Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Masalah penderaan kanak-kanak seksual, fizikal atau emosi



Kita semua pernah alami zaman kanak-kanak. Kanak–kanak berkembang dari segi mental dan fizikal dengan cepat. Kita perlu peka terhadap penderaan kanak-kanak seksual, fizikal atau emosi. Undang-undang kanak-kanak dibentuk bagi menjaga kebajikan dan keselamatan mereka.

Kita perlu menghubungi polis sekiranya kita tahu ada terdapat kanak-kanak yang menjadi mangsa kekejaman penderaan kanak-kanak seksual, fizikal atau emosi.. Atau sekurang-kurangnya berhubung dengan seorang yang bersedia untuk mendengar masalah kanak-kanak tersebut. Itu langkah pertama yang perlu dilakukan oleh setiap orang.

Akta Kanak-Kanak 2001 digubal bagi melindungi kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan kanak-kanak, penderaan fizikal, penderaan emosi, penderaan seksual, keganasan dan eksploitasi kanak-kanak.  Undang-undang ini penting bagi melindungi kanaka-kanak kita agar mereka membesar dengan yakin tanpa ada rasa takut. Justeru itu Akta ini memang berpatutan dikuatkuasakan.

Terdapat pelbagai undang-undang perlindungan kanak-kanak di seluruh dunia. Gunakan faedah internet untuk mendapatkan maklumat bagi membendung masalah penderaan kanak-kanak ini. Ada banyak laman web yang akan memberikan maklumat terperinci mengenai undang-undang perlindungan kanak-kanak.

Banyak kes-kes penderaan kanak-kanak dalam akhbar mahupun kita dengar dan lihat melalui kaca television. Boleh dikatakan cerita tentang kekejaman yang kita dengar ini terlalu dahsyat dan menyedihkan. Bagi menghentikan kekejaman terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa ini undang-undang perlindungan kanak-kanak dilaksanakan. Kerjasama dengan pihak berkuasa terutama kepada pihak polis perlu dititikberatkan. Kita harus memastikan kanak-kanak di kawasan kita adalah selamat dan dilindungi dari sebarang bahaya.

Sedih rasanya apabila mendengar berita Nurul Nadhirah, 5 tahun yang berlaku baru-baru ini, yang dibunuh dan dibakar oleh penjenayah yang amat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Justeru itu kita wajar mengambil ikhtibar kejadian yang tidak berperikemanusiaan ini dan penjenayah yang melakukan ini  dihadapkan ke mahkamah agar diadili dengan sewajarnya.

Semoga apa yang berlaku kepada kanak-kanak yang tidak berdosa ini tidak akan berlaku lagi kepada kanak-kanak yang lain diluar sana. 



Catat Ulasan

0 Ulasan