Marah
adalah satu perasaan yang dialami oleh setiap orang. Kemarahan boleh menjadi
suatu keadaan yang negatif sekiranya kita tidak dapat mengawalnya. Kita perlu kawal kemarahan kita, jangan biarkan
ia mengawal kita.
Malahan kemarahan boleh menyebabkan anak kita mengalami satu pengalaman yang
menakutkan dan boleh mengakibatkan mereka merasa tidak dihargai, walhal sebagai
ibu bapa, kita menyayangi mereka. Penderaan fizikal dan lisan terhadap
kanak-kanak boleh memberi satu implikasi yang kekal dan boleh membawa maut.
Penting sebagai ibu bapa, kita dapat mengawal kemarahan kita terhadap
kanak-kanak.
Sebagai
ibu bapa kita sewajarnya memberi peluang setiap kesalahan yang dilakukan oleh
anak kita. Dengan cara ini sebenarnya kita memberi satu isyarat atau suatu
peluang berfikir kepada mereka yang setiap orang melakukan kesalahan. Dan
kesalahan tersebut sebenarnya memberi satu pengajaran dan pengalaman kepada
mereka untuk terus hidup dan belajar tentang kehidupan.
Mungkin
pernah pada masa silam pernah terjadi sesuatu yang mengajar kita tentang
kehidupan dan sebagai ibu bapa kita tidak mahu kesilapan tersebut berulang kepada
anak kita dan kita dengan mudah marah terhadap mereka. Jika ini pernah berlaku,
kita harus mengambil langkah yang perlu bagi memulihkan diri kita agar
anak-anak kita tidak menjadi mangsa dalam ketakutan kita. Sekiranya kita gagal
mengawal kemarahan ini, dikesali akan membahayakan anak kita.
Ibu
bapa yang sering menunjukkan ekspresi kemarahan yang negatif adalah lebih
cenderung sukar untuk mendisiplinkan anak mereka. Kenalpasti masalah dari masa
silam dan lihat situasi semasa kemarahan kita. Adakah berpatutan kemarahan
tersebut ditunjukkan kepada anak kita? Mungkin disebabkan kerja yang banyak di
pejabat; mungkin kita mempunyai masalah hubungan dengan isteri atau suami
masing-masing; atau kita mengalami isu-isu peribadi yang mengganggu kita yang
memberi tekanan kepada kita. Persoalan ini wajar diambilkira kerana, sekiranya
anak kita pernah melihat atau mendengar suara marah kita, besar kemungkinan
mereka akan membesar pada masa akan datang seperti itu juga.
Jangan
biarkan kemarahan kita mengawal diri kita. Perkara ini perlu dikawal kerana
kemarahan boleh mengakibatkan perkara negatif yang berlaku. Cuba untuk letakkan
diri kita dalam keadaan yang positif dengan menarik nafas, duduk dan sebagai
orang Islam, Istighfar kepada Allah memohon keampunan kepada-Nya,
berjalan-jalan dan lakukan juga perkara-perkara lain yang boleh melupakan
situasi tersebut jika kita dalam keadaan yang marah.
0 Ulasan