Kita
sering merasa terburu-buru mengejar masa kerana perlukan masa yang banyak bagi
melakukan aktiviti harian. Keadaan ini akan menyebabkan kerja yang kita lakukan
menjadi kelam kabut. Post kali ini berkaitan dengan 10 tips
pengurusan masa berkesan
1) Set Matlamat dan strategi
Pastikan
apa matlamat kita dalam jangka sama panjang dan pendek. Dengan merancang
matlamat tersebut, kita akan tahu apa perlu dicapai dan mengapa perlu kita capai
matlamat tersebut bagi memudahkan kita membuat keputusan perkara penting yang
perlu diselesaikan.
2) Fokus matlamat .
Kita
akan memberi lebih tumpuan dalam melakukan kerja sekiranya kita fokus kepada
sesuatu kerja. Buat sesuatu kerja dengan memastikan kerja tersebut merupakan
perkara yang utama perlu diselesaikan.
3) Buat Jadual masa.
Bukankah
mudah bagi kita untuk merancang kerja yang perlu dilakukan? Set tempoh masa
untuk menyelesaikan kerja kerana ini akan mengurangkan rasa risau kerana merasa
tidak mencukupi masa.
4) Utamakan matlamat asal
Jangan
lakukan sesuatu tugas lain sebelum menyelesaikan tugas yang kita sedang
lakukan. Sentiasa periksa jadual sebelum memulakan tugas yang baru. Bilakah
tugas yang sedang dilakukan itu boleh selesai? Ini akan memastikan tugas yang
sedang dibuat akan mencapai matlamat yang berkualiti.
5) Mewujudkan sistem pemfailan
Apabila
kita telah merancang sesuatu matlamat penting untuk kita mewujudkan sistem
dalam pengurusan masa. Salah satu sistem yang boleh kita wujudkan adalah sistem
pemfailan yang teratur, pengurusan maklumat dan komunikasi.
6) Realiti Pengurusan masa kita
Sentiasa
renung kembali kepada pencapaian yang kita buat. Sama ada kita melakukan dengan
berkualiti atau sebaliknya. Bahagi-bahagikan matlamat yang dicapai dengan
matlamat yang belum dicapai boleh memudahkan kita menentukan matlamat mana yang
lebih penting.
7) Kerjasama
Apabila
melakukan sesuatu projek atau kerja adalah lebih cepat terhasil apabila
bekerjasama dengan kumpulan kerja kerana akan lebih menjimatkan masa, boleh
memberi motivasi diri, meningkatkan keyakinan dan boleh mengembangkan kemahiran
masing-masing
8) Pencapaian Lalu
Lihat
kembali pencapaian kejayaan kita yang
lalu dalam sesuatu kerja. Gunakan teknik
ini dengan memperkembangkan lagi fokus dalam matlamat yang perlu kita capai.
Bayangkan kita kerja hari ini kerana kita perlu bercuti pada esok hari.
9) Kehidupan harian
Rancang
jadual aktiviti harian juga amat penting kerana kehidupan kita ini adalah
bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Pengurusan masa adalah pengurusan
kehidupan harian kita.
10)Selesaikan tugas hari ini
Cuba
selesaikan tugas pada hari ini. Jangan bertangguh. Dengan menyelesaikan tugas
pada hari ini kita dapat merancang tugas esok pula. Sebelum meninggalkan tempat
kerja, kita perlu rancang apa tugas yang
perlu kita lakukan pada hari esok. Ini mengelakkan rasa risau tentang tugas
yang perlu dilakukan dan bersedia untuk melakukan tugas pada hari esok sebelum
balik dari pejabat.
Setiap
orang mempunyai bilangan masa yang sama
iaitu 24 jam sehari. Jangan katakan kita tidak mempunyai masa yang cukup kerana
dengan pengurusan masa yang bijak memastikan kita boleh bekerja, bersama-sama
keluarga serta berehat dan tidur dengan cukup.
0 Ulasan