita.
Kehidupan kita ini sering dikaitkan dengan memiliki sesuatu yang benda yang baru. Benda yang baru kita beli, kita akan jaga dengan baik dan sayang akan benda tersebut. Tetapi sedar atau tidak barang tersebut lama-kelamaan mempunyai kerosakan atau susut nilai mengikut peredaran masa contohnya kereta. Lama-kelamaan kita akan bosan dengan kereta lama dan ingin menukar kereta baru. Itulah kehidupan. Tetapi yang tidak berubah adalah perasaan untuk bersama dengan keluarga. Pada zaman tua, seseorang itu akan sentiasa ingat akan kenangan bersama-sama anak-anak yang mungkin bekerja jauh dari kita.
0 Ulasan