Fanpage superstar

Melayu Maya - Informasi Internet

16 November 2011

cara curi duit maybank online

Salam semua. pada post kali ini saya ingin kongsikan cara curi duit maybank online yang dilakukan oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab di internet. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini biasanya akan menghantar email kepada anda. Perkara ini pernah berlaku kepada saya. saya menerima satu email yang meminta saya agar mengemaskini profile maybank saya. Sekiranya saya tidak berbuat demikian maka akauan saya akan tersekat.


Gambar diatas adalah salah satu daripada cara curi duit maybank online yang dilakukan oleh penjenayah siber di internet. Perkara sebegini sekiranya tidak diambil perhatian akan menyebabkan ramai antara kita yang akan kehilangan simpanan dalam bank.



Kebiasaan  penjenayah cyber ini akan membina satu laman sesawang phishing website seakan-akan maybank2u bagi tujuan mendapatkan userid dan password maybank mangsa. Laman web tersebut seakan-akan maybank2u online.Jangan sesekali memasukkan data bank anda melalui email yang dihantar. 

Apakah ciri-ciri keselamatan maybank2u yang perlu kita tahu.

Lihat pada url di atas https:// berwarna hijau adalah security yang ada pada laman sebenar maybank2u. Sekiranya tidak berwarna hijau makan anda sewajarnya kena ambil langkah berwaspada. Selain itu, pastikan juga laman tersebut adalan www.maybank2u..com.my utamakan keselamatan bank anda.


 Perhatikan juga pada papar ini, maybank2u telah menambahkan lagi sekuriti dengan paparan gambar dan phrase yang dipilih oleh user. Sekiranya paparan gambar yang dipilih tidak muncul atau bukan gambar yang amda pilih jangan proses masuk akaun anda sebaliknya hubungi Khidmat pelanggan di 1300 88 6688 bagi mendapatkan bantuan. Maybank2u juga menasihati kita agar tidak login melalui mana-mana email yang dihantar oleh pihak ketiga. Pihak Maybank tidak pernah berurusan berkenaan akaun anda melalui email. Ini bagi mengelak daripada penjenayah yang tidak bertanggungjawab berjaya dalam cara curi duit maybank.

Laman web (phishing website) sebenarnya hanya menyimpan user id dan password anda sekiranya kita memasukkannya dalam web mereka. Mereka sebenarnya tidak mempunyai access secara terus melalui maybank2u.com.my untuk menjalankan cara curi duit maybank online


Salam, terima kasih kerana membaca blog ini. Anda boleh jejak blog ini melalui RSS feed twitter saya, Twitter.
Nama: Emel:

5 comments:

Post a Comment

Backlink