Rahsia Penulis

Melayu Maya - Informasi Internet

02 January 2012

berakhirnya tahun 2011 ini maka bermulalah tahun 2012

Salam perpaduan semua. Dengan berakhirnya tahun 2011 ini maka bermulalah tahun 2012 ini dengan membawa satu perubahan yang besar kepada diri kita semua. Alhamdulliah kerana Allah s.w.t masih memanjangkan usia kita di dunia ini. Secara peribadi pada tahun 2011 sebelum ini banyak mengajar saya erti untuk berjimat cermat pada tahun 2012. Kerana pada tahun 2011 sebelum ini banyak perbelanjaan yang dibuat bagi memenuhi keperluan harian, keluarga, kenderaan dan rumah.


Kita tidak pernah puas dengan apa yang ada pada kita. Hari demi hari kita mengkehendaki sesuatu keperluan bagi memenuhi keselesaan hidup harian. Tapi sedarkah kita bahawa sebenarnya kita perlu untuk memperuntukkan simpanan kita walaupun hanya sedikit sahaja. Kerana ada masanya kita akan kesempitan kewangan.

Pada pertengahan tahun 2011 iaitu pada bulan 6 yang lalu, peristiwa mengalami kerosakan kenderaan pada saya mengajar saya untuk sentiasa cuba untuk berjimat cermat dengan membuat simpanan. Saya telah membelanjakan wang saya sebanyak RM1300++ untuk membaikpulih kenderaan saya. Apa yang sebenrnya yang rosak? Timing Belt putus!! dan tentunya valve pun bengkok. Ya.. sikap sambil lewa mengakibatkan saya rugi dalam lebih kurang RM1000. Ini kerana sekiranya saya ganti timing belt tersebut sebelum putus, kos untuk mengganti timing belt tersebut hanya RM300++. Dan ini mengajar saya untuk lebih peka terhadap kenderaan yang saya guna agar perbelanjaan dapat dikurangkan. Alangkah baiknya sekiranya wang RM1000 itu saya laburkan dalam ASB. Pengalaman ini membawa untuk saya lebih menabung untuk diri saya, isteri dan anak saya. Kita tidak tahu bila perkara ini akan berlaku.
Tetapi bagaimana pula sekiranya gaji bulanan kita memang tidak mencukupi? Persoalan timbul apabila gaji yang kita terima setiap bulan tidak dapat disimpan. Hanya satu cara iaitu mencari peluang yang ada di sekililing kita.

Saya ambil satu contoh; seorang pemancing dan penjual hasil ikan yang sering saya jumpa membawa lebih dari 50 kilogram berligar-ligar membawa ikan beliau dengan kereta sorong. Walaupun sedar akan risiko berhadapan dengan pihak berkuasa masih menjual hasil tangkapan beliau. Anggaran harga bagi ikan dijual adalah RM10 – RM13 sekilo mengikut jenis ikan-ikan tersebut. Berapa hasil beliau boleh dapat? Lebih kurang RM500 setiap hari jualan. lumayan bukan..!!

Disini saya hanya ingin berkongsi sedikit pengalaman seorang penjual ikan yang mengambil peluang yang ada. Tapi mampukah saya untuk mencari peluang seperti yang dibuat beliau? Mungkin bukan menjual ikan tetapi pada tahun 2012 ini mudah-mudahan akan hadir satu peluang yang Allah s.w.t berikan kepada saya untuk memajukan lagi diri. Motivasi diri saya adalah komitmen terhadap isteri dan anak-anak. Kuatkan semangat, kita mampu untuk maju ke hadapan.
Salam, terima kasih kerana membaca blog ini. Anda boleh jejak blog ini melalui RSS feed twitter saya, Twitter.
Nama: Emel:

2 comments:

Post a Comment

Backlink