Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Tips renew road tax mati lebih tiga tahun

Tips renew road tax mati lebih tiga tahun | Tips Membaharui LKM Tamat Tempoh Lebih Tiga Tahun

Tips renew road tax mati lebih tiga tahun

Pada kali ini kita akan membincangkan kaedah dan tips renew roadtax mati lebih tiga tahun. Dalam bahasa roadtax ini diistilahkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan tamat tempoh lebih tiga tahun. Mana-mana orang yang menggunakan kenderaan atau motosikal yang roadtax tamat tempoh lebih tiga tahun, pihak JPJ boleh dengan kuasa yang diberikan untuk menyita kenderaan tersebut.

        Terdapat dua kategori kes kesalahan tidak membaharui roadtax lebih tiga tahun . Bagi kesalahan tidak membaharui LKM atau roadtax ini, pemandu dan pemilik kenderaan akan ditawarkan satu notis pemberitahuan kesalahan dalam notis  JPJ P22 untuk menghadirkan diri di mahkamah. Terdapat dua kategori atau jenis saman akan dikeluarkan berdasarkan status perlindungan insurans kenderaan tersebut  :-

 

1)    Pemilik mempunyai perlindungan insurans tetapi tidak mempunyai LKM yang mempunyai tempoh sah laku

 

Pemilik/ pemandu ditawarkan kompaun bagi kesalahan memandu kenderaan tanpa membaharui LKM atau LKM tamat tempoh semasa memandu kenderaan. Tawaran kompaun sebanyak RM200. Tawaran kompaun ini boleh dibayar terus di mana-mana cawangan JPJ berhampiran atau hadir di mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan.  

 

2)    Pemilik tidak mempunyai perlindungan insurans dan tidak membaharui  LKM yang tempoh sah laku.

 

Apabila pemilik/ pemandu melakukan kesalahan ini, kesalahan-kesalahan ini tidak boleh dibayar terus di JPJ. Pemilik/ pemandu akan ditawarkan notis JPJ P22 untuk menghadirkan diri di mahkamah untuk dibicarakan. Jumlah denda yang akan dikenakan berdasarkan budibicara majistret di mahkamah.





Persoalannya adalah bagaimana nak ke Puspakom atau JPJ padahal road tax tamat tempoh lebih tiga tahun? 

Mendapatkan Permit Perjalanan Sementara.  Permit ini adalah satu dokumen yang dikeluarkan oleh pihak JPJ bagi membenarkan seseorang untuk memandu kenderaan yang road tax telah tamat tempoh lebih tiga tahun. 

Penggunaan Permit Perjalanan Sementara ini adalah untuk ke Puspakom atau ke JPJ dengan syarat perlindungan insurans berkuatkuasa dan tidak tamat tempoh. Insurans hendaklah dibaharui sebelum mendapatkan dokumen ini.  Pemandu kenderaan tersebut hendaklah mempunyai kelas lesen yang sah dan lesen tersebut masih berkuatkuasa.

Bawa kad pendaftaran kenderaan atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) semasa pemeriksaan kenderaan anda.




Contoh permit perjalanan sementara


        Borang ini perlu ditandatangani oleh pihak JPJ sebelum kereta boleh dipandu ke puspakom. Permit perjalanan sementara ini penting kerana ini adalah satu dokumen kebenaran untuk membawa kenderaan dari lokasi kenderaan ke puspakom dan balik semula ke lokasi asal kenderaan tersebut. Sekiranya dalam perjalanan ke puspakom, kita hanya perlu menyerahkan permit perjalanan sementara ini kepada pihak polis atau pegawai JPJ sekiranya diminta.

 Permit ini adalah kebenaran memandu kenderaan yang road tax telah tamat tempoh sah lakunya. Sekiranya permit ini tidak dapat dikemukakan, saman akan dikeluarkan pada masa tersebut, berdasarkan jenis kesalahan yang dilakukan.

 

Kenderaan yang Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau road tax  yang tamat tempoh lebih 3 tahun perlu dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan khas atau pemeriksan puspakom B2 bagi membolehkan kita baharui road tax tersebut. Pemeriksaan ini termasuklahsemua jenis kenderaan atau motosikal . Fee pemeriksaan akan dikenakan oleh pihak Puspakom

 

Manakala bagi pemeriksaan motosikal, pemilik boleh membuat pihak sama ada membuat pemeriksaan di pusakom atau  hanya membawa motoskal tersebut ke Jabatan Pengangkutan Jalan dan berhubung terus ke Bahagian Kejuruteraan Automotif untuk pemeriksaan.

 

Pihak Puspakom akan mengeluarkan satu keputusan yang dipanggil Puspakom B2 (untuk kenderaan atau motosikal). 

Manakala bagi motosikal yang diperiksa oleh JPJ, unit Kejuruteraan Automotif akan mengeluarkan keputusan surat pemeriksaan kenderaan PG10 sebagai kelulusan kenderaan tersebut boleh membaharui road tax.

 

Setelah pemeriksaan kenderaan dilakukan, bolehlah kita terus ke Kaunter JPJ untuk membaharui road tax mengikut kadar harga roadtax mengikut jenis kereta anda. Kini kita bole renew roadtax tanpa geran kereta atau motosikal. Ini sahaja tips renew roadtax mati lebih tiga tahun pada kali ini. 

 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan